Saturday, 24 March 2012

APLIKASI E-LEARNING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA : ISU DAN CADANGAN PERLAKSANAANNYA


Penulis: Wahyu Idris dan Yahya Buntat
Pautan: http://eprints.utm.my/1517/1/wahyuyahya2006_aplikasie-learning.pdf


Ringkasan

E-Learning ataupun electronic learning merupakan sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/ video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan. Perkembangan e-Learning di Malaysia masih baru berbanding dengan negara Singapura.  Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan agenda ‘e-learning’ kebangsaan. Terdapat pelbagai perbezaan positif yang dikesan melalui kaedah pembelajaran menggunakan e-Learning berbanding kaedah tradisional. Melalui e-Learning proses pembelajaran pelajar lebih selesa, fleksibel dan kurang tekanan.

Walau bagaimanapun, tetap diakui bahawa terdapat beberapa cabaran yang perlu dilalui dalam perlaksanaan e-Learning di sekolah-sekolah di Malaysia.  Antara cabaran-cabaran tersebut adalah dari segi akses, kos pengendalian, kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran, kos bahan / infrastruktur dan latihan tenaga pengajar. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, terdapat beberapa cadangan penyelesaian yang mungkin dapat membantu dalam usaha pelaksanaan e-learning di sekolah-sekolah. Cadangan pertama adalah agar bahan yang dihasilkan perlu penilaian yang rapi dan hendaklah dilaksanakan oleh pentadbir atau guru untuk mencari bahan yang sesuai yang dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar bagi mengelakkan kerugian atau mendapat bahan yang tidak bermutu serta tidak mencapai kehendak pembelajaran. Seterusnya, bagi tujuan latihan untuk guru-guru, guru-guru perlu menjalani sesi latihan ELMaS iaitu satu Perisian Sistem Pengurusan Pembelajaran berasaskan web. Bukan itu sahaja, guru-guru perlu didedahkan dengan pengajaran berasaskan ICT. Cadangan seterusnya adalah menambahbaik dan menaiktaraf kemudahan infrastruktur khususnya makmal komputer disekolah bagi memudahkan pelaksanaan e-learning di sekolah. Bukan itu sahaja, pembelajaran e-learning juga boleh dilaksanakan dengan penggunaan bahan seperti CD ROM yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru.

Kesimpulannya, ‘e-learning’ seharusnya diamalkan di sekolah-sekolah di Malaysia semaksimum mungkin supaya pihak sekolah tidak ketinggalan dalam arus ICT. Walaupun e-learning dicadangkan di sekolah, namun perlu disedari bahawa ‘e-learning’ yang dicadangkan hanya sebagai tambahan kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah. Guru masih memainkan peranan dalam mendidik pelajar.



Kritikan & Komen :

Pembelajaran e-learning sememangnya kaedah pembelajaran yang perlu diterapkan dikalangan pendidik masa kini. Ia bukan sahaja mampu menarik minat pelajar dan membantu memberi kefahaman yang jelas, tetapi memberi pendedahan awal kepada mereka tentang penggunaan ICT dalam kehidupan seharian. Pengaplikasian ICT dalam rutin harian memerlukan kemahiran. Dan, kemahiran itu sendiri perlu dilatih. Kekerapan penggunaan ICT menyediakan minda dan pengalaman yang baik untuk masa depan pelajar.

Walaubagaimana pun, seperti apa yang dikatakan oleh penulis, saya sememangnya bersetuju dengan penyataan bahawa terdapat kekangan untuk pelaksanaan e-learning ini di Malaysia. Ini kerana, tidak semua sekolah mendapat talian internet terutamanya sekolah-sekolah di kawasan pedalaman. Pihak-pihak yang berkenaan seharusnya mengambil berat mengenai masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam melaksanakan e-learning. Namun begitu, pihak sekolah juga haruslah bijak untuk menangani masalah yang mungkin timbul berkaitan penggunaan e-learning di sekolah. Ini adalah supaya tidak berlakunya sebarang jurang akses dan ekuiti khususya dalam ICT bagi pelajar dan guru sama ada di bandar, luar bandar dan juga pendalaman dalam menggunakan ICT bagi tujuan pendidikan. Ini selaras dengan teras Rancangan Pembanguan Pendidikan Negara iaitu meningkatkan akses kepada pendidikan dan memperluaskan ekuiti dalam pendidikan.



Dari segi kecekapan guru pula, tidak semua guru mahir menggunakan ICT terutamanya golongan yang telah hampir pencen. Mereka menganggap bahawa ICT sebagai suatu beban. Sedangkan ia sepatutnya dipelajari dan dikuasai.Selain itu, kelengkapan infrstruktur yang tidak lengkap juga turut menambahkan lagi kekangan sedia ada. Namun, guru perlu kreatif menggunakan peluang yang ada semaksimum mungkin. CD Rom dan CD pembelajaran yang dijual boleh membantu mengatasi kekangan ini sedikit sebanyak. 

            Artikel ini sangat berguna bagi memberikan kesedaran kepada guru-guru tentang pengaplikasian e-learning di sekolah serta cara-cara mengatasi kekangannya.

No comments:

Post a Comment