Student Attitude,
Student Understanding and Mathematics Anxiety
Oleh: Michelle Jennison &Kim Beswick
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan intervensi
pembelajaran pecahan dan kebimbangan matematik serta kebolehan dalam pecahan
bagi murid tahun 4. Melalui kajian ini didapati murid tahun 4 mempunyai sikap
positif terhadap matematik. Namun begitu, terdapat 4 responden daripada 40 yang
terlibat yang mempunyai masalah terhadap matematik. Ini selari dengan kajian
yang dijalankan oleh Anderson (2007) yang menyatakan murid tahun 4, 5 dan 6
mempunyai tahap kebimbangan matematik yang tinggi. Empat murid ini juga
menunjukkan penurunan dalam kebimbangan matematik di akhir kajian selepas
intervasi dilakukan dalam pengajaran pecahan.
Selain daripada itu, perbincangan yang boleh
didapati daripada kajian adalah adakah kebimbangan matematik dikalangan murid
berkaitan dengan sikap serta pengetahuan mereka terhadap matematik. Kajian
menunjukkan penambahbaikan iaitu aktiviti hands-on serta kerja interaktif yang
menyokong dan persiktaran yang selesa dapat membantu murid dalam meningkatkan
pengetahuan mereka serta meningkatkan tahap keyakinan mereka dengan kebolehan
yang dimiliki. Oleh yang demikian, di dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik, kaedah yang digunakan memainkan peranan dalam menarik minat murid.
Disamping itu, adalah amat penting bagi guru untuk
sedar akan aspek kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana,
menurut kajian ini, kekurangan pengetahuan dalam topik pembelajaran akan
menyebabkan murid kurang keyakinan dan ini akan menjurus kepada sikap negatif
terhadap matematik. Guru juga perlu menunjukkan sokongan terhadap murid agar
mereka dalam melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Diakhir kajian juga, didapati terdapat perkaitan
diantara pengetahuan murid, sikap murid dengan kebimbangan matematik. Ini
mengesahkan kajian yang dijalankan oleh Turner et al (2002) yang menyatakan
penggunaan kaedah yang holistik akan dapat melibatkan murid dalam pengajaran
matematik.
Kesimpulannya, adalah amat penting bagi guru dalam
mengenalpasti tahap pengetahuan murid serta menggunakan kaedah yang menarik
bagi melibatkan murid dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. ini kerana
ianya dapat mengurangkan tahap kebimbangan matematik dikalangan murid terutama
murid tahun 4, 5 dan 6.
No comments:
Post a Comment