Mathematics Education In Korea After TIMMS
Oleh: Hee-chan
Lew
Daripada:
Artikel Ini membincangkan kesan kepada pendidikan matematik selepas
TIMMS dilaksanakan. Melalui artikel ini dinyatakan beberapa sebab yang
menjadikan Korea mendapat keputusan TIMMS sebanyak 607 bagi gred 8 dan 611 bagi
gred 4 iaitu ditempat kedua dibelakang Singapore. Pendidik di Korea percaya
bahawa pencapaian matematik bagi murid mereka adalah penting untuk membina
perkembangan yang maju dalam ekonomi dan mengekalkan kuasa di pasaran
antarabangsa. Bagi pendidik di Korea, TIMSS merupakan satu platform yang baik
supaya mereka dapat reflek kembali persekitaran pendidikan mereka.
Melalui artikel Ini, kita boleh katakana, pendidikan Malaysia harus
mengambil langkah yang sama dalam menjadikan pendidikan matematik setaraf
dengan negara-negara lain. Ini adalah amat penting kerana perkembangan ekonomi
negara bergantung kepada sumber manusia yang dibentuk pada zaman awal mereka.
pencapaian matematik seharusnya dipandang berat oleh semua pihak kerana kita
boleh lihat bahawa matematik diaplikasikan di dalam setiap pekerjaan secara
lansung atau tidak lansung dala kehidupan seharian kita.
Melalui artikel Ini juga, telah dinyatakan langkah-langkah yang diambil
oleh pihak Korea bagi meningkatkan prestasi mereka. antara kaedah yang boleh
digunakan di Malaysia ialah menambahbaik kurikulum pendidikan kita. Terdapat tiga
rational yang berkait iaitu kurikulum haruslah menyokong matlamat
negara,mengubah kaedah pembelajaran daripada tradisional kepada interaktif
serta tiada ruang perbezaan bagi setiap individu dimana setiap sumber tenaga
akan dibangunkan secara maksimum. Ini adalah antara cadangan yang boleh
diaplikasikan di dalam kurikulum matematik di Malaysia.
Kesimpulannya, TIMSS merupakan satu platform yang amat berguna bagi
pendidik di Malaysia sekiranya berlaku perubahan atau penambah baikan. Atau ianya
akan sekadar menjadi satu rutin tanpa penambahbaikkan. Perkara Ini seharusnya
dipandang berat oleh pihak yang berkenaan.
No comments:
Post a Comment