Showing posts with label Isu 3: Timss. Show all posts
Showing posts with label Isu 3: Timss. Show all posts

Thursday, 29 March 2012

Artikel 5


Mathematics And Science Achievement In Malaysia
Oleh: Hui Peng Liew & Suet-ling Pong (2004)

Daripada:
http://paa2005.princeton.edu/download.aspx?submissionId=50599

Kajian adalah tentang mengetahui tahap pencapaian murid di Malaysia dalam subjek matematik dan sains. Responden yang terpilih adalah murid yang menduduki TIMSS 1999. Melalui kajian ini, didapati murid bukan melayu menunjukkan keputusan yang lebih baik di dalam subjek matematik tetapi tidak dalam subjek sains. Selain itu juga, murid lelaki menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam matematik dan sains berbanding murid perempuan. Ibu bapa dan pendidikan mereka juga memberi kesan terhadap pencapaian matematik tetapi bukan subjek sains.
Melalui dapatan ini, dapatlah dikatakan bahawa pencapaian murid dalam TIMSS adalah bergantung kepada pelbagai faktor. Namun begitu, kita masih lagi berada di tahap kurang memberansangkan di dalam TIMMS kerana banyak faktor yang belum diatasi seperti jurang pendidikan yang berlaku iaitu kurangnya kemudahan yang disediakan buat murid yang berada di luar negara.
Selain itu juga, melalui kajian ini, dicadangkan juga agar polisi pendidikan diperbaiki kerana untuk mencapai tahap pendidikan antarabangsa, dasar pendidikan yang cekap berpengetahuan yang menyeluruh diperlukan. Polisi tersebut termasuklah menyediakan kemudahan kepada keluarga, murid, guru dan sekolah, mengubah kurikulum,  dan melaksanakan amalan pengajaran.
Secara amnya, kajian merujuk kepada perubahan besar-besaran yang perlu dilaksanakan oleh pihak kementerian pendidikan kerana tunjangnya adalag kurikulum yang bersesuaian perlu dirangka bagi mencapai prestasi yang lebih baik dalam pendidikan matematik. Oleh itu, besarlah tanggungjawab pihak kementerian untuk membuat perubahan agar pendidikan matematik negara ini setanding dengan negara luar.

Artikel 4


Why Using International Comparative Math And Science Achievement Data From TIMSS Is Not Helpful
Oleh: William G. Holiday & Berchie W. Holiday (2003)

Daripada:

Kita sedia maklum TIMMS dilaksanakan untuk membuat perbandingan di antara pencapaian matematik di kalangan negara-negara antarabangsa. Namun begitu, terdapat juga kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa keputusan yang diperolehi oleh TIMMS tidak membantu dalam menentukan pencapaian murid-murid tersebut di dalam bidang matematik.
Ini kerana, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keputusan tersebut kurang berguna. Antaranya ialah:

  1. Penggunaan bahasa ibunda yang berbeza
  2. Sampel yang digunakan sedikit
  3. Kurikulum yang dibina berbeza
  4. Pemilihan responden yang tidak mengikuti standard yang ditetapkan
  5. Persediaan murid yang berbeza

Melalui artikel ini, didapati keputusan TIMSS yang dikeluarkan adalah kurang tepat untuk digunakan di dalam menentukan ranking bagi setiap negara dalam subjek matematik. Penilaian dan refleksi sepenuhnya diperlukan dalam memastikan keputusan TIMMS tersebut berguna seperti penyelarasan bahasa yang akan memudahkan murid semasa menjawab soalan serta pemilihan responden yang teliti dan telus. Ini akan dapat membantu menambahbaik TIMMS pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, TIMSS adalah satu keuputusan yang boleh kira di ambil berat oleh sesetengah negara. Namun begitu, sekiranya keputusan yang diberikan tidak berguna, seharusnya kewangan yang dikeluarkan boleh disalurkan kepada bahagian-bahaian pendidikan yang lain seperti menyediakan kemudahan yang cukup kepada sekolah-sekolah.

Wednesday, 28 March 2012

Artikel 3


The Singaporean Mathematics Curriculum: Connections To TIMSS
Oleh: Jaguthsing Dindyal (2006)

Daripada:

Seperti yang kita sedia maklum, Singapura adalah negara yang mendapat tempat pertama di dalam keputusan TIMSS (2003). Artikel ini membincangkan apa perbezaan Singapura dengan negara lain sehingga mendapat temapat terbaik di dalam TIMSS serta kebaikan dan keburukan kurikulum yang digunakan di Singapura.
Apa yang boleh dikatakan melalui artikel Ini ialah, salah satu sebab pencapaian matematik bagi negara itu adalah dari segi perlaksanaa kurikulum yang telah dirangka dengan kemas. Ini menunjukkan bahawa permulaanya adalah dari segi kurikulum yang dibina di mana ia akan menjadikan suatu pengajaran dan pembelajaran itu bermanfaat bagi murid.
Selain daripada itu juga, kurikulum yang dibina juga diselia dan dilaksanakan dengan kemudahan yang cukup beserta guru yang terlatih di mana setiap guru adalah pakar bagi topik tersebut. Ini adalah berbeza dengan kurikulum di Malaysia di mana terdapat juga guru bukan opsyen mengajar subjek berkenaan dan ini adalah kerana kekurangan guru. Jika kita lihat, terdapat pelbagai institusi yang menyediakan sumber guru namun begitu masih lagi menjadi isu kurangnya guru di Malaysia. Jadi, bagaimanakah kita hendak mencapai tahap antarabangsa sekiranya masalah seperti ini tidak diperbaiki.
Dari segi tenaga pengajar pula, guru yang mengajar di Singapura terpaksa berhadapan dengan satu badan khas sebelum boleh menjalani latihan perguruan. Mereka akan menunjukkan kemahiran yang mereka perolehi. Ini adalah salah satu kaedah yang boleh diamalkan di Malaysia bagi memastikan setiap guru di Malaysia berkebolehan di dalam bidang masing-masing.
Namun, persoalannya ialah, mampukah negara kita membuat perubahan seperti itu ataupun adakah langkah khas yang dibina untuk memperbaiki keputusan TIMSS di negara kita seperti di Singapura? Persoalan ini saya tinggalkan buat renungan rakan-rakan sekalian.

Artikel 2


Multilevel Analysis Of Achievement In Mathematics Of Malaysian Dan Singaporean Students
Oleh: M Najib Abd Ghagar, Rohani Othman & Ebrahin Mohammadpour (2011)

Daripada:

Artikel Ini meneroka variasi dalam pencapaian matematik di Malaysia dan Singapore bagi murid 8 tahun dan perkaitannya dengan perbezaan murid serta tahap sekolah. Responden yang terlibat adalah murid yang sama mengikuti TIMMS 2003. Melalui kajian Ini didapati, tahap sekolah memberi perbezaan kepada pencapaian murid dalam kedua-dua negara. Ini menunjukkan bahawa sekolah memberi kesan kepada pencapaian murid. Oleh yang demikian, ia membuktikan bahawa guru memainkan peranan yang penting seperti yang dinyatakan juga oleh Anderson (1991). Keberkesanan sekolah bergantung kepada efektifnya seseorang guru itu.
Selain daripada itu, turut dinyatakan konsep kendiri, sikap terhadap matematik dan sumber pendidikan di rumah juga member kesan kepada pencapaian murid. Seperti yang telah dinyatakan di dalam artikel sebelum Ini, sikap murid member impak yang besar ke atas pencapaian mereka. Ini menunjukkan penerapan persepsi terhadap matematik yang positif perlu diterapkan ke dalam diri murid sejak dari mereka kecil agar dapat mengurangkan kebimbangan matematik.
Turut dinyatakan perbezaan di antara murid yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar. Murid bandar menunjukkan prestasi yang lebih baik. Ini mungkin berlaku kerana mereka mendapat sumber yang sepenuhnya ke atas kemudahan berbanding di luar bandar. Namun begitu, murid di Singapura menunjukkan mereka kekurangan sumber di rumah berbanding di Malaysia. Keputusan Ini membuktikan rakyat Malaysia mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dalam menyediakan kemudahan d rumah. Keputusan Ini adalah baik dan membuktikan bahawa persekitaran di rumah memberi impak kepada pencapaian murid.
Secara keseluruhannya, keputusan TIMSS menunjukkan perbezaan yang besar. Namun begitu, faktor pencapaian murid masih lagi sama dan ianya masih perlu diperbaiki di Malaysia agar kita berada setanding dengan negara luar.

Tuesday, 27 March 2012

Artikel 1


Mathematics Education In Korea After TIMMS
Oleh: Hee-chan Lew

Daripada:

Artikel Ini membincangkan kesan kepada pendidikan matematik selepas TIMMS dilaksanakan. Melalui artikel ini dinyatakan beberapa sebab yang menjadikan Korea mendapat keputusan TIMMS sebanyak 607 bagi gred 8 dan 611 bagi gred 4 iaitu ditempat kedua dibelakang Singapore. Pendidik di Korea percaya bahawa pencapaian matematik bagi murid mereka adalah penting untuk membina perkembangan yang maju dalam ekonomi dan mengekalkan kuasa di pasaran antarabangsa. Bagi pendidik di Korea, TIMSS merupakan satu platform yang baik supaya mereka dapat reflek kembali persekitaran pendidikan mereka.
Melalui artikel Ini, kita boleh katakana, pendidikan Malaysia harus mengambil langkah yang sama dalam menjadikan pendidikan matematik setaraf dengan negara-negara lain. Ini adalah amat penting kerana perkembangan ekonomi negara bergantung kepada sumber manusia yang dibentuk pada zaman awal mereka. pencapaian matematik seharusnya dipandang berat oleh semua pihak kerana kita boleh lihat bahawa matematik diaplikasikan di dalam setiap pekerjaan secara lansung atau tidak lansung dala kehidupan seharian kita.
Melalui artikel Ini juga, telah dinyatakan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Korea bagi meningkatkan prestasi mereka. antara kaedah yang boleh digunakan di Malaysia ialah menambahbaik kurikulum pendidikan kita. Terdapat tiga rational yang berkait iaitu kurikulum haruslah menyokong matlamat negara,mengubah kaedah pembelajaran daripada tradisional kepada interaktif serta tiada ruang perbezaan bagi setiap individu dimana setiap sumber tenaga akan dibangunkan secara maksimum. Ini adalah antara cadangan yang boleh diaplikasikan di dalam kurikulum matematik di Malaysia.
Kesimpulannya, TIMSS merupakan satu platform yang amat berguna bagi pendidik di Malaysia sekiranya berlaku perubahan atau penambah baikan. Atau ianya akan sekadar menjadi satu rutin tanpa penambahbaikkan. Perkara Ini seharusnya dipandang berat oleh pihak yang berkenaan.