PERSEPSI GURU SAINS PPSMI TERHADAP MASALAH PELAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK
SAINS (PPSMI) DI SEKOLAH RENDAH KAWASAN SKUDAI, JOHOR BAHRU.
Oleh: Aziz Bin Nordin & Yang See Boon
RINGKASAN
Kajian ini bertujuan untuk meninjau
persepsi guru sainS PPSMI terhadap perlaksanaan pengajaran matapelajaran sains
di Sekolah Rendah di kawasan Skudai, Johor Bahru. Dalam
kajian ini, aspek yang dikaji adalah
persepsi guru dari segi faedah, pendedahan maklumat serta masalah-masalah yang
dihadapi. Sampel kajian melibatkan 87 orang guru sains (PPSMI) di enam belas
sekolah rendah di kawasan Skudai, Johor. Instrumen kajian digunakan adalah soal
selidik untuk mendapatkan data. Data mentah dianalisis dengan menggunakan
Perisiaan komputer SPSS 14.0 for window. Peratusan, min dan sisihan piawai
dikira. Dapatan kajian menunjukkan respoden mempunyai persepsi yang rendah
terhadap perlaksanaan pengajaran mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris
dari segi pendedahan maklumat dan faedahnya. Masalah-masalah yang dihadapi pula
berada pada tahap sederhana. Didapati bahawa prestasi pelajar adalah kurang
memuaskan dengan 85.1% pelajar yang gagal dalam peperiksaan akhir 2003. Ini
disebabkan penguasaan bahasa Inggeris yang kurang baik mempengaruhi proses
pemahaman konsep sains mereka. Selain itu, dapatan kajian Low (2004) mendapati
kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran dalam menyampaikan jawapan bagi soalan
sains dalam bahasa Inggeris. Ini juga merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi prestasi pelajar dalam subjek sains.
Kritikan & komen
Artikel ini berfokuskan kepada kekangan
yang dihadapi guru dalam pelaksanaan PPSMI untuk subjek sains dan kesannya pada
pencapaian murid. Semestinya wujud di
alam realiti ini guru-guru yang kurang menguasai bahasa Inggeris dan mengaggap
pelaksanaan PPSMI hanya memberikan beban. Namun, sebaliknya, pelaksanaan PPSMI
selama beberapa tahun ini secara tidak langsung meningkatkan tahap kecekapan
penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan guru-guru. Mungkin pada mulanya mereka
rasa terpaksa dan terbeban, tetapi setelah beberapa tahun mengajar, ia mula
sebati dan menjadi kebiasaan. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa
PPSMI mampu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Fenomena yang sama
berlaku pada murid. Ini adalah sejajar dengan dapatan kajian Kementerian
Pelajaran yang mendapati bahawa guru dan murid semakin yakin menggunakan bahasa
Inggeris dalam bilik darjah (Utusan Malaysia, 3 April 2005). Timbalan Menteri
Pelajaran Dato’ Hon Choon Kim (20 Disember 2005) juga menyokong kenyataan ini
semasa dalam mesyuarat dewan negara. Dengan perlaksanaan PPSMI dalam subjek
sains, pelajar dapat lebih banyak peluang bertutur dan berkomunikasi dalam
bahasa Inggeris. Kadar pengguasaan bahasa yang tinggi ini telah menambahkan
keyakinan pelajar untuk terus berkomunikasi dalam bahasa ini. Lama-kelamaan pelajar
dapat bertutur bahasa ini dengan fasih.
Walaupun
prestasi pelajar didapati kurang memuaskan dengan adanya pelaksanaan PPSMI, ia
tetap dapat membantu pelajar meningkatkan tahap kecekapan mereka berbahasa
Inggeris. Apa yang perlu diperbaiki di sini adalah cara guru menyampaiakan ilmu
sains itu sendiri. Guru harus yang berbahasa Inggeris dalam menerangkan
konsep-konsep sains menggunakan terminology yang betul supaya pelajar mudah
faham. Kekeliruan berlaku apabila guru tidak yakin berbahasa Inggeris semasa
memberikan penerangan. Akibatnya, mesej penting yang ingin disampaikan tidak
dapat pelajar fahami.
Artikel
ini menggunakan bahasa yang tepat dan padat serta mudah difahami. Tetapi ia
kurang ada penyataan sokongan pada setiap fakta yang dikemukakan. Artikel ini
akan lebih diyakini sekiranya terdapat banyak kenyataan sokongan dari
kajian-kajian lalu.