PENDEKATAN
PENGAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (2011)
Oleh: Abdul Razak Idris & Nor
Asmah Salleh
RINGKASAN
Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru di sekolah
menengah di daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Hasil dapatan menunjukkan guru-guru matematik di sekolah menengah lebih
menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Walaubagaimanapun, masih
terdapat juga guru-guru yang menggunakan pendekatan berpusatkan guru. Di
samping itu, guru-guru juga berhadapan dengan beberapa masalah apabila
menggunakan pendekatan-pendekatan tersebut.
Kritikan dan komen
Artikel ini banyak berfokuskan pada
cara pendekatan pengajaran guru. Kebanyakan guru menyedari bahawa sangat
penting untuk melibatkan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Atas
kesedaran inilah, ramai guru yang menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan
pelajar dan juga pengajaran berpusatkan
bahan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Penyelidik mendapati guru-guru
kebanyakannya memilih pendekatan-pendekatan ini kerana pendekatan sebegini
mampu meningkatkan tahap kefahaman pelajar berbanding kaedah pengajaran
berpusatkan guru.
Pada pendapat saya, artikel ini ada
kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Kekuatan artikel ini ialah penulis
menggunakan penyusunan ayat yang jelas dan mudah difahami. Kekuatan isi
kandungan pula, penyelidik sentiasa menekankan hasil kajian bahawa pengajaran
berpusatkan pelajar adalah yang terbaik diamalkan. Penyelidik turut memberikan
cadangan kaedah pengajaran berpusatkan murid yang relevan dipraktikkan oleg
guru-guru. Oleh itu, saya bersetuju jika strategi yang telah dikemukan oleh penulis
dicuba dan dijalankan penyelidikan untuk melihat keberkesanannya.
Kelemahan artikel ini
pula ialah penulis tidak meletakkan maklumat kajian yang dirujuk, nama pengkaji
serta data-data empirikal untuk menyokong kenyataan penulis dalam artikel ini.
Secara keseluruhan, artikel ini sesuai dibaca oleh warga pendidik supaya
sama-sama mendapat informasi dan idea bagi melaksanakan pendekatan berasaskan
pelajar.
No comments:
Post a Comment