Monday 26 March 2012

PELUANG DAN CABARAN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT LUAR BANDAR : SATU KAJIAN KES ISI RUMAH MELAYU MISKIN DI JAJAHAN BACHOK, KELANTAN


Oleh: Siti Masayu Rosliah Binti Abdul Rashid
Pautan: http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.aspy=2001&dt=0629&pub=DuniaPendidikan&sec=Isu_Semasa&pg=gg_03.htm


RINGKASAN

Kemiskinan merupakan masalah yang serius terutama dalam kalangan isi rumah Melayu di kawasan luar bandar. Masalah ini dipengaruhi oleh tahap pendidikan sesebuah keluarga. Kajian dijalankan bagi menilai tahap kemiskinan isi rumah Melayu luar bandar, tahap pencapaian pendidikan ketua isi rumah, kesedaran ketua isi rumah tentang kepentingan pendidikan dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh ketua isi rumah Melayu miskin luar bandar dalam mendapatkan pendidikan. Selain itu, kajian juga turut melihat prestasi pendidikan anak-anak ketua isi rumah miskin. Gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan untuk mengumpulkan data. Soal selidik terhadap 230 orang responden telah dijalankan. Hasil kajian mendapati, masyarakat Melayu luar bandar hidup dalam keadaan kemiskinan yang serius. Tahap pendidikan keluarga miskin yang rendah turut memberi kesan kepada anak-anak dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna. Walau bagaimanapun, majoriti daripada keseluruhan ketua isi rumah Melayu di kawasan luar bandar ini sedar tentang kepentingan pendidikan untuk masa depan anak-anak mereka. Pelbagai cara seperti mendapatkan bantuan dari ahli keluarga terdekat atau menghantar ke kelas tuisyen berbayar adalah inisiatif yang diambil dalam menangani masalah memberikan

pendidikan kepada anak-anak. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan ketidakupayaan individu mendapat pendidikan yang sempurna menyebabkan mereka terus terperangkap dalam kemiskinan. Oleh itu, cadangan seperti menekankan aspek pendidikan sejak dari awal serta memberi peluang latihan dan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada masyarakat Melayu di luar bandar mampu untuk mengeluarkan golongan ini daripada belenggu kemiskinan.

Kritikan dan komen:

Artikel ini menarik minat saya kerana jarang penyelidikan mengkaji masalah kemiskinan. Kebiasaannya, apa yang dikaji penyelidik hanyalah jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar tanpa menyebut faktor kemiskinan secara khusus. Aspek pendidikan merupakan instrumen yang terpenting dalam mempertingkatkan kualiti hidup di Malaysia. Namun, usaha ke arah hidup berkualiti ini terhalang dengan adanya jurang pendidikan dan kemiskinan antara kawasan bandar dan luar bandar. Saya menyokong penyataan penyelidik yang mengatakan bahawa kemiskinan mempengaruhi pencapaian pelajar. Ini kerana, factor kemiskinan memberikan kekangan hebat untuk capaian kepada pendidikan berkualiti dan terkini seperti penggunaan ICT dalam pembelajaran yang biasa diamalkan di sekolah banadar. Punca kemiskinan ini menyebabkan mereka tidak mampu untuk menyediakan pendidikan yang lebih baik kepada anak-anak. Kebanyakan penduduk luar bandar terlibat dalampertanian bercorak sara diri dan berada pada tahap miskin. Mereka kurang aktif dan

kurang terlibat dalam program-program pembangunan, mempunyai taraf pengeluaran pertanian yang rendah, mempunyai tahap kemudahan asas yang kurang; aspek pendidikan dan kesihatan yang rendah, kurang menerima faedah-faedah dan sumber-sumber pembangunan yang terdapat di bandar (Maimunah Ismail, 1999:18-19).

            Selain faktor kemiskinan, faktor jarak juga mendorong berlakunya jurang dalam pendidikan. Jarak yang jauh dari bandar menghalang penduduk menikmati taraf hidup yang sama dengan penduduk Bandar. Ini menyebabkan berlakunya ketaksamaan agihan sumber yang mana kawasan bandar mendapat peruntukan pembangunan yang lebih besar berbanding dengan penduduk luar bandar yang tinggal jauh di pedalaman (Yuji Tamura, 2003).

            Penyelidik menyimpulkan bahawa pendidikan sahaja yang mampu mengubah hidup mereka (kemiskinan) dan merapatkan jurang pendidikan. Dalam rangka Rancangan Jangka Panjang Malaysia Pertama 1971 – 1990 (RRJP1), akses pendidikan telah dikenalpasti sebagai salah satu langkah utama yang berdaya tahan dan berkesan dalam usaha mengurangkan jurang pendidikan dan kemisikinan antara kawasan bandar dan luar bandar (Malaysia, 2001:158)

Kekuatan artikel ini adalah terdapat banyak data-data statistic yang dikemukakan hasil dari kajian-kajian lepas yang membuatkan fakta yang dikemukakan diyakini. Sorotan kajian yang dilakukan menghuraikan persoalan ini dengan baik sekali dan penyelidik melalukan penambahbaikan berdasarkan kajian-kajian lepas.

No comments:

Post a Comment