Tuesday 13 March 2012

Artikel 1


Aspects of Children's Mathematics Anxiety
Oleh: Karen Newstead (1998)

From:

            Artikel ini membincangkan kajian yang dijalankan oleh Newstead pada tahun 2008. Kajian ini dijalankan ke atas kanak-kanak yang berumur di antara 9 hingga 11 tahun. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk melihat aspek-aspek yang menyumbang kebimbangan matematik dikalangan kanak-kanak dan membuat perbandingan kebimbangan kanak-kanak yang diajar menggunakan kaedah tradisional dan kanak-kanak yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah alernatif yang menekankan penyelesaian masalah serta perbicangan tentang strategi kanak-kanak tersebut secara tidak formal.
            Melalui kajian yang telah dijalankan, didapati kebimbangan matematik dikalangan pelajar bermula daripada peringkat awal zaman kanak-kanak. Ini turut disokong oleh Arnold et. Al di dalam Eugene (2010) yang menyatakan bagi kebanyakkan kanak-kanak, sikap negative terhadap matematik bermula pada peringkat awal dan kadang-kala sebelum mereka memasuki tadika. Ini membuktikan, adalah penting untuk mengatasi masalah kebimbangan matematik dikalangan murid sekolah rendah kerana ianya adalah peringkat awal bagi sikap negative itu.
            Kajian juga menunjukkan kebimbangan matematik juga bekait rapat dengan kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru. Dapatan kajian menunjukkan, guru yang menggunakan kaedah alternatif, yang mana di dalam kajian ini kaedah ‘CAN’ telah digunakan, dapat mengurangkan kebimbangan matematik di kalangan murid berbanding guru yang menggunakan kaedah tradisional iaitu ‘chalk and talk’. Ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Oxford and  Vordick di dalam Hasbee et al. (2009), yang mencadangkan bahawa terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kebimbangan matematik di kalangan murid sekolah rendah dan kelihatan penyebabnya ialah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Pengkaji menyatakan bahawa sikap guru yang menekankan kaedah mengingat formula, mempelajari matematik melalui kaedah latih tubi dan menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran menyumbang kepada permasalahan ini. Barners di dalam Hasbee et al. (2009) menyatakan di dalam kajiannya, murid telah menyenaraikan beberapa kaedah untuk mengurangkan kebimbangan matematik. Antaranya ialah guru perlu mengajar murid kaedah pembelajaran, tingkatkan keyakinan murid dalam kebolehan matematik dan berjalan disekeliling kelas bagi membantu murid dan menjawab soalan.
            Kesimpulannya, kebimbangan matematik dikalangan murid perlu dikurangkan sejak mereka di zaman kanak-kanak lagi kerana pada tahap itulah kebimbangan matematik meningkat. Sebagai guru, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan seperti kaedah alternatif bagi menggalakkan penglibatan murid.

Bahan bacaan:

No comments:

Post a Comment