Reka bentuk kurikulum
sekolah-sekolah di Malaysia pada masa kini perlu kepada perubahan dengan menampilkan isi kandungan dan kaedah
pengajaran yang lebih terkini dan sesuai dengan teknologi semasa. Kaedah pengajaran
yang dilaksanakan pada masa kini masih bersifat tradisional. Kurikulum yang
dibentuk tidak sepenuhnya mengambil kira perubahan dalam teknologi semasa. Lagipun pada
masa kini banyak sekolah di Malaysia mempunyai pelbagai program ICT. Antara program
ICT sedia ada seperti Sekolah Bestari, School-net, computing
tablet, Partners in learning, Primary English Literature dan
komputer pra-sekolah. Dengan segala
kemudahan insfrastruktur yang tersedia adalah tidak mustahil untuk melaksanakan
kurikulum M-Pembelajaran di sekolah-sekolah dalam masa yang terdekat ini.
M-Pembelajaran telah dikenal pasti sebagai pembelajaran masa depan atau sebagai
salah satu bahagian yang penting dalam proses pendidikan pada masa depan. Oleh
kerana M-Pembelajaran merupakan bidang yang baru banyak penyelidikan dan
pembangunan perlu dilaksanakan. Para penyelidik cuba untuk memahami bagaimana peralatan mudah alih boleh membantu untuk mencapai
sistem pendidikan yang lebih baik. Perkembangan dalam teknologi mudah alih masa
kini turut mengubah corak pembelajaran (Naismith, Lonsdale, Vavoula, &
Sharples, 2004). Pembelajaran tidak tertumpu di bilik darjah tetapi boleh
berlaku di mana dan pada bila-bila masa dengan menggunakan peralatan mudah alih
dan disokong dengan teknologi mudah alih. Hasil kajian mendapati pelaksanaan program M-Pembelajaran telah
mencapai hasarat yang ditetapkan ke atasnya. Kajian juga mendapati program
M-Pembelajaran mempunyai banyak kekuatan disamping terdapat beberapa kelemahan.
No comments:
Post a Comment