Showing posts with label Isu 4: Akses dan Ekuiti. Show all posts
Showing posts with label Isu 4: Akses dan Ekuiti. Show all posts

Thursday, 29 March 2012

Bahan tambahan yg boleh diupload

1) http://satusekolahuntuksemua.files.wordpress.com/2009/07/746_ringkasan-pembangunan-pendidikan-2001-2010.pdf

2) http://www.utem.edu.my/pjka/download/Bab3.pdf


Akses Pendidikan


Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:

  • pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;
  • perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
  • latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan;
  • penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
  • bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

Ekuiti Pendidikan


Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).

Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

Wednesday, 28 March 2012

PENERAPAN NILAI FORMALISTIK DAN KEBOLEHCAPAIAN DALAM PENGAJARAN MATEMATIK GURU SEKOLAH MENENGAH LEPASAN UPSI.


Oleh: Siti Masayu Rosliah Binti Abdul Rashid
Pautan:  http://www.slideshare.net/yatt87/


RINGKASAN
 

Artikel ini mengupas tentang penerapan nilai pendidikan matematik khususnya nilai formalistic dan kebolehcapaian di kalangan guru berijazah lepasan UPSI dalam pengajaran matematik sekolah menengah. Mel;alui kajian ini, didapati berlakunya penerapan nilai pendidikan matematik oleh responden dalam pengajaran di bilik darjah.  Responden lebih memberi keutamaan dalam penerapan nilai formalistic berbanding aktivis kerana bagi responden pengajaran yang melibatkan pelajar secara aktif memakan masa dan lambat. Guru juga mempunyai kekangan masa untuk menghabiskan silibus. Oleh itu, guru lebih suka memilih pengajaran berpusatkan guru kerana bagi responden penerangan konsep metematik adalah penting dan pelajar juga lebih mudah memahami. Responden juga lebih memberi keutamaan nilai kebolehcapaian berbanding nilai pengkhususan dalam pengajaran kelas. Responden membantu pelajar menyelesaikan masalah matematik kerana bagi mereka pelajar berpencapaian rendah belum bersedia menyelesaikan masalah sendiri, pelajar perlu dibantu secara individu dan setiap pelajar mempunyai keupayaan yang berbeza. Responden juga cenderung mengulang semula konsep matematik yang asas sebelum memulakan pengajaran baru kerana keseluruhan pelajar tidak mengingati konsep matematik asas. Selain itu responden juga mengamalkan strategi kata kunci.


Kritikan & komen

Kekuatan artikel ini dapat dilihat dari segi dapatan kajian, setiap dapatan yang diberikan oleh penulis dibuktikan dengan petikan temubual bersama responden. Penulis juga terlebih dahulu menerangkan mengenai jenis nilai-nilai dalam pendidikan kepada pembaca. Selain itu, setiap dapatan diulas oleh penulis disamping memberikan pendapat dan cadangan penulis sendiri. Penulis juga ada mengemukakan cadangan cadangan untuk kajian lanjutan kepada pembaca.  Terdapat juga kelemahan bagi jurnal ini, antaranya ialah laras bahasa matematik yang digunakan oleh penulis. Ia sukar untuk difahami jika pembaca bukan dari golongan orang matematik atau pendidikan.

Tuesday, 27 March 2012

PENGUASAAN 3M


ARTIKEL : Bicara Akademia - Berita Harian

Oleh: Khairini Yasin
Pautan: http://suhaimi87go.blogspot.com/2009/11/3m-3r-reading-writing-arithmetic-issue.html


RINGKASAN :

Artikel ini merupakan hasil penulisan berdasarkan pandangan Dekan Fakulti Pendidikan, Univerisiti Malaya, Prof Dr Saedah Siraj mengenai keperluan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbeza bagi mengatasi masalah penguasaan asas membaca, menulis dan mengira (3M) dikalangan murid sekolah.

Prof Dr Saedah Siraj menjelaskan kegagalan menguasai 3M merupakan cabaran getir dunia pendidikan hari ini. Kegagalan mengatasi masalah ini terutama dikalangan pelajar Tahun Satu akan berlarutan ke peringkat seterusnya. Menyisihkan mereka bukanlah langkah yang baik malah hanya akan menambah masalah di kemudian hari. Timbul persoalan di manakah silap dan kekurangannya. Beliau mengakui pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran bagi mengatasi masalah ini. Namun hingga kini masih gagal mencapai matlamat.

Berdasarkan kajian lepas ,langkah penyaringan dan pengesanan awal merupakan tindakan awal yang perlu diambil bagi mengenalpasti program pemulihan yang bersesuaian dengan mereka serta meletakkan mereka pada kelompok yang betul. Ini kerana setiap kelompok mempunyai pendekatan P&P yang berbeza. Oleh itu, beliau menegaskan bahawa pencarian kaedah P&P mengikut kelompok perlu ditekankan oleh Kementerian Pelajaran melalui kajian peringkat akar umbi dengan merujuk faktor yang mempengaruhi masalah penguasaan 3M dalam setiap kelompok. Masalah kelompok ini kebiasaannya tidak dapat diajar dengan cepat kerana pemikiran tidak dapat membaca huruf tertentu.

Akhir sekali, Prof Dr Saedah Siraj menegaskan selain guru dan murid, pihak lain juga perlu bekrjasama mengatasi masalah ini termasuk sekolah dan ibu bapa. Beliau menegaskan perlaksanaan harus diambil tindakan yang progresif di peringkat awal bukan pada peringkat yang telah jauh tercicir.

Kritikan dan komen:

Sememangnya saya bersetuju dengan penyataan penyelidik yang menyatakan bahawa penguasaan 3M wajar diberi perhatian segera. Semua pihak perlu bekerjasama dalam menangai masalah 3M ini. Penerimaan dan pemahaman seseorang pelajar banyak dipengaruhi oleh kaedah dan penyampaian seseorang guru yang bersistematik dan berkesan. Keberkesanan kemahiran guru dalam mengendalikan isi pengajaran dan cara penyampaian kepada para pelajar dapat menarik minat mereka untuk belajar sekali gus dapat mengatasi kelemahan secara berperingkat. Menurut Johdi(2007), pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Manakala bagi pihak ibu bapa juga perlu memberi kerjasama dalam membantu anak menguasai kemahiran asas 3M terutamanya ketika di rumah.

Artikel ini mempunyai kekuatan tersendiri apabila penyelidik menyatakan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah 3M ini. Ia sangat relevan dan sesuai dilaksanakan. Tetapi artikel ini juga ada sedikit kelemahan. Ia tidak mempunyai data-data yang jelas untuk menyokong penyataan yang dikemukakan. Kesimpulannya, artikel sesuai dibaca oleh semua pihak terutama golongan guru, sekolah dan ibu bapa kerana ia dipenuhi dengan informasi dalam menangani masalah penguasaan 3M.

Rujukan

Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif        Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Kuala Lumpur:UIAM. Seminar       Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007

Monday, 26 March 2012

PELUANG DAN CABARAN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT LUAR BANDAR : SATU KAJIAN KES ISI RUMAH MELAYU MISKIN DI JAJAHAN BACHOK, KELANTAN


Oleh: Siti Masayu Rosliah Binti Abdul Rashid
Pautan: http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.aspy=2001&dt=0629&pub=DuniaPendidikan&sec=Isu_Semasa&pg=gg_03.htm


RINGKASAN

Kemiskinan merupakan masalah yang serius terutama dalam kalangan isi rumah Melayu di kawasan luar bandar. Masalah ini dipengaruhi oleh tahap pendidikan sesebuah keluarga. Kajian dijalankan bagi menilai tahap kemiskinan isi rumah Melayu luar bandar, tahap pencapaian pendidikan ketua isi rumah, kesedaran ketua isi rumah tentang kepentingan pendidikan dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh ketua isi rumah Melayu miskin luar bandar dalam mendapatkan pendidikan. Selain itu, kajian juga turut melihat prestasi pendidikan anak-anak ketua isi rumah miskin. Gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan untuk mengumpulkan data. Soal selidik terhadap 230 orang responden telah dijalankan. Hasil kajian mendapati, masyarakat Melayu luar bandar hidup dalam keadaan kemiskinan yang serius. Tahap pendidikan keluarga miskin yang rendah turut memberi kesan kepada anak-anak dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna. Walau bagaimanapun, majoriti daripada keseluruhan ketua isi rumah Melayu di kawasan luar bandar ini sedar tentang kepentingan pendidikan untuk masa depan anak-anak mereka. Pelbagai cara seperti mendapatkan bantuan dari ahli keluarga terdekat atau menghantar ke kelas tuisyen berbayar adalah inisiatif yang diambil dalam menangani masalah memberikan

pendidikan kepada anak-anak. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan ketidakupayaan individu mendapat pendidikan yang sempurna menyebabkan mereka terus terperangkap dalam kemiskinan. Oleh itu, cadangan seperti menekankan aspek pendidikan sejak dari awal serta memberi peluang latihan dan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada masyarakat Melayu di luar bandar mampu untuk mengeluarkan golongan ini daripada belenggu kemiskinan.

Kritikan dan komen:

Artikel ini menarik minat saya kerana jarang penyelidikan mengkaji masalah kemiskinan. Kebiasaannya, apa yang dikaji penyelidik hanyalah jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar tanpa menyebut faktor kemiskinan secara khusus. Aspek pendidikan merupakan instrumen yang terpenting dalam mempertingkatkan kualiti hidup di Malaysia. Namun, usaha ke arah hidup berkualiti ini terhalang dengan adanya jurang pendidikan dan kemiskinan antara kawasan bandar dan luar bandar. Saya menyokong penyataan penyelidik yang mengatakan bahawa kemiskinan mempengaruhi pencapaian pelajar. Ini kerana, factor kemiskinan memberikan kekangan hebat untuk capaian kepada pendidikan berkualiti dan terkini seperti penggunaan ICT dalam pembelajaran yang biasa diamalkan di sekolah banadar. Punca kemiskinan ini menyebabkan mereka tidak mampu untuk menyediakan pendidikan yang lebih baik kepada anak-anak. Kebanyakan penduduk luar bandar terlibat dalampertanian bercorak sara diri dan berada pada tahap miskin. Mereka kurang aktif dan

kurang terlibat dalam program-program pembangunan, mempunyai taraf pengeluaran pertanian yang rendah, mempunyai tahap kemudahan asas yang kurang; aspek pendidikan dan kesihatan yang rendah, kurang menerima faedah-faedah dan sumber-sumber pembangunan yang terdapat di bandar (Maimunah Ismail, 1999:18-19).

            Selain faktor kemiskinan, faktor jarak juga mendorong berlakunya jurang dalam pendidikan. Jarak yang jauh dari bandar menghalang penduduk menikmati taraf hidup yang sama dengan penduduk Bandar. Ini menyebabkan berlakunya ketaksamaan agihan sumber yang mana kawasan bandar mendapat peruntukan pembangunan yang lebih besar berbanding dengan penduduk luar bandar yang tinggal jauh di pedalaman (Yuji Tamura, 2003).

            Penyelidik menyimpulkan bahawa pendidikan sahaja yang mampu mengubah hidup mereka (kemiskinan) dan merapatkan jurang pendidikan. Dalam rangka Rancangan Jangka Panjang Malaysia Pertama 1971 – 1990 (RRJP1), akses pendidikan telah dikenalpasti sebagai salah satu langkah utama yang berdaya tahan dan berkesan dalam usaha mengurangkan jurang pendidikan dan kemisikinan antara kawasan bandar dan luar bandar (Malaysia, 2001:158)

Kekuatan artikel ini adalah terdapat banyak data-data statistic yang dikemukakan hasil dari kajian-kajian lepas yang membuatkan fakta yang dikemukakan diyakini. Sorotan kajian yang dilakukan menghuraikan persoalan ini dengan baik sekali dan penyelidik melalukan penambahbaikan berdasarkan kajian-kajian lepas.

Sunday, 25 March 2012

MENGURANGKAN JURANG PERBEZAAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN


Oleh: Prof. Dr. Robiah Sidin-Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),UKM
Pautan:
 RINGKASAN:
Artikel ini menceritakan tentang cara mengurangkan jurang perbezaan pencapaian pendidikan. Masyarakat sering membincangkan isu perbezaan prestasi akademik antara pelajar Bandar dan luar Bandar perbandingan sosioekonomi dengan pencapaian serta perbandingan pencapaian anatara pelajar Melayu dengan bangsa lain. Isu punca-punca kelemahan sentiasa dikupas dan dibincangkan dalam seminar, kongres, wacana ilmu dan rencana. Namun hingga kini masalah tersebut masih berterusan. Ini kerana perbincangan hanya memfokuskan kepada apakah corak dan jenis masalah dan faktor yang menjadi punca, tetapi tidak menekankan cara untuk mengatasi dan tidak menegaskan pihak yang bertanggungjawab.
Tindakan pertama perlu diambil adalah pada peringkat bilik darjah. Tindakan yang perlu diambil ialah menjurus kepada strategi mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah ataupun kuliah. Pengajaran bermutu mampu merubah prestasi pembelajaran seseorang pelajar. Pengukuran pencapaian seseorang pelajar tidak boleh diukur dengan prestasi akademik semata-mata. Ini kerana pelajar mempunyai pelbagai kecenderungan semula jadi dan kecergasan minda yang berbeza seperti aplikasi logik dan matematik, muzik yang berkitan, kinetik atau gerak badan dan lain-lain. Namun sudah menjadi kebiasaan ukuran kejayaan tetap ke atas pencapaian akademik. Fenomena ini berlaku kerana ukuran peperiksaan telah biasa dibuat dan lebih mudah untuk dinyata, direkod serta mudah untuk dibuat perbandingan. Andaian biasa yang dibuat, semakin tinggi markah maka semakin baik pencapaian.
Seterusnya, dari segi geografi dan pencapaian pelajar pula, pola pencapaian luar bandar lebih rendah dari Bandar. Sumber-sumber yang diperolehi mengatakan hanya peperiksaan di peringkat rendah golongan Melayu mengatasi bukan Melayu. Manakala peringkat yang tinggi lebih dimonopoli oleh etnik bukan Melayu terutama dalam Bahasa Inggeris, matematik moden, matematik tamabahan, dan sains.
Seterusnya penulis membicarakan beberapa stategi khusus menyentuh tentang proses mengajar belajar. Warga pendidik harus bersungguh-sungguh mengajar disertai dengan kepekaan situsi maka pelajar Melayu yang lemah dapat diatasi.
Tiga strategi yang akan mengurangkan jurang perbezaan pencapaian pendidikan. Strategi pertama ialah kurikulum yang ditawarkan mesti sesuai dengan pelajar. Strategi ini menekankan supaya guru perlu sensitif dan mampu mengatur pembelajaran mengikut keupayaan yang berbeza-beza dikalangan pelajarnya. Strategi kedua ialah memberi bantuan kepada pelajar yang lemah. Penulis mentakrifkan pelajar lemah merupakan pelajar yang ketinggalan dalam kemahiran 3M. Strategi ketiga pula ialah penempatan guru-guru di sekolah yang memerlukan bantuan. Guru yang dedikasi, cekap dan mahir mampu merubah prestasi pelajar namun apa yang berlaku ialah kebanyakan pelajar lemah diajar oleh guru-guru yang bukan terbaik. Tambahan pula, di kawasan luar banadar kebanyakan guru-guru mengajar tidak mengikut opsyen yang betul berbanding bandar yang dilaporkan mengalami kelebihan guru. Amalan penempatan guru yang mengajar tidak menikut  opsyen di luar bandar perlu dipertimbangkan semula.
Kesimpulannya, langkah pertama yang boleh dibuat ialah dengan menggubal amalan dan melaksanakan  kurikulum menggunakan teknik baru, pengurusan bilik darjah dan penempatan guru-guru terbaik di sekolah sekolah terutama di luar bandar dan kawasan pedalaman.
Kritikan dan komen:
Artikel ini membincangkan isu yang sangat sinonim dengan fenomena pendidikan masa kini. Sering kita dengar tanggapan-tanggapan negatif bahawa pelajar luar bandar lemah berbanding pelajar di bandar. Saya bersetuju dengan pernyataan penulis yang mengatakan bahawa isu ini hanya dibincangkan pada permukaannya sahaja dan tidak ada yang cuba selesaikannya. Sedangkan ia bukanlah isu yang baru. Tetapi isu lama yang tiada berkesudahan dan diulang-ulang bicara tanpa ada penyelesaian. Sikap guru, ibu bapa, pihak pentadbir dan pelajar itu sendiri mempengaruhi perbezaan jurang tersebut. Kerjasama antara semua pihak akan membantu mengurangkan perbezaan jurang. Dengan dunia tanpa sempadan sekarang, pelajar luar Bandar juga mampu mendapat kualiti pendidikan setaraf dengan pelajar Bandar. Apa yang perlu dilakukan adalah berusaha mencari ilmu dan memaksimumkan kemudahan yang ada.
Dalam membincangkan aspek pendidikan ini, persoalan mengenai kecemerlangan akademik seringkali dikaitkan dengan prestasi dan enrolmen pelajar. Fenomena yang berlaku di Malaysia pada masa kini lebih menjurus kepada perbezaan kecemerlangan dalam kalangan pelajar luar bandar dan bandar di mana enrolmen dan prestasi kecemerlangan pelajar luar bandar dilihat agak mundur jika dibandingkan dengan pelajar di bandar (Murad Mohd Noor, 1971;Behrman dan Schnieder, 1994).
Artikel ini sangat berguna kepada pendidik kerana bukan hanya mencari punca berlakunya jurang tetapi turut menyatakan beberapa langkah mengatasi masalah ini. Tetapi, kekurangannya adalah penulis tidak meletakkan maklumat kajian yang dirujuk, nama pengkaji serta data-data empirikal untuk menyokong kenyataan penulis dalam artikel ini.
Secara keseluruhan, artikel ini sesuai dibaca oleh setiap golongan seperti pendidik, pelajar, pentadbir serta ibu bapa supaya sama-sama mendapat informasi dan idea bagi merapatkan jurang perbezaan pencapaian pendidikan.
 

Saturday, 24 March 2012

APLIKASI E-LEARNING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA : ISU DAN CADANGAN PERLAKSANAANNYA


Penulis: Wahyu Idris dan Yahya Buntat
Pautan: http://eprints.utm.my/1517/1/wahyuyahya2006_aplikasie-learning.pdf


Ringkasan

E-Learning ataupun electronic learning merupakan sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/ video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan. Perkembangan e-Learning di Malaysia masih baru berbanding dengan negara Singapura.  Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan agenda ‘e-learning’ kebangsaan. Terdapat pelbagai perbezaan positif yang dikesan melalui kaedah pembelajaran menggunakan e-Learning berbanding kaedah tradisional. Melalui e-Learning proses pembelajaran pelajar lebih selesa, fleksibel dan kurang tekanan.

Walau bagaimanapun, tetap diakui bahawa terdapat beberapa cabaran yang perlu dilalui dalam perlaksanaan e-Learning di sekolah-sekolah di Malaysia.  Antara cabaran-cabaran tersebut adalah dari segi akses, kos pengendalian, kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran, kos bahan / infrastruktur dan latihan tenaga pengajar. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, terdapat beberapa cadangan penyelesaian yang mungkin dapat membantu dalam usaha pelaksanaan e-learning di sekolah-sekolah. Cadangan pertama adalah agar bahan yang dihasilkan perlu penilaian yang rapi dan hendaklah dilaksanakan oleh pentadbir atau guru untuk mencari bahan yang sesuai yang dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar bagi mengelakkan kerugian atau mendapat bahan yang tidak bermutu serta tidak mencapai kehendak pembelajaran. Seterusnya, bagi tujuan latihan untuk guru-guru, guru-guru perlu menjalani sesi latihan ELMaS iaitu satu Perisian Sistem Pengurusan Pembelajaran berasaskan web. Bukan itu sahaja, guru-guru perlu didedahkan dengan pengajaran berasaskan ICT. Cadangan seterusnya adalah menambahbaik dan menaiktaraf kemudahan infrastruktur khususnya makmal komputer disekolah bagi memudahkan pelaksanaan e-learning di sekolah. Bukan itu sahaja, pembelajaran e-learning juga boleh dilaksanakan dengan penggunaan bahan seperti CD ROM yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru.

Kesimpulannya, ‘e-learning’ seharusnya diamalkan di sekolah-sekolah di Malaysia semaksimum mungkin supaya pihak sekolah tidak ketinggalan dalam arus ICT. Walaupun e-learning dicadangkan di sekolah, namun perlu disedari bahawa ‘e-learning’ yang dicadangkan hanya sebagai tambahan kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah. Guru masih memainkan peranan dalam mendidik pelajar.



Kritikan & Komen :

Pembelajaran e-learning sememangnya kaedah pembelajaran yang perlu diterapkan dikalangan pendidik masa kini. Ia bukan sahaja mampu menarik minat pelajar dan membantu memberi kefahaman yang jelas, tetapi memberi pendedahan awal kepada mereka tentang penggunaan ICT dalam kehidupan seharian. Pengaplikasian ICT dalam rutin harian memerlukan kemahiran. Dan, kemahiran itu sendiri perlu dilatih. Kekerapan penggunaan ICT menyediakan minda dan pengalaman yang baik untuk masa depan pelajar.

Walaubagaimana pun, seperti apa yang dikatakan oleh penulis, saya sememangnya bersetuju dengan penyataan bahawa terdapat kekangan untuk pelaksanaan e-learning ini di Malaysia. Ini kerana, tidak semua sekolah mendapat talian internet terutamanya sekolah-sekolah di kawasan pedalaman. Pihak-pihak yang berkenaan seharusnya mengambil berat mengenai masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam melaksanakan e-learning. Namun begitu, pihak sekolah juga haruslah bijak untuk menangani masalah yang mungkin timbul berkaitan penggunaan e-learning di sekolah. Ini adalah supaya tidak berlakunya sebarang jurang akses dan ekuiti khususya dalam ICT bagi pelajar dan guru sama ada di bandar, luar bandar dan juga pendalaman dalam menggunakan ICT bagi tujuan pendidikan. Ini selaras dengan teras Rancangan Pembanguan Pendidikan Negara iaitu meningkatkan akses kepada pendidikan dan memperluaskan ekuiti dalam pendidikan.



Dari segi kecekapan guru pula, tidak semua guru mahir menggunakan ICT terutamanya golongan yang telah hampir pencen. Mereka menganggap bahawa ICT sebagai suatu beban. Sedangkan ia sepatutnya dipelajari dan dikuasai.Selain itu, kelengkapan infrstruktur yang tidak lengkap juga turut menambahkan lagi kekangan sedia ada. Namun, guru perlu kreatif menggunakan peluang yang ada semaksimum mungkin. CD Rom dan CD pembelajaran yang dijual boleh membantu mengatasi kekangan ini sedikit sebanyak. 

            Artikel ini sangat berguna bagi memberikan kesedaran kepada guru-guru tentang pengaplikasian e-learning di sekolah serta cara-cara mengatasi kekangannya.

Friday, 23 March 2012

Perbentangan Kumpulan 4: AKSES & EKUITI

Salah satu isu mengenai akses dan ekuiti adalah "Perguruan".
1) Penempatan guru - bilangan guru lelaki dan perempuan tidak sekata serta guru perempuan yang berisiko ditempatkan di kawasan luar bandar atau pedalaman
2) Tuntutan temapat kerja - prestasi LNPT / PPI berdasarkan keputusan peperiksaan atau ujian
3) Kemahiran komunikasi - penggunaan bahasa yang tidak efektif
4) Interaksi sosial - guru tidak berperanan sebagai modal

Untuk paparan slide, klik di sini - - -