Saturday 19 May 2012

BLOG rakan-rakan sekelas

1) Mathematics Anxiety / Maths Phobia: http://sme6044anxiety.blogspot.com/
2) Disparities in Achievement: http://diskusimatematik.blogspot.com/
3) Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS): http://timss.k3.blogspot.com
4) Access and Equity: http://aksesdanekuiti.blogspot.com/
5) Language of Instruction: http://shimishaz.blogspot.com/
6) Teaching Approaches: http://isudalamgayapengajaran.blogspot.com/
7) Professional Teaching Standards: http://sppro.dinstudio.com/
8) Assessment: http://www.daripenacikguku.blogspot.com/ 9) Curriculum: http://azlikurt.blogspot.com/
10) Teacher Certification: http://contemporaryissues2012.blogspot.com/
11) School Culture: ???
12) Using Technology particularly ICT for Teaching and Learning: http://isuict.blogspot.com/
13 Ethno-mathematics: http://kamipendidik2012.blogspot.com/
 

Wednesday 16 May 2012

Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Pendekatan Peringkat Prasekolah bagi Tajuk Konsep Nombor

Penulis: Zaidatun Bt Tasir & Nurul Amirah Binti Mohd Razali
Pautan: http://eprints.utm.my/12010/

Sinopsis:
Penggunaan komputer sebagai alat rangsangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas adalah satu inovasi yang terkini dalam pendidikan awal kanak-kanak. Penggunaan komputer dalam proses P&P juga amat disarankan oleh kerajaan kerana sistem pendidikan kini memerlukan generasi celik komputer. Dalam kajian ini perisian multimedia berasaskan pendekatan permainan untuk kanak-kanak prasekolah bagi tajuk 123 Concept telah dibangunkan. Kandungan perisian ini disusun berdasarkan huraian sukatan pelajaran bagi pendidikan prasekolah mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Proses pembinaan perisian ini menggunakan model ADDIE yang mengandungi lima aliran kerja iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Pendekatan bermain sambil belajar diterapkan dalam perisian ini kerana ia merupakan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware yang merupakan perisian yang utama dan disokong dengan perisian Flash Professional 8, Adobe Photoshop CS2, Sound Forge 7.0 dan Crazy Talk 4.5. Gabungan perisian-perisian ini dapat menyepadukan pelbagai media seperti grafik, teks, animasi, audio dan interaktiviti untuk menghasilkan perisian multimedia yang menarik bagi mengekalkan tumpuan kanak-kanak. Kelebihan utama perisian berasaskan pendekatan permainan ialah ia mampu menarik minat dan perhatian kanak-kanak melalui aktiviti dan latihan yang berkonsep bermain sambil belajar. Diharapkan perisian ini dapat membantu kanak-kanak menguasai konsep dan kemahiran Matematik prasekolah.

Ulasan / Kritikan:

Proses penilaian formal tidak dijalankan diperingkat ini namun begitu, pembangun telah
menjalankan penilaian secara informal di Tadika Didik Al Insan, Pulai Perdana. Komen yang
memberangsang diterima dari pengusaha tadika tersebut iaitu Pn. Jamiah Bt. Abu. Pembangun
telah membuat sedikit penambahbaikan selepas penilaian informal ini. Pembangun juga meminta
pandangan rakan-rakan agar perisian ini menepati teori pembelajaran, pendekatan permainan dan
bersesuaian dengan pengguna perisian ini. Kesimpulannya, dalam menghasilkan perisian yang berkualiti dan menarik, perancangan dalam pembangunan perisian perlulah dilakukan dengan teliti agar perisian yang dihasilkan menepati kehendak pengguna.

Tuesday 15 May 2012

Pengintegrasian ICT Dalam P&P

Penulis: Mohd Mahizam B Mohd Toha    
Pautan: http://www.pkghl.net/hl-v1/index.php?option=com_content&view=article&id=468:pengintegrasian-ict-dalam-pap&catid=50:teknologi-maklumat&Itemid=97

Sinopsis:
Terdapat dua perspektif dalam pengintegrasian ICT dalam P&P. Pertama, pengaplikasian perkakasan dan perisian. Kedua potensi terhadapa multimedia yang dicipta. Walaubagaimanapun, berbalik kepada guru itu sendiri bagaimana untuk menggunakan perkakas atau perisian di dalam P&P supaya ia berkesan kepada murid. Oleh yang demikian, tiga kriteria perlu dititikberatkan iaitu;
1) mampu menjana idea
2) mampu mengukuhkan pemahaman
3) menggabungkan dengan kaedah dan teknik yang tertentu (aspek pedagogi)

Ulasan / Kritikan:
Artikel ini berguna untuk dijadikan panduan kepada guru-guru. Jika dilihat pada zaman sekarang guru hanya mengajar sekadar untuk peperiksaan dan sesetengahnya dikatakan "syok sendiri" atau dalam kata lain mengajar bagai nak rak tetapi murid tak faham langsung. Oleh yang demikian, P&P akan menjadi lebih berkesan sekiranya tiga kriteria yang dicadangkan oleh penulis diikuti dan dihayati oleh setiap guru di sekolah kerana secanggih mana perkakas dan perisian ICT itu tetapi teknik dan kaedah penggunaannya salah, maka tidak berguna juga akhirnya.

Monday 14 May 2012

Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan PembelajaranMatematik Di Kalangan Guru Matematik Di Daerah KotaTinggi

Penulis: Md. Nor Bakar & Rashita A. Hadi
Pautan: http://eprints.utm.my/13425/

Sinopsis:
Kajian ini telah dijalankan di sekolah-sekolah menengah sekitar daerah Kota Tinggi, Johor. Tujuan kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Aspek yang dikaji ialah tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru-guru, kesesuaian kursus dan latihan yang ditawarkan dan faktor-faktor penghalang dalam mengintegrasikan ICT. Didapati bahawa pengintegrasian ICT masih di tahap rendah di mana faktor luaran yang menjadi punca utama yang menghalang pengintegrasian ICT seperti kemudahan yang tidak sempurna dan kekurangan ICT. Hasil perbincangan mencadangkan beberapa pendekatan yang perlu dambil oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia (KPTM) dan guru-guru matematik itu sendiri untuk memantapkan lagi perlaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

Ulasan / Kritikan:
Di dalam artikel ini, perbincangan dan kajian telah dijalankan secara menyeluruh. Walaubagaimanapun, kajian ini dapat mensimpulkan dengan lebih baik sekiranya ia dijalankan di setiap kawasan yang berbeza-beza untuk mendapatkan pendedahan dan kesulitan yang di alami di kalangan guru baik dari kawasan bandar mahupun luar bandar. Dicadangkan supaya kajian ini diteruskan oleh pengkaji-pengkaji lain untuk meninjau atau mendapat maklum balas dari setiap tahap pendidikan di Malaysia iaitu prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan universiti.