Wednesday 14 March 2012

Artikel 2


Mathematics Anxiety among 4TH And 5TH Grade Turkish Elementary
School Students (2008)
Oleh: Fulya Yüksel-Şahin

From:

Artikel ini membincangkan kebimbangan matematik dikalangan murid Turkish tahap 4 dan 5 sekolah rendah. Kajian ini telah dilaksanakan oleh Fulya Yuksel-Sahin pada tahun 2008. Di dalam kaijan ini, pengkaji menggunakan sampel murid tahun 4 dan 5. Seramai 249 murid telah melibatkan diri dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sama ada kebimbangan matematik dikalangan murid berbeza berdasarkan beberapa faktor. Pengkaji juga telah menggunakan . “The Mathematics Anxiety Scale for Elementary School Students” and “The Personal Information Form” untuk mengutip data bagi kajian ini.
Menurut kajian ini, telah dinyatakan kajian terhadap kebimbangan matematik telah dilaksanakan sejak dari tahun 1950 an lagi  , pengkaji telah menyatakan beberapa faktor yang menyebabkan kebimbangan matematik di kalangan murid sekolah rendah. Menurut Hadfield & Trujillo (1999); Ma (2003), kebimbangan matematik mempunyai kaintan dengan ketidakselesaan ketika menghadapi masalah matematik. Ini turut disokong oleh Perry di dalam Hasbee et al (2009) yang menyatakan murid akan melalui kegagalan dalam prestasi mereka kerana resah dan berasa tidak selamat terhadap matematik.
Di dalam kajian ini, pengkaji turut menyatakan kajian yang telah dilaksanakan sebelum ini menyatakan antara faktor yang menyumbang kepada kebimbangan matematik ini ialah faktor persekitaran yang melibatkan tekanan daripada ibu bapa yang mengharapkan pencapaian yang tinggi, faktor intelektual di mana kaedah pembelajaran atau faktor personaliti yang mana kebanyakkan murid mempunyai keyakinan diri yang rendah. Selain daripada itu, turut dinyatakan faktor pembelajaran yang didedahkan oleh ibu bapa dan guru semasa di awal persekolahan. Ibu bapa kerap menyatakan pencapaian matematik yang tinggi amat penting dalam menentukan pencapaian murid. Ini memberikan tanggapan negatif kepada murid dalam mempelajari matematik.
Turut dinyatakan pengalaman negatif murid di zaman perekolahan juga menyebabkan masalah ini berlaku. Kenyataan ini menunjukkan sikap guru yang mengugut dan menguasai kelas akan menyebabkan kebimbangan dikalangan murid sekolah. Ini menyebabkan murid takut untuk bertanya soalan dan menjawab soalan yang diberikan.
Dapatan daripada kajian menunjukkan beberapa keputusan daripada data yang diperolehi. Menurut kajian yang dijalankan didapati terdapat perkaitan di antara kebimbangan matematik terhadap faktor jantina memberi keputusan yang berbeza. Pelajar perempuan mempunyai tahap kebimbangan lebih tinggi daripada lelaki. Tetapi menurut kajian yang dijalankan oleh Newstead (1998), jantina tidak berkait dengan kebimbangan matematik. Ini turut disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Rexses (1995) dan Gierl and Bisanz (1995) yang menujukkan tiada perbezaan bagi skor kebimbangan matematik bagi murid lelaki dan murid perempuan. Secara ringkasnya, boleh dikatakan bahawa kajian kebimbangan matematik dan jantina tidak semestinya menunjukkan bahawa perempuan mendapat skor kebimbangan matematik lebih tinggi tetapi kebanyakkan menunjukkan keputusan bercampur.
Kajian juga menunjukkan, murid yang meminati guru matematik mereka menunjukkan tahap kebimbangan yang lebih rendah berbanding murid yang tidak menyukai guru matematik mereka. Ini kerana, di dalam kajian Nur A’ain et al (2009) menunjukkan guru merupakan faktor yang paling besar di dalam perkembangan kebimbangan matematik di kalangan murid. Murid turut menyatakan pengaruh dan kuasa adalah bergantung kepada guru mereka. Oleh itu, sebagai guru, terdapat bebarapa cara bagi mengatasai masalah ini. Antaranya ialah, kaedah yang digunakan oleh Woodard di dalam kajian yang sama iaitu menyediakan persekitaran yang tidak mengancam di mana ia akan dapat mengurangkan tahap kebimbangan matematik dikalangan murid.
Kesimpulannya, guru adalah contoh yang terbaik dalam menetapkan pandangan positif murid terhadap matematik di awal zaman persekolahan murid. Persekitaran yang selamat dan selesa akan dapat membantu murid dalam menangani masalah kebimbangan matematik ini. Oleh itu, besarlah peranan guru dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dalam mengurangkan kebimbangan matematik di sekolah rendah.

No comments:

Post a Comment