Why Using International Comparative Math And
Science Achievement Data From TIMSS Is Not Helpful
Oleh: William
G. Holiday & Berchie W. Holiday (2003)
Daripada:
Kita sedia maklum TIMMS dilaksanakan untuk membuat perbandingan di
antara pencapaian matematik di kalangan negara-negara antarabangsa. Namun begitu,
terdapat juga kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa keputusan yang
diperolehi oleh TIMMS tidak membantu dalam menentukan pencapaian murid-murid
tersebut di dalam bidang matematik.
Ini kerana, terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan keputusan tersebut kurang berguna. Antaranya ialah:
- Penggunaan bahasa ibunda yang berbeza
- Sampel yang digunakan sedikit
- Kurikulum yang dibina berbeza
- Pemilihan responden yang tidak mengikuti standard yang ditetapkan
- Persediaan murid yang berbeza
Melalui artikel ini, didapati keputusan TIMSS yang dikeluarkan adalah
kurang tepat untuk digunakan di dalam menentukan ranking bagi setiap negara
dalam subjek matematik. Penilaian dan refleksi sepenuhnya diperlukan dalam
memastikan keputusan TIMMS tersebut berguna seperti penyelarasan bahasa yang
akan memudahkan murid semasa menjawab soalan serta pemilihan responden yang
teliti dan telus. Ini akan dapat membantu menambahbaik TIMMS pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, TIMSS adalah satu keuputusan yang boleh kira di
ambil berat oleh sesetengah negara. Namun begitu, sekiranya keputusan yang
diberikan tidak berguna, seharusnya kewangan yang dikeluarkan boleh disalurkan
kepada bahagian-bahaian pendidikan yang lain seperti menyediakan kemudahan yang
cukup kepada sekolah-sekolah.
No comments:
Post a Comment