IMPAK PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA
INGGERIS KE ATAS PELAJAR SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA.
Oleh: Cheong Tuen Keong
RINGKASAN
Pada dasarnya, PPSMI (dwibahasa) yang
diperkenalkan di SRJKC itu adalah atas pertimbangan politik dan hasil kompromi
antara pemimpin UMNO dengan pemimpin parti politik kaum Cina dalam Barisan
Nasional. MCA melihatnya sebagai satu pelaksanaan yang ‘win-win’ iaitu
pelaksanaan yang akan membawa kebaikan kepada dua pihak: tidak sahaja
mengekalkan penggunaan bahasa Cina dalam subjek Sains dan Matematik, tetapi
juga membantu pelajar SRJKC menguasai istilah Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris sekaligus membantu mereka mengikuti pelajaran PPSMI di peringkat
sekolah menengah. Namun, kebanyakan pertubuhan kaum Cina, termasuk Dong Jiao
Zong, tetap menentang pelaksanaan PPSMI. Mereka membantah penggunaan bahasa asing
(Inggeris) untuk mengajar subjek Sains dan Matematik. Mereka berpandangan
bahasa ibunda adalah bahasa pengantar yang paling berkesan untuk kedua-dua
subjek itu. Dong Jiao Zong turut membantah pelaksanaan dasar dwibahasa itu
kerana ia hanya adalah pelaksanaan sementara waktu. Pelaksanaannya bukan sahaja
tidak memenuhi prinsip pendidikan, malahan melemahkan dan mengancam status
quo bahasa Cina sebagai bahasa pengantar
di SRJKC (Dong Jiao Zong 2003: 2; 2007:
19). Selain itu, ibu bapa pelajar di SRJKC bimbang pelaksanaan dasar dwibahasa
itu akan membawa impak negatif, khususnya daripada segi perkembangan intelek
dan rohani anak mereka. Ini disebabkan pelaksanaannya dikatakan akan
membebankan pelajar, menyebabkan mereka merasa bosan, jemu dan seterusnya
menyebabkan mereka kehilangan minat dalam kedua-dua subjek itu. Selepas
pelaksanaannya selama enam tahun, apakah impak yang telah dibawa PPSMI
(dwibahasa) ke atas pelajar di SRJKC? Apakah langkah yang telah diambil pihak
sekolah dan Pengurus Sekolah atau Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dalam
mengatasi masalah yang timbul? Kesemua itu adalah persoalan yang ingin dicari
jawapannya dalam makalah ini. Untuk mendapat jawapan kepada soalan itu, penulis
telah merangka soalan kaji selidik untuk mendapat pandangan daripada guru Sains
dan Matematik atas isu yang berkenaan.
Kritikan & komen
Artikel ini sangat sesuai dibaca untuk
memberikan kesedaran bahawa terdapat banyak impak positif melalui pelaksanaan
PPSMI. Kekuatan artikel ini ialah, penyelidik berusaha menjawab semua persoalan
yang timbul dalam isu ini. Huraian yang diberikan sangat mendalam dan boleh
difahami dengan baik. Kelemahannya pula, hasil ini hanya berdasarkan pada satu
sekolah sahaja. Penulis faham adalah kurang menyeluruh dan tepat untuk membuat kesimpulan
tentang impak perlaksanaan PPSMI ke atas pelajar di SRJKC jika hanya
berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada sebuah sekolah. Namun, penulis
harap hasil kajian ini sekurang-kurangnya dapat membayangkan situasi yang
dihadapi pelajar dan guru di SRJKC dan seterusnya dapat membantu pihak yang
berkenaan agar dapat meneliti masalah yang timbul lantaran pelaksanaan dasar
PPSMI (dwibahasa) di SRJKC.
LINK TAMBAHAN YANG BERKAITAN
http://www.moe.gov.my/mbmmbi/moe_mbmmbi_02.htm
No comments:
Post a Comment