Mathematics Anxiety
Among Secondary School Students in India and its Relationship to Achievement in
Mathematics
Oleh: Tahira Khatoon & Sadia Mahmood (2010)
Daripada:
http://www.eurojournals.com/ejss_16_1_08.pdf
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui faktor-faktor
yang boleh menyebabkan kebimbangan matematik dikalangan murid. Melalui kajian
ini didapati separuh daripada responden mempunyai tahap yang sama dalam
kebimbangan matematik. Namun begitu, pelajar perempuan menunjukkan tahap
kebimbangan matematik lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Jenis sekolah
juga memberikan tahap kebimbangan matematik yang berbeza di mana murid yang
belajar di sekolah kerajaan menunjukkan tahap yang tinggi berbanding dengan
sekolah swasta. Selain daripada itu juga, terdapat perkaitan di antara prestasi
pencapaian matematik dengan tahap kebimbangan matematik.
Melalui kajian ini boleh dikatakan bahawa, tahap
kebimbangan matematik boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor pertama
ialah jantina. Didapati perempuan mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi
berbanding lelaki. Ini adalah konsisten dengan kajian yang dijalankan oleh
Ramprasad (2003) yang juga mendapati hasil dapatan yang sama. Bagi pendapat
saya, ini mungkin berlaku kerana murid perempuan mempunyai perasaan malu
apabila mendapat keputusan yang teruk dalam matematik. Ini menjadikan mereka lebih
takut terhadap matematik berbanding dengan pelajar lelaki.
Faktor yang kedua ialah, pengkaji menemui bahawa
jenis sekolah juga memainkan peranan dalam menentukan tahap kebimbangan
matematik murid. Ini kerana kajian menunjukkan murid yang bersekolah di sekolah
kerajaan mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi. Pada pendapat saya, ini
mungkin kerana murid yang belajar di sekolah swasta mempunyai persekitaran yang
lebih selesa serta penyampaian yang lebih ilmiah. Ini turut disokong oleh Fulya
(2008) yang menyatakan faktor persekitaran turut menyumbang dalam kebimbangan
matematik ini.
Disamping itu juga, pencapaian matematik
mempengaruhi tahap kebimbangan matematik. Ini kerana menurut Ma & Xu
(2004), sekiranya murid mendapat markah yang tinggi, tahap kebimbangan mereka
dalam matematik adalah rendah berbanding sebaliknya. Ini mungkin terjadi kerana
murid yang mendapat markah prestasi yang baik mempunyai tahap keyakinan yang
lebih tinggi. Ini menjadikan murid berminat dalam matematik serta melibatkan
diri.
Secara keseluruhannya, didapati bahawa sekolah juga
memainkan peranan dalam tahap kebimbangan matematik. Oleh yang demikian, pihak
sekolah perlulah memainkan peranan yang penting dala menyediakan persekitaran
yang lebih baik serta berasa sama tahap dengan murid di sekolah swasta. Ini akan
dapat membantu murid meningkatkan keyakinan mereka dalam pembelajaran
matematik.
No comments:
Post a Comment