Profession Keguruan Pilihan
Terakhir? Suatu Tinjauan
Oleh: Ibrahim bin Ahmad
Artikel
ini membincangkan tentang cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam
era digital serta persoalan yang timbul iaitu adakah profession ini merupakan
pilihan terakhir. Dunia pendidikan sering menjadi isu penting tidak kira dari
segi pendidiknya, kaedah yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkatserta
isu-isu semasa yang tidak pernah sunyi dari membabitkan diri pendidik tersebut.
Bidang perguruan sering dianggap sebagai profession kelas pertengahan jauh
ditinggalkan oleh bidang-bidang professional yang lain seperti kedoktoran,
kejuruteraan mahupun bidang perakaunan. Masyarakat menganggap bidang ini adalah
pilihan terakhir sekiranya tiada kerjaya professional lain yang sesuai atau
tidak mendapat kerja. Masyarakat menganggap untuk menjadi seorang guru bukanlah
satu tugas yang sukar. Bidang keguruan sering dianggap sebagai satu kerjaya
pilihan terakhir bagi sesetengah orang. Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak
bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana jatuh bangun anak bangsa
terletak di atas bahu kita. Cabaran dalam Wawasan 2020 adalah antara yang perlu
ditangani oleh para pendidik untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Pada asanya profession keguruan sejak
dari dulu lagi adalah sama, iaitu mengajar, mendidik dan mengubah manusia yang
bernama pelajar dari keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira, dan
tidak boleh membaca kepada seorang yang celik huruf, bijak mengira dan menjadi
manusia yang berjaya (Shuib & Johari, 2001)
No comments:
Post a Comment