ARTIKEL
: Bicara Akademia - Berita Harian
Oleh:
Khairini Yasin
Pautan: http://suhaimi87go.blogspot.com/2009/11/3m-3r-reading-writing-arithmetic-issue.html
RINGKASAN :
Artikel ini merupakan hasil penulisan berdasarkan pandangan Dekan Fakulti
Pendidikan, Univerisiti Malaya, Prof Dr Saedah Siraj mengenai keperluan kaedah
pengajaran dan pembelajaran berbeza bagi mengatasi masalah penguasaan asas
membaca, menulis dan mengira (3M) dikalangan murid sekolah.
Prof Dr Saedah Siraj menjelaskan kegagalan menguasai 3M merupakan cabaran
getir dunia pendidikan hari ini. Kegagalan mengatasi masalah ini terutama
dikalangan pelajar Tahun Satu akan berlarutan ke peringkat seterusnya.
Menyisihkan mereka bukanlah langkah yang baik malah hanya akan menambah masalah
di kemudian hari. Timbul persoalan di manakah silap dan kekurangannya. Beliau
mengakui pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran bagi
mengatasi masalah ini. Namun hingga kini masih gagal mencapai matlamat.
Berdasarkan kajian lepas ,langkah penyaringan dan pengesanan awal
merupakan tindakan awal yang perlu diambil bagi mengenalpasti program pemulihan
yang bersesuaian dengan mereka serta meletakkan mereka pada kelompok yang
betul. Ini kerana setiap kelompok mempunyai pendekatan P&P yang berbeza.
Oleh itu, beliau menegaskan bahawa pencarian kaedah P&P mengikut kelompok
perlu ditekankan oleh Kementerian Pelajaran melalui kajian peringkat akar umbi
dengan merujuk faktor yang mempengaruhi masalah penguasaan 3M dalam setiap
kelompok. Masalah
kelompok ini kebiasaannya tidak dapat diajar dengan cepat kerana pemikiran
tidak dapat membaca huruf tertentu.
Akhir
sekali, Prof Dr Saedah Siraj menegaskan selain guru dan murid, pihak lain juga
perlu bekrjasama mengatasi masalah ini termasuk sekolah dan ibu bapa. Beliau
menegaskan perlaksanaan harus diambil tindakan yang progresif di peringkat awal
bukan pada peringkat yang telah jauh tercicir.
Kritikan
dan komen:
Sememangnya saya bersetuju dengan penyataan penyelidik yang menyatakan bahawa
penguasaan 3M wajar diberi perhatian segera. Semua pihak perlu bekerjasama
dalam menangai masalah 3M ini. Penerimaan dan pemahaman seseorang pelajar
banyak dipengaruhi oleh kaedah dan penyampaian seseorang guru yang
bersistematik dan berkesan. Keberkesanan kemahiran guru dalam mengendalikan isi
pengajaran dan cara penyampaian kepada para pelajar dapat menarik minat mereka
untuk belajar sekali gus dapat mengatasi kelemahan secara berperingkat. Menurut
Johdi(2007), pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan
sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi
pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Manakala bagi pihak ibu
bapa juga perlu memberi kerjasama dalam membantu anak menguasai kemahiran asas
3M terutamanya ketika di rumah.
Artikel ini mempunyai kekuatan tersendiri apabila penyelidik menyatakan
beberapa cadangan untuk mengatasi masalah 3M ini. Ia sangat relevan dan sesuai
dilaksanakan. Tetapi artikel ini juga ada sedikit kelemahan. Ia tidak mempunyai
data-data yang jelas untuk menyokong penyataan yang dikemukakan. Kesimpulannya,
artikel sesuai dibaca oleh semua pihak terutama golongan guru, sekolah dan ibu
bapa kerana ia dipenuhi dengan informasi dalam menangani masalah penguasaan 3M.
Rujukan
Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam
Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah
Rendah: Perspektif Guru Besar. Kuala Lumpur:UIAM. Seminar
Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu
Lintang Tahun 2007
No comments:
Post a Comment