Daripada: Azmi
Bin Hj. Awang
Web
: http://ipgmkdri.edu.my/ibrahim/azmi.pdf
Dalam era dunia yang bergerak pantas dan semakin
global, pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam
pendidikan menjadi semakin relevan dan menjadi keutamaan. Internet merupakan
salah satu daripada teknologi ICT yang paling pesat berkembang dan menjadi
begitu dominan dalam konteks kehidupan masa kini. Cabaran ini membawa kepada
implikasi yang besar kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
sekolah-sekolah dan institusi pendidikan. Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam
abad ke-21 dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran
baru kepada institusi pendidikan masa kini. Untuk mencapai matlamat Wawasan
2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk
mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam P&P adalah perlu.
Teknologi makluma dan komunikasi telah mengubah cara hidup manusia
berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa kepada
implikasi yang besar kepada P&P dalam bilik darjah dan juga bidang
penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan
multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan maklumat
secara sinkroni atau asinkroni. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber
yang begitu luas kepada guru dan murid untuk meneroka dan mencari bahan untuk
P&P. Melalui portalportal pendidikan yang disediakan sama ada portal
tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkannya sebaik mungkin.
Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam
sesuatu mata pelajaran. Sebagai contoh dalam proses penilaian di mana sesuatu
penilaian itu hanya dijalankan sekali sahaja dalam satu-satu masa serta
memerlukan guru untuk menyemak dan menerangkan sesuatu persoalan yang terdapat
dalam penilaian itu. Keadaan ini berbeza dengan penilaian yang dijalankan dalam
sesuatu portal di mana ianya boleh berbentuk interaktif yang membenarkan murid
belajar secara kendiri dan boleh diulang-ulang bagi mendapatkan kefahaman.
Melalui internet juga membolehkan program latihan atau penilaian secara interaktif dapat disalurkan melalui talian dan diakses
secara jarak jauh. Pembelajaran dalam talian atau e-pembelajaran ini merupakan
satu kaedah yang menyenang dan menyeronokkan. Pembelajaran ini membolehkan
pelajar, belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Ini membolehkan
pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.
Pembelajaran secara maya ini juga membolehkan pelajar meneroka maklumat baru
menerusi perpustakaan digital atau laman web.
No comments:
Post a Comment