Reka bentuk kurikulum
sekolah-sekolah di Malaysia pada masa kini perlu kepada perubahan dengan menampilkan isi kandungan dan kaedah
pengajaran yang lebih terkini dan sesuai dengan teknologi semasa. Kaedah pengajaran
yang dilaksanakan pada masa kini masih bersifat tradisional. Kurikulum yang
dibentuk tidak sepenuhnya mengambil kira perubahan dalam teknologi semasa. Lagipun pada
masa kini banyak sekolah di Malaysia mempunyai pelbagai program ICT. Antara program
ICT sedia ada seperti Sekolah Bestari, School-net, computing
tablet, Partners in learning, Primary English Literature dan
komputer pra-sekolah. Dengan segala
kemudahan insfrastruktur yang tersedia adalah tidak mustahil untuk melaksanakan
kurikulum M-Pembelajaran di sekolah-sekolah dalam masa yang terdekat ini.
M-Pembelajaran telah dikenal pasti sebagai pembelajaran masa depan atau sebagai
salah satu bahagian yang penting dalam proses pendidikan pada masa depan. Oleh
kerana M-Pembelajaran merupakan bidang yang baru banyak penyelidikan dan
pembangunan perlu dilaksanakan. Para penyelidik cuba untuk memahami bagaimana peralatan mudah alih boleh membantu untuk mencapai
sistem pendidikan yang lebih baik. Perkembangan dalam teknologi mudah alih masa
kini turut mengubah corak pembelajaran (Naismith, Lonsdale, Vavoula, &
Sharples, 2004). Pembelajaran tidak tertumpu di bilik darjah tetapi boleh
berlaku di mana dan pada bila-bila masa dengan menggunakan peralatan mudah alih
dan disokong dengan teknologi mudah alih. Hasil kajian mendapati pelaksanaan program M-Pembelajaran telah
mencapai hasarat yang ditetapkan ke atasnya. Kajian juga mendapati program
M-Pembelajaran mempunyai banyak kekuatan disamping terdapat beberapa kelemahan.
Showing posts with label Isu 9: Kurikulum. Show all posts
Showing posts with label Isu 9: Kurikulum. Show all posts
Wednesday, 18 April 2012
Teknologi Di dalam Bilik Darjah
Web : http://dspace.fsktm.um.edu.my/bitstream/1812/419/2/bab%201-3.pdf
Tuesday, 17 April 2012
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kurikulum? Bincangkan Pendapat Dan Pandangan Tentang Kurikulum
Daripada: Ahmad Fauzi bin Sihabuddin,
Ummukulsum Binti Shapie, Nurul Farhana Binti Sapa’e, Nurul Ikhsan Binti Soif, Noraliza
Binti Jamri
Web : http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20kurikulum%20malaysia&source=web&cd=18&ved=0CGQQFjAHOAo&url=http%3A%2F%2Fimages.shv4193.multiply.multiplycontent.com%2Fattachment%2F0%2FTJmCXQooCyUAAAd0YCs1%2FDEFINISI%2C%2520PENDAPAT%2520KURIKULUM.doc%3Fkey%3Dshv4193%3Ajournal%3A21%26nmid%3D368114370&ei=2cTFT76IGc2mrAezhsHDBQ&usg=AFQjCNENjb5mlajbiqUhnz_-pdSyxyVN-Q
Artikel ini membincangkan tentang bagaimana
kurikulum mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan kana-kanak pada peringkat
awal. Kurikulum merupakan satu perkataan yang tidak asing lagi terutamanya dalam
dunia pendidikan.Kurikulum dapat
dibahagikan kepada dua reka bentuk kurikulum iaitu reka bentuk kurikulum yang
berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. Kurikulum yang berbentuk
standard adalah berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang
perlu dicapai oleh murid. Manakala kurikulum yang berbentuk modular mengandungi
kandungan yang telah diorganisasi dan
disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit dan bahagian unit inilah
yang dinamakan modul. (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Terdapat
berbagai-bagai faktor yang membawa kepada perubahan sesuatu kurikulum.
Kadang-kadang faktor-faktor itu bergerak sendirian dan kadang-kadang bergabung.
Antara faktor-faktor itu ialah kewujudan atau perkembangan ilmu-ilmu yang baru.
Kurikulum yang telah dibentuk perlulah sentiasa dikemaskini supaya dengan
demikian pelajar-pelajar atau penerima kurikulum itu akan mempelajari ilmu-ilmu
yang mutakhir dan tidak mempelajari ilmu yang sudah ketinggalan zaman atau
lapuk yang tidak boleh digunakan lagi. Seterusnya ialah kehendak masyarakat
yang berubah. Kehendak masyarakat bukan sahaja bermacam ragam tetapi sentiasa
berubah. Itulah sebabnya kehendak yang timbul pada suatu zaman itu berbeza
dengan zaman yang sebelumnya atau yang akan datang. Banyak perkara yang boleh
mempengaruhi perubahan dalam kehendak masyarakat. Misalnya elemen pendewasaan
ahli-ahli masyarakat itu sendiri. Kehendak pelajar remaja adalah berbeza dengan
kehendak pelajar di peringkat kanak-kanak. Dengan itu kurikulum yang dibentuk
untuk kanak-kanak perlulah diperbaiki sekiranya kurikulum tersebut ingin pula
diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah dewasa.
Monday, 16 April 2012
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Daripada: Kementerian Pelajaran Malaysia
(Bahagian Pembangunan)
Web : http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20kurikulum%20malaysia%20-%20elemen%20tmk%20&source=web&cd=1&ved=0CE8QFjAA&url=http%3A%2F%2Fppdsegamat.edu.my%2F2010%2Findex.php%3Foption%3Dcom_phocadownload%26view%3Dcategory%26id%3D73%3Aelemen-merentas-kurikulum%26download%3D208%3Akonsep-elemen-merentas-kurikulum%26Itemid%3D428&ei=3MbFT6yWBNGGrAeS_Z3XBQ&usg=AFQjCNHmNe0-thfiOHxAfhC6HOSmuyTlJA
Artikel ini
membincangkan tentang EMK dalam kurikulum Negara kita. Terdapat 3 elemen di
dalam EMK iaitu Elemen Kreativiti dan Inovatif, Elemen Keusahawanan dan Elemen
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Maksud Elemen Kreativiti dan Inovatif ialah
kebolehan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan
masalah dan mencapai sesuatu objektif. Ia juga merujuk kepada kebolehan
individu menggunakan daya imaginasi, idea dan pemikiran kreatif. Elemen
Keusahawanan pula ialah satu proses dalam membentuk cirri-ciri, sikap, kaedah
berfikir dan nilai kea rah menjadi seorang usahawan. Terdapat 5 fokus elemen
keusahawanan iaitu sikap keusahawanan, nilai moral dan etika keusahawanan,
formulasi pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional, pengetahuan dan
kemahiran keusahawanan, dan pemikiran keusahawanan. Elemen Teknologi Maklumat
dan Komunikasi pula ialah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan
computer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh,
memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi
maklumat di mana dan bila masa sahaja. Terdapat beberapa pendekatan dalam
membudayakan TMK di dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu pengetahuan
dan kemahiran TMK, pencapaian maklumat, ilmu pengetahuan dan penggunaan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang dicapai atau diakses melalui media TMK.
Sunday, 15 April 2012
Kajian Kerelevenan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Kurikulum
Daripada: Alias Mat Saad, Nik Mohd. Rahimi Nik
Yusoff, Ruhizan Mohammad Yassin
Web
: http://journalarticle.ukm.my/2315/1/6_alias_artikel.pdf
Kurikulum pendidikan yang dibangunkan perlulah
selaras dengan aspirasi wawasan Negara, supaya generasi yang dididik dapat
memenuhi tuntutan negara pada masa depan. Kegagalan kurikulum pendidikan untuk
menselarikan objektifnya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menyebabkan
generasi yang dididik memberi masalah kepada negara.
”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan Negara " (Falsafah Pendidikan Kebangsaan). Matlamat
pendidikan Negara bolehlah dinyatakan secara ringkas sebagai usaha untuk
melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu
dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan yang percaya dan patuh kepada
Tuhan,berilmu pengetahuan, berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak mulia,
berketrampilan, berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran
masyarakat dan negara,setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk menjaga
hubungan baik dan mesra di antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat
Malaysia. Menurut Power (1982) kerelevenan ilmu itu ialah ilmu pengetahuan yang
bermakna yang boleh diamalkan dan boleh memberi signifikannya kepada kehidupan.
Oleh itu, kepada mereka yang terlibat dalam membangunkan sesuatu kurikulum
ataupun modul untuk pelajar, kewajaran melihat kerelevenan ilmu itu perlu
dibuat supaya hasil daripada kurikulum ataupun modul itu mampu untuk
membolehkan seseorang pelajar itu menghadapi cabaran sebenar dalam
masyarakatnya. Selain itu juga, kerelevenan sesuatu objektif pendidikan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperlukan kerana ia berguna dalam menentukan
perancangan dan perkembangan pendidikan. Menurut Ishak (2005) berdasarkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita boleh mencadangkan matlamat pendidikan,
merancang objektif dan aktiviti sesebuah institusi pendidikan, mencadangkan
teori-teori pembelajaran yang akan digunakan serta membuat strategi bagi proses
menggubal sesebuah kurikulum agar releven dengan kehendak semasa.
Saturday, 14 April 2012
Pengurusan Kurikulum Sekolah Menengah Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik
Daripada: Rosnah Selamat
Web
: http://etd.uum.edu.my/754/1/ROSNAH_SELAMAT.pdf
Artikel ini
membincangkan tentang sejauh manakah budaya
pengurusan kurikulum yang sistematik, berkesan dan cemerlang telah diamalkan di
sekolah-sekolah menengah pada hari ini, untuk mengetahui adakah sistem pengurusan
kurikulum di sekolah pencapaian cemerlang berbeza dengan sekolah pencapaian
sederhana dan untuk
mengetahui adakah sistem pengurusan kurikulum sesebuah sekolah mempengaruhi
pencapaian sekolah tersebut dalam Peperiksaan Awam. Sistem pengurusan kurikulum
yang meliputi sistem pengurusan panitia di kebanyakan sekolah menengah pada
hari ini hanya pada tahap yang memuaskan sahaja. Hanya sebahagian kecil sahaja
sekolah yang telah mengamalkan budaya pengurusan kurikulum yang boleh dianggap
sistematik, berkesan dan cemerlang. Didapati sistem pengurusan kurikulum di
sekolah pencapaian cemerlang lebih baik daripada sekolah pencapaian sederhana
dan keberkesanan sistem pengurusan kurikulum sesebuah sekolah merupakan antara faktor
yang mempengaruhi pencapaian sekolah tersebut dalam Peperiksaan Awam. Faktor
utama kejayaan sesuatu reformasi kurikulum tidak semata-mata terletak pada
perancangan yang mantap dan berterusan di peringkat atas, malah yang lebih
penting ialah keberkesanan pelaksanaan reformasi tersebut di peringkat
pelaksanaan yang paling bawah. Oleh yang demikian, pelaksanaan kurikulum di
peringkat sekolah, khususnya di dalam bilik darjah, merupakan faktor penentu
kejayaan reformasi tersebut. Betapa pun rapinya perancangan sesuatu reformasi
di peringkat atasan, tetapi jika pelaksanaannya di peringkat sekolah tidak
sistematik, tidak terancang dan pihak pengurusan sekolah tidak peka terhadap
nilai dan aspirasi yang hendak dicapai, maka perubahan yang diharapkan tidak
Alan berlaku ( Anas Ahmad, 1988). Kurikulum bolehlah dianggap sebagai nadi
kepada sesebuah sekolah. Dalam pengertian yang luas kurikulum adalah
segala-galanya bagi sesebuah sekolah. Oleh yang demikian, pengurusan kurikulum
adalah satu bidang yang amat penting. Ia sama penting dengan proses pengajaranpembelajaran.
Justeru itu, kedua-dua aspek pengajaran dan pembelajaran dan pengurusannya
perlu diberi perhatian yang sama. Penyeliaan pengurusan kurikulum sekolah dan
panitia-panitia mata pelajaran hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa oleh
pihak pengurusan sekolah supaya semua program kurikulum sekolah dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Friday, 13 April 2012
Perbentangan Kumpulan 9: KURIKULUM
klik di sini - - - >
http://www.slideshare.net/MohdNorrazliMdRasdi/kurikulum-12577038 (pembentang ke-1)
http://www.slideshare.net/MohdNorrazliMdRasdi/sme-6044-isuisu-kurikulum-12602690 (pembentang ke-2)
http://www.slideshare.net/MohdNorrazliMdRasdi/asri-marzitaputih (pembentang ke-3)
http://www.slideshare.net/MohdNorrazliMdRasdi/nkra-pendidikan-12508684 (pembentang ke-4)
http://www.slideshare.net/MohdNorrazliMdRasdi/kurikulum-12577038 (pembentang ke-1)
http://www.slideshare.net/MohdNorrazliMdRasdi/sme-6044-isuisu-kurikulum-12602690 (pembentang ke-2)
http://www.slideshare.net/MohdNorrazliMdRasdi/asri-marzitaputih (pembentang ke-3)
http://www.slideshare.net/MohdNorrazliMdRasdi/nkra-pendidikan-12508684 (pembentang ke-4)
Subscribe to:
Posts (Atom)