Thursday, 15 March 2012

Artikel 4


Math Anxiety In Elementary And Secondary School Students
Oleh: Allan Wigfield & Judith L. Meece


Kajian ini dijalankan untuk mengetahui kebimbangan matematik dikalangan murid sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat dua aspek yang perlu diambil berat iaitu dari aspek kognitif dan juga aspek afektif. Melalui hasil dapatan kajian terhadap aspek kognitif, didapati murid disekolah rendah mempunyai komponen yang sama dengan murid sekolah menengah dalam kebimbangan matematik.
Selain daripada itu didapati juga kebimbangan murid untuk melakukan kesilapan dihadapan guru dan pencapaian dalam matematik akan meningkatkan tahap kebimbangan matematik dikalangan murid. Ini menunjukkan guru perlulah mempunyai kesedaran akan sikap murid terhadap mereka di dalam kelas. Ini kerana ia akan memberi kesan terhadap perspektif mereka dalam matematik.
Menurut kajian ini juga, didapati umur tidak memberi kesan terhadap tahap kebimbangan matematik. namun begitu ia berbeza dengan jantina. Menurut kajian ini, didapati murid perempuan memberikan reaksi negatif afektif terhadap matematik berbanding perempuan. Ini turut disokong dalam kajian yang dijalankan oleh Lafferty (1996) yang menyatakan murid perempuan mempunyai tahap kebimbangan matematik yang lebih tinggi. Ini mungkin kerana, murid perempuan kurang selesa semasa melibatkan diri dalam pengajaran dan tidak mahu menunjukkan kesilapan. Ini membawa mereka kepada tahap kebimbangan matematik yang tinggi berbanding murid lelaki.
     Secara kesimpulannya, kebimbangan matematik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, Kesemua komponen member kesan kepada persepsi murid, penghargaan terhadap matematik, dan prestasi mereka dalam matematik. Oleh yang demikian, guru perlulah sedar akan komponen tersebut dan cuba membantu murid untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi. Ini akan membantu murid dalam pembelajaran matematik
 

No comments:

Post a Comment