The Singaporean Mathematics Curriculum: Connections
To TIMSS
Oleh: Jaguthsing
Dindyal (2006)
Daripada:
Seperti yang kita
sedia maklum, Singapura adalah negara yang mendapat tempat pertama di dalam
keputusan TIMSS (2003). Artikel ini membincangkan apa perbezaan Singapura
dengan negara lain sehingga mendapat temapat terbaik di dalam TIMSS serta
kebaikan dan keburukan kurikulum yang digunakan di Singapura.
Apa yang boleh
dikatakan melalui artikel Ini ialah, salah satu sebab pencapaian matematik bagi
negara itu adalah dari segi perlaksanaa kurikulum yang telah dirangka dengan
kemas. Ini menunjukkan bahawa permulaanya adalah dari segi kurikulum yang
dibina di mana ia akan menjadikan suatu pengajaran dan pembelajaran itu
bermanfaat bagi murid.
Selain daripada
itu juga, kurikulum yang dibina juga diselia dan dilaksanakan dengan kemudahan
yang cukup beserta guru yang terlatih di mana setiap guru adalah pakar bagi
topik tersebut. Ini adalah berbeza dengan kurikulum di Malaysia di mana
terdapat juga guru bukan opsyen mengajar subjek berkenaan dan ini adalah kerana
kekurangan guru. Jika kita lihat, terdapat pelbagai institusi yang menyediakan
sumber guru namun begitu masih lagi menjadi isu kurangnya guru di Malaysia. Jadi,
bagaimanakah kita hendak mencapai tahap antarabangsa sekiranya masalah seperti
ini tidak diperbaiki.
Dari segi tenaga
pengajar pula, guru yang mengajar di Singapura terpaksa berhadapan dengan satu
badan khas sebelum boleh menjalani latihan perguruan. Mereka akan menunjukkan
kemahiran yang mereka perolehi. Ini adalah salah satu kaedah yang boleh
diamalkan di Malaysia bagi memastikan setiap guru di Malaysia berkebolehan di
dalam bidang masing-masing.
Namun, persoalannya ialah, mampukah negara kita membuat perubahan
seperti itu ataupun adakah langkah khas yang dibina untuk memperbaiki keputusan
TIMSS di negara kita seperti di Singapura? Persoalan ini saya tinggalkan buat
renungan rakan-rakan sekalian.
No comments:
Post a Comment