Wednesday, 28 March 2012

PENERAPAN NILAI FORMALISTIK DAN KEBOLEHCAPAIAN DALAM PENGAJARAN MATEMATIK GURU SEKOLAH MENENGAH LEPASAN UPSI.


Oleh: Siti Masayu Rosliah Binti Abdul Rashid
Pautan:  http://www.slideshare.net/yatt87/


RINGKASAN
 

Artikel ini mengupas tentang penerapan nilai pendidikan matematik khususnya nilai formalistic dan kebolehcapaian di kalangan guru berijazah lepasan UPSI dalam pengajaran matematik sekolah menengah. Mel;alui kajian ini, didapati berlakunya penerapan nilai pendidikan matematik oleh responden dalam pengajaran di bilik darjah.  Responden lebih memberi keutamaan dalam penerapan nilai formalistic berbanding aktivis kerana bagi responden pengajaran yang melibatkan pelajar secara aktif memakan masa dan lambat. Guru juga mempunyai kekangan masa untuk menghabiskan silibus. Oleh itu, guru lebih suka memilih pengajaran berpusatkan guru kerana bagi responden penerangan konsep metematik adalah penting dan pelajar juga lebih mudah memahami. Responden juga lebih memberi keutamaan nilai kebolehcapaian berbanding nilai pengkhususan dalam pengajaran kelas. Responden membantu pelajar menyelesaikan masalah matematik kerana bagi mereka pelajar berpencapaian rendah belum bersedia menyelesaikan masalah sendiri, pelajar perlu dibantu secara individu dan setiap pelajar mempunyai keupayaan yang berbeza. Responden juga cenderung mengulang semula konsep matematik yang asas sebelum memulakan pengajaran baru kerana keseluruhan pelajar tidak mengingati konsep matematik asas. Selain itu responden juga mengamalkan strategi kata kunci.


Kritikan & komen

Kekuatan artikel ini dapat dilihat dari segi dapatan kajian, setiap dapatan yang diberikan oleh penulis dibuktikan dengan petikan temubual bersama responden. Penulis juga terlebih dahulu menerangkan mengenai jenis nilai-nilai dalam pendidikan kepada pembaca. Selain itu, setiap dapatan diulas oleh penulis disamping memberikan pendapat dan cadangan penulis sendiri. Penulis juga ada mengemukakan cadangan cadangan untuk kajian lanjutan kepada pembaca.  Terdapat juga kelemahan bagi jurnal ini, antaranya ialah laras bahasa matematik yang digunakan oleh penulis. Ia sukar untuk difahami jika pembaca bukan dari golongan orang matematik atau pendidikan.

No comments:

Post a Comment