Kepentingan
Kefahaman Konsep Dalam Matematik
Oleh: Azizi
Hj Yahaya & Elanggovan A/L M. Savarumuthu
RINGKASAN
Kertas kerja ini meninjau beberapa aspek
daripada pendapat ahli-ahli penyelidik dan psikologi mengenai kepentingan
kefahaman konsep dalam pembelajaran matematik. Ia juga memberi gambaran berhubung pembentukan
konsep yang betul. Di samping itu, penekanan diberikan juga kepada kepentingan
pengkaedahan pembelajaran dan bagaimana ianya dapat membantu pelajar dalam
memahami sesuatu konsep dengan jelas agar ianya dapat diaplikasikannya dalam
kehidupan seharian mereka. Melalui kertas kerja ini, golongan pendidik dapat
mengenal pasti antara punca-punca masalah kefahaman konsep dan bagaimana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan agar objektif
pengajaran dapat dicapai dengan baiknya.
Tidak dapat dinafikan bahwa
kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat penting dalam proses
pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran matematik pada masa kini
telah memberi keutamaan kepada pembentukan konsep matematik yang dikaitkan
dengan pengalaman pelajar di dalam bilik darjah maupun di luar bilik darjah.
Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak
boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya
boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan
persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat
perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan pengalaman harian. Ia
juga dapat memberi pengertian baru kepada konsep pembelajaran.
Kritikan dan komen
Artikel ini kurang menarik ekoran
penulis hanya menghuraikan isi dari bacaan kajian-kajian lepas. Penulisan ini
agak membosankan untuk diteliti. Walaubagamanapun, ia tetap boleh dijadikan
sumber rujukan bagi guru-guru untuk memberikan kesedaran betapa pentingnya
untuk pelajar menguasai sesuatu konsep. Ketidak fahaman konsep akan menyebabkan
pelajar akan keciciran. Maka, penting bagi guru untuk mengesan dan mengetahui
tahap kefahaman murid bagi setiap tajuk.
Bahasa yang digunakan
dalam artikel ini ringkas dan padat. Ia banyak kepada fakta berbanding huraian.
Fakta yang dikemukakan sesuai dengan isi yang ingin disampaikan. Tetapi fakta
kajian-kajian lepas dari segi data nombor tidak dinyatakan. Penulis hanya
mengambil ‘quotation’ semata-mata. Pada pendapat saya, penulis perlu memasukkan
sedikit data-data hasil kajian lepas sebagai sokongan kepada fakta yang
dikemukakan.
No comments:
Post a Comment