Pautan: http://www.pelajaransekolah.com/MANUAL-PERLAKSANAAN-AKTIVITI-BERUNSURKAN-ETNOMATEMATIK.html
Sinopsis:
Pendekatan pengajaran guru matematik pada hari ini
lebih menjurus kepada peperiksaan semata-mata. Terdapat sebahagian guru lebih
cenderung menghabiskan sukatan pelajaran dengan berpandukan kepada buku teks
sahaja. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik juga lebih kepada
berpusatkan guru yang mana guru selalunya mengemukakan fakta matematik.
Sepatutnya guru memainkan peranan sebagai pencetus idea dan memberi peluang
kepada meneroka konsep matematik. Satu cara yang sesuai ialah mendekatkan
mereka dengan kegiatan matematik yang berlaku di dalam dunia persekitarannya.
Kegiatan masyarakat seperti dalam bidang ekonomi, senibina, seni dan kraftangan
sebenarnya banyak menggunakan matematik di dalamnya. Jadi, Panduan Perlaksanaan
Aktiviti Berunsurkan Etnomatematik direkabentuk supaya dapat diadaptasikan
dalam proses pembelajaran matematik seterusnya pelajar dapat menghayati keindahan
matematik dalam aktiviti sehariannya. Panduan ini juga dapat dijadikan sebagai
sumber rujukan kepada guru dalam usaha untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran
mereka. Aktiviti berunsurkan etnomatematik disediakan untuk pembelajaran yang
umum tetapi dilengkapi dengan penerangan idea dan sedikit penjelasan konsep matematik
yang akan digunakan. Panduan ini telah diberikan kepada beberapa orang bakal
guru sekolah menengah untuk mendapatkan komen dan pendapat mereka terhadap manual
ini dengan menggunakan borang soal selidik ringkas.
Ulasan / Kritikan:
Projek ini
menghasilkan panduan berguna untuk guru berkaitan penerapan unsur etnomatematik dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang;
i. kesenian Islam
ii. penghasilan produk kraftangan
tempatan
iii.penggunaan peta dan model
iv. senibina
No comments:
Post a Comment