Wednesday 21 March 2012

Artikel 3


Hubungan Antara Faktor Sosioekonomi Dan Persekitaran Keluarga Terhadap Sikap Dan Pencapaian Matematik Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh, Kuala Krai, Kelantan.
Oleh: Aida Binti Baharuddin (2004)


Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara faktor sosio ekonomi dan persekitaran keluarga dengan sikap dan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah. Melalui kajian ini didapati taraf sosioekonomi tidak memainkan peranan dengan sikap dan pencapaian murid dalam matematik. Ini kerana, menurut pengkaji, ibu bapa pada zaman ini mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap pencapaian anak mereka dalam matematik. namun begitu, Ini tidak disetujui oleh Abdullah (2004) yang menyatakan bahawa sosioekonomi member impak terhadap pencapaian murid. Pada pandangan saya, benar bahawa ibu bapa pada zaman Ini sedar akan kepentingan pelajaran bagi anak mereka tetapi tidak di luar bandar. Masih lagi terdapat ibu bapa yang kurang pendedahan dan menyebabkan anak mereka tercicir dalam pelajaran.
Di dalam kajian ini juga ada menyatakan faktor persekitaran keluarga memberi impak kepada pencapaian murid dalam pelajaran matematik. Ini kerana murid mendapat perhatian dan galakan daripada ibu bapa. Ini turut disokong oleh Orr (2003) menyatakan kekayaan & sokongan keluarga memberi impak yang positif dalam motivasi dan inspirasi di kalangan kanak-kanak sekolah. Ini menunjukkan, murid yang berada di dalam golongan ibu bapa berpendapatan tinggi menunjukkan pencapaian yang baik berbanding sebaliknya. Ini mungkin terjadi kerana, ibu bapa yang berpendapatan rendah tidak mampu menyediakan pelbagai kemudahan seperti komputer. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa masih ramai lagi murid yang datang dari keluarga berpendapatan rendah berjaya ke menara gading seperti bekas banduan Muhammad Zainal Ariff Mat Zain, 23 yang menjadi salah seorang pelajar cemerlang SPM di Selangor. Ini membuktikan bahawa tiada sebab untuk tidak berjaya melainkan sikap murid itu sendiri.
Kesimpulannya, jurang antara murid bandar dan luar bandar boleh diatasi dengan sikap positif yang ada pada guru serta murid. Ini kerana melalui sikap positif murid akan berusaha mencapai kejayaan walaupun hidup dalam serba kekurangan.

No comments:

Post a Comment