Sunday 25 March 2012

MENGURANGKAN JURANG PERBEZAAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN


Oleh: Prof. Dr. Robiah Sidin-Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),UKM
Pautan:
 RINGKASAN:
Artikel ini menceritakan tentang cara mengurangkan jurang perbezaan pencapaian pendidikan. Masyarakat sering membincangkan isu perbezaan prestasi akademik antara pelajar Bandar dan luar Bandar perbandingan sosioekonomi dengan pencapaian serta perbandingan pencapaian anatara pelajar Melayu dengan bangsa lain. Isu punca-punca kelemahan sentiasa dikupas dan dibincangkan dalam seminar, kongres, wacana ilmu dan rencana. Namun hingga kini masalah tersebut masih berterusan. Ini kerana perbincangan hanya memfokuskan kepada apakah corak dan jenis masalah dan faktor yang menjadi punca, tetapi tidak menekankan cara untuk mengatasi dan tidak menegaskan pihak yang bertanggungjawab.
Tindakan pertama perlu diambil adalah pada peringkat bilik darjah. Tindakan yang perlu diambil ialah menjurus kepada strategi mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah ataupun kuliah. Pengajaran bermutu mampu merubah prestasi pembelajaran seseorang pelajar. Pengukuran pencapaian seseorang pelajar tidak boleh diukur dengan prestasi akademik semata-mata. Ini kerana pelajar mempunyai pelbagai kecenderungan semula jadi dan kecergasan minda yang berbeza seperti aplikasi logik dan matematik, muzik yang berkitan, kinetik atau gerak badan dan lain-lain. Namun sudah menjadi kebiasaan ukuran kejayaan tetap ke atas pencapaian akademik. Fenomena ini berlaku kerana ukuran peperiksaan telah biasa dibuat dan lebih mudah untuk dinyata, direkod serta mudah untuk dibuat perbandingan. Andaian biasa yang dibuat, semakin tinggi markah maka semakin baik pencapaian.
Seterusnya, dari segi geografi dan pencapaian pelajar pula, pola pencapaian luar bandar lebih rendah dari Bandar. Sumber-sumber yang diperolehi mengatakan hanya peperiksaan di peringkat rendah golongan Melayu mengatasi bukan Melayu. Manakala peringkat yang tinggi lebih dimonopoli oleh etnik bukan Melayu terutama dalam Bahasa Inggeris, matematik moden, matematik tamabahan, dan sains.
Seterusnya penulis membicarakan beberapa stategi khusus menyentuh tentang proses mengajar belajar. Warga pendidik harus bersungguh-sungguh mengajar disertai dengan kepekaan situsi maka pelajar Melayu yang lemah dapat diatasi.
Tiga strategi yang akan mengurangkan jurang perbezaan pencapaian pendidikan. Strategi pertama ialah kurikulum yang ditawarkan mesti sesuai dengan pelajar. Strategi ini menekankan supaya guru perlu sensitif dan mampu mengatur pembelajaran mengikut keupayaan yang berbeza-beza dikalangan pelajarnya. Strategi kedua ialah memberi bantuan kepada pelajar yang lemah. Penulis mentakrifkan pelajar lemah merupakan pelajar yang ketinggalan dalam kemahiran 3M. Strategi ketiga pula ialah penempatan guru-guru di sekolah yang memerlukan bantuan. Guru yang dedikasi, cekap dan mahir mampu merubah prestasi pelajar namun apa yang berlaku ialah kebanyakan pelajar lemah diajar oleh guru-guru yang bukan terbaik. Tambahan pula, di kawasan luar banadar kebanyakan guru-guru mengajar tidak mengikut opsyen yang betul berbanding bandar yang dilaporkan mengalami kelebihan guru. Amalan penempatan guru yang mengajar tidak menikut  opsyen di luar bandar perlu dipertimbangkan semula.
Kesimpulannya, langkah pertama yang boleh dibuat ialah dengan menggubal amalan dan melaksanakan  kurikulum menggunakan teknik baru, pengurusan bilik darjah dan penempatan guru-guru terbaik di sekolah sekolah terutama di luar bandar dan kawasan pedalaman.
Kritikan dan komen:
Artikel ini membincangkan isu yang sangat sinonim dengan fenomena pendidikan masa kini. Sering kita dengar tanggapan-tanggapan negatif bahawa pelajar luar bandar lemah berbanding pelajar di bandar. Saya bersetuju dengan pernyataan penulis yang mengatakan bahawa isu ini hanya dibincangkan pada permukaannya sahaja dan tidak ada yang cuba selesaikannya. Sedangkan ia bukanlah isu yang baru. Tetapi isu lama yang tiada berkesudahan dan diulang-ulang bicara tanpa ada penyelesaian. Sikap guru, ibu bapa, pihak pentadbir dan pelajar itu sendiri mempengaruhi perbezaan jurang tersebut. Kerjasama antara semua pihak akan membantu mengurangkan perbezaan jurang. Dengan dunia tanpa sempadan sekarang, pelajar luar Bandar juga mampu mendapat kualiti pendidikan setaraf dengan pelajar Bandar. Apa yang perlu dilakukan adalah berusaha mencari ilmu dan memaksimumkan kemudahan yang ada.
Dalam membincangkan aspek pendidikan ini, persoalan mengenai kecemerlangan akademik seringkali dikaitkan dengan prestasi dan enrolmen pelajar. Fenomena yang berlaku di Malaysia pada masa kini lebih menjurus kepada perbezaan kecemerlangan dalam kalangan pelajar luar bandar dan bandar di mana enrolmen dan prestasi kecemerlangan pelajar luar bandar dilihat agak mundur jika dibandingkan dengan pelajar di bandar (Murad Mohd Noor, 1971;Behrman dan Schnieder, 1994).
Artikel ini sangat berguna kepada pendidik kerana bukan hanya mencari punca berlakunya jurang tetapi turut menyatakan beberapa langkah mengatasi masalah ini. Tetapi, kekurangannya adalah penulis tidak meletakkan maklumat kajian yang dirujuk, nama pengkaji serta data-data empirikal untuk menyokong kenyataan penulis dalam artikel ini.
Secara keseluruhan, artikel ini sesuai dibaca oleh setiap golongan seperti pendidik, pelajar, pentadbir serta ibu bapa supaya sama-sama mendapat informasi dan idea bagi merapatkan jurang perbezaan pencapaian pendidikan.
 

No comments:

Post a Comment