Showing posts with label Isu 2: Jurang Pencapaian Murid. Show all posts
Showing posts with label Isu 2: Jurang Pencapaian Murid. Show all posts

Friday, 23 March 2012

Artikel 5


Research About Mathematics Achievement In The Rural Circumstance
Oleh: Craig B. Howley dan Erik Gunn

Daripada:

Kajian Ini dijalankan untuk melihat tahap pencapaian matematik di kawasan luar bandar. Melalui kajian ini didapati antara masalah yang menyebabkan jurang perbezaan dalam bidang pendidikan ialah pekerjaan keluarga. Ini menyebabkan pencapaian matematik di kawasan luar bandar merosot berbanding dengan kawasan bandar.  Ini mungkin berlaku kerana kekurangan perhatian dikalangan keluarga yang berpendapatan rendah. Ini turut disokong oleh kajian yang dijalankan di Australia di mana kebanykkan murid di sana tidak menyambung pelajaran tetapi hanya duduk di rumah ekoran daripada masalah kewangan yang di alami.
Selain itu juga, kajian yang dijalankan menunjukkan orang yang tinggal di luar bandar dibebani dengan kerenah orang bandar yang menggelar mereka sebagai tidak berpengetahuan dan bodoh. Mereka dikritik dengan teruk. Dan Ini mungkin salah satu penyebab berlakunya jurang diantara bandar dan luar bandar iaitu sikap. Ini memberikan impak yang negatif terhadap pembelajaran kerana tiada sokongan diberika bagi pendidikan orang luar bandar.
Disamping itu juga, ibu bapa yang tidak berpengetahuan juga menyumbang kea rah masalah ini. Ini kerana ianya member impak kepada prestasi murid tersebut. Ini disokong oleh Howell et al (1996) yang menyatakan bahawa kesan terhadap murid luar bandar adalah kerana ibu bapa yang tidak bersekolah. Ini menyebabkan perbezaan pendidikan tersebut.
Secara kesimpulannya, berlaku perbezaan di bahagian pendidikan bagi murid luar bandar dan bandar bermulanya di persekitaran murid iaitu keluarga. Oleh yang demikian, perhatian sewajarnya perlu diberi kepada keluarga yang bermasalah untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan luar bandar.

Thursday, 22 March 2012

Artikel 4


Memperkasakan Pendidikan Luar Bandar
Oleh: Zalika Adam, Faridah Kassim & Mohamad Johdi Salleh (2009)

Daripada: http://irep.iium.edu.my/11670/1/Procedng_Memperkasakan_Pend_Luar_Bandar.pdf

Kajian Ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan luar Bandar suapaya pendidikan di semua kawasan sama rata dan tiada perbezaan yang ketara. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemunduran pendidikan luar Bandar iaitu:
  1. Kemiskinan
  2. Kurang perhatian terhadap pendidikan
  3. Tiada motivasi belajar
  4. Kesukaran merubah persepsi
  5. Kesukaran saluran teknologi

Dinyatakan juga kedah yang dapat memperkasakan pendidikan luar bandar iaitu:
  1. Pilihan pendidikan yang lebih banyak kepada ibu bapa
  2. Peranan KPM
  3. Melengkapkan infrastuktur
  4. Kemahiran dan ketrampilan
  5. Sistem pentaksiran dan penilaian
  6. Peningkatan program

Dalam melaksanakan kaedah-kaedah tersebut, terdapat beberapa cabaran iaitu:
  1. Jurang pendapatan di kawasan bandar dan luar bandar
  2. Jurang pendapatan di antara koridor utara dan rantau-rantau lain di Malaysia

Menerusi kajian Ini, boleh dikatakan terdapat jurang perbezaan besar di antara pendidikan luar Bandar dan Bandar. Oleh yang demikian, sebagai guru perlulah peka dengan keadaan murid yang diajar agar pendekatan yang digunakan sesuai dan bermanfaat. Selain itu, pendedahan murid luar Bandar perlu diberi perhatian agar mereka akan mendapat pendidikan sama rata dengan tempat di Bandar. Murid yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah akan menimbulkan pelbagai masalah kerana kekurangan wang dan juga sokongan akan menghilangkan minat murid dalam mempelajari matematik. Ini adalah bertentangan dengan pendapat Aida (2004) yang menyatakan bahawa minat murid akan mempengaruhi pencapaian mereka dalam pendidikan matematik.
       Kesimpulannya, besarlah peranan semua iaitu guru, murid, ibu bapa dan pentadbiran dalam memastikan setiap murid mendapat pendidikan yang sama rata walau pun mereka datang dari golongan yang berbeza

Wednesday, 21 March 2012

Artikel 3


Hubungan Antara Faktor Sosioekonomi Dan Persekitaran Keluarga Terhadap Sikap Dan Pencapaian Matematik Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh, Kuala Krai, Kelantan.
Oleh: Aida Binti Baharuddin (2004)


Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara faktor sosio ekonomi dan persekitaran keluarga dengan sikap dan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah. Melalui kajian ini didapati taraf sosioekonomi tidak memainkan peranan dengan sikap dan pencapaian murid dalam matematik. Ini kerana, menurut pengkaji, ibu bapa pada zaman ini mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap pencapaian anak mereka dalam matematik. namun begitu, Ini tidak disetujui oleh Abdullah (2004) yang menyatakan bahawa sosioekonomi member impak terhadap pencapaian murid. Pada pandangan saya, benar bahawa ibu bapa pada zaman Ini sedar akan kepentingan pelajaran bagi anak mereka tetapi tidak di luar bandar. Masih lagi terdapat ibu bapa yang kurang pendedahan dan menyebabkan anak mereka tercicir dalam pelajaran.
Di dalam kajian ini juga ada menyatakan faktor persekitaran keluarga memberi impak kepada pencapaian murid dalam pelajaran matematik. Ini kerana murid mendapat perhatian dan galakan daripada ibu bapa. Ini turut disokong oleh Orr (2003) menyatakan kekayaan & sokongan keluarga memberi impak yang positif dalam motivasi dan inspirasi di kalangan kanak-kanak sekolah. Ini menunjukkan, murid yang berada di dalam golongan ibu bapa berpendapatan tinggi menunjukkan pencapaian yang baik berbanding sebaliknya. Ini mungkin terjadi kerana, ibu bapa yang berpendapatan rendah tidak mampu menyediakan pelbagai kemudahan seperti komputer. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa masih ramai lagi murid yang datang dari keluarga berpendapatan rendah berjaya ke menara gading seperti bekas banduan Muhammad Zainal Ariff Mat Zain, 23 yang menjadi salah seorang pelajar cemerlang SPM di Selangor. Ini membuktikan bahawa tiada sebab untuk tidak berjaya melainkan sikap murid itu sendiri.
Kesimpulannya, jurang antara murid bandar dan luar bandar boleh diatasi dengan sikap positif yang ada pada guru serta murid. Ini kerana melalui sikap positif murid akan berusaha mencapai kejayaan walaupun hidup dalam serba kekurangan.

Tuesday, 20 March 2012

Artikel 2


Hubungan Pencapaian Matematik Murid-murid Melayu Sekolah Rendah Luar Bandar Mengikut Minat Dan Jantina
Oleh: Norawati Binti Hashim (2004)


Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan di antara murid sekolah luar Bandar mengikut minat dan jantina terhadap matapelajaran matematik. Melaui kajian ini, didapati sekiranya minat terhadap matematik tinggi, maka pencapaian mateatik murid akan turut meningkat. Selain daripada itu juga, minat pelajar perempuan lebih tinggi berbanding pelajar lelaki tetapi jantina tidak mempengaruhi prestasi murid dalam pencapaian matematik.
Menerusi kajian ini didapati murid sekolah luar bandar menunjukkan bahawa minat dan jantina murid mempengaruhi minat mereka terhadap matematik. seperti yang kita sedia maklum, murid di luar Bandar mendapat kurang kemudahan berbanding dengan murid luar Bandar. Oleh yang demikian, adalah penting bagi guru untuk menarik minat murid terhadap matematik dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang lebih menarik. Ini kerana, kajian menunjukkan minat murid luar Bandar akan mempengaruhi prestasi matematik mereka. menurut Samsudin (2000), kemampuan pelajar adalah bergantung kepada sikap pelajar itu sendiri. Murid yang positif menerima perubahan akan menunjukkan pembelajaran yang lebih baik. Oleh itu, guru haruslah pandai menggunakan peluang Ini untuk membentuk sikap yang baik dalam diri murid-murid walaupun mereka berada di luar Bandar.
Selain daripada itu juga, sikap murid terhadap guru matematik juga akan memebri kesan. Walaupun murid berada di luar Bandar, guru haruslah mendedahkan murid kepada teknologi seperti penggunaan ICT agar murid akan lebih berminat. Selain itu, murid juga akan lebih positif menerima perubahan selain daripada kaedah tradisional yang biasa digunakan oleh guru.
Kesimpulannya, sebagai guru, kita harus merapatkan jurang perbezaan di antara murid sekolah Bandar dan luar Bandar dengan member pendedahan yang luas agar murid luar Bandar tidak merasa terpinggir dan kekok berhadapan dengan sebarang perubahan. Selain itu juga minat murid yang memberi impak kepada pencapaian juga seharusnya diberi perhatian daripada pihak guru.

Artikel 1


Pengaruh Latar Belakang Sosial Keluarga Terhadap Pencapaian Sains dan Matematik Dikalangan Murid Sekolah Rendah
Oleh: Abdullah Mohd Noor (2004)


Kajian Ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid dalam matematik dan sains di sekolah rendah. Melalui kajian Ini didapati terdapat beberapa faktor yang memainkan peranan yang penting iaitu minat, kebolehan individu, latar belakang dan sosio ekonomi keluarga.. dari segi sosio ekonomi, iaitu adalah berkaitan dengan pendapatan keluarga, tahap pembelajaran ibu bapa, dan pekerjaan ibu bapa dalam sebuah keluarga. Melalui kajian Ini didapati sosio ekonomi keluarga memainkan peranan dalam tahap pencapian murid.
Seperti yang kita sedia maklum, keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk murid yang berpengetahuan tinggi. Ini kerana, ibu bapa merupakan model kepada murid di rumah. Menurut kajian lepas yang telah dijalankan, sosio ekonomi keluarga memainkan peranan yang penting kerana ianya akan memberi kesan kepada tahap pencapaian murid.
Melalui kajian Ini didapati terdapat beberapa perkara yang menyumbang kepada perbezaan tahap pencapaian murid iaitu:

1.  Ciri-ciri latar belakang seperti status sosio-ekonomi keluarga, jenis keluarga, saiz keluarga,
2.  Konteks keluarga – amalan sosialisasi dalam keluarga misalnya jumlah jam menonton TV, melakukan kerjarumah dsb.
3.  Sumber kendiri kanak-kanak seperti sikap terhadap matapelajaran, sikap terhadap sekolah dan perlakuan berkaitan serta mempunyai aspirasi atau tidak dalam hidup mereka.

Ini turut disokong oleh Orr (2003) menyatakan kekayaan & sokongan keluarga memberi impak yang positif dalam motivasi dan inspirasi di kalangan kanak-kanak sekolah. Oleh yang demikian, dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu sedar akan perbezaan sosio ekonomi di antara murid kerana perbezaan Ini akan member impak dalam pencapaian mereka. sebagai ibu bapa amatlah penting bagi mereka untuk menyokong pembelajaran mereka. antaranya bagi ibu bapa yang tidak berpengetahuan tinggi, mereka boleh menghantar anak mereka ke kelas tuisyen dan kita sedia maklum pihak sekolah menyediakan kelas tuisyen dengan bayaran yang lebih rendah. Oleh itu, tiada sebab bagi ibu bapa menunjukkan sokongan kepada anak mereka.
Kesimpulannya, adalah amat penting bagi seorang guru mengenalpasti perbezaan Ini kerana terdapat pelbagai cara bagi membantu mereka yang berada di dalam kelompok sosio ekonomi yang rendah.