Showing posts with label Isu 1: Mathemathics Anxiety / Fobhia. Show all posts
Showing posts with label Isu 1: Mathemathics Anxiety / Fobhia. Show all posts

Friday, 16 March 2012

Artikel 5


Mathematics Anxiety Among Secondary School Students in India and its Relationship to Achievement in Mathematics
Oleh: Tahira Khatoon & Sadia Mahmood (2010)

Daripada:
http://www.eurojournals.com/ejss_16_1_08.pdf

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui faktor-faktor yang boleh menyebabkan kebimbangan matematik dikalangan murid. Melalui kajian ini didapati separuh daripada responden mempunyai tahap yang sama dalam kebimbangan matematik. Namun begitu, pelajar perempuan menunjukkan tahap kebimbangan matematik lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Jenis sekolah juga memberikan tahap kebimbangan matematik yang berbeza di mana murid yang belajar di sekolah kerajaan menunjukkan tahap yang tinggi berbanding dengan sekolah swasta. Selain daripada itu juga, terdapat perkaitan di antara prestasi pencapaian matematik dengan tahap kebimbangan matematik.
Melalui kajian ini boleh dikatakan bahawa, tahap kebimbangan matematik boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor pertama ialah jantina. Didapati perempuan mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi berbanding lelaki. Ini adalah konsisten dengan kajian yang dijalankan oleh Ramprasad (2003) yang juga mendapati hasil dapatan yang sama. Bagi pendapat saya, ini mungkin berlaku kerana murid perempuan mempunyai perasaan malu apabila mendapat keputusan yang teruk dalam matematik. Ini menjadikan mereka lebih takut terhadap matematik berbanding dengan pelajar lelaki.
Faktor yang kedua ialah, pengkaji menemui bahawa jenis sekolah juga memainkan peranan dalam menentukan tahap kebimbangan matematik murid. Ini kerana kajian menunjukkan murid yang bersekolah di sekolah kerajaan mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi. Pada pendapat saya, ini mungkin kerana murid yang belajar di sekolah swasta mempunyai persekitaran yang lebih selesa serta penyampaian yang lebih ilmiah. Ini turut disokong oleh Fulya (2008) yang menyatakan faktor persekitaran turut menyumbang dalam kebimbangan matematik ini.
Disamping itu juga, pencapaian matematik mempengaruhi tahap kebimbangan matematik. Ini kerana menurut Ma & Xu (2004), sekiranya murid mendapat markah yang tinggi, tahap kebimbangan mereka dalam matematik adalah rendah berbanding sebaliknya. Ini mungkin terjadi kerana murid yang mendapat markah prestasi yang baik mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi. Ini menjadikan murid berminat dalam matematik serta melibatkan diri.
Secara keseluruhannya, didapati bahawa sekolah juga memainkan peranan dalam tahap kebimbangan matematik. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlulah memainkan peranan yang penting dala menyediakan persekitaran yang lebih baik serta berasa sama tahap dengan murid di sekolah swasta. Ini akan dapat membantu murid meningkatkan keyakinan mereka dalam pembelajaran matematik.

Thursday, 15 March 2012

Artikel 4


Math Anxiety In Elementary And Secondary School Students
Oleh: Allan Wigfield & Judith L. Meece


Kajian ini dijalankan untuk mengetahui kebimbangan matematik dikalangan murid sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat dua aspek yang perlu diambil berat iaitu dari aspek kognitif dan juga aspek afektif. Melalui hasil dapatan kajian terhadap aspek kognitif, didapati murid disekolah rendah mempunyai komponen yang sama dengan murid sekolah menengah dalam kebimbangan matematik.
Selain daripada itu didapati juga kebimbangan murid untuk melakukan kesilapan dihadapan guru dan pencapaian dalam matematik akan meningkatkan tahap kebimbangan matematik dikalangan murid. Ini menunjukkan guru perlulah mempunyai kesedaran akan sikap murid terhadap mereka di dalam kelas. Ini kerana ia akan memberi kesan terhadap perspektif mereka dalam matematik.
Menurut kajian ini juga, didapati umur tidak memberi kesan terhadap tahap kebimbangan matematik. namun begitu ia berbeza dengan jantina. Menurut kajian ini, didapati murid perempuan memberikan reaksi negatif afektif terhadap matematik berbanding perempuan. Ini turut disokong dalam kajian yang dijalankan oleh Lafferty (1996) yang menyatakan murid perempuan mempunyai tahap kebimbangan matematik yang lebih tinggi. Ini mungkin kerana, murid perempuan kurang selesa semasa melibatkan diri dalam pengajaran dan tidak mahu menunjukkan kesilapan. Ini membawa mereka kepada tahap kebimbangan matematik yang tinggi berbanding murid lelaki.
     Secara kesimpulannya, kebimbangan matematik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, Kesemua komponen member kesan kepada persepsi murid, penghargaan terhadap matematik, dan prestasi mereka dalam matematik. Oleh yang demikian, guru perlulah sedar akan komponen tersebut dan cuba membantu murid untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi. Ini akan membantu murid dalam pembelajaran matematik
 

Wednesday, 14 March 2012

Artikel 3


Student Attitude, Student Understanding and Mathematics Anxiety
Oleh: Michelle Jennison &Kim Beswick

Daripada:

           
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan intervensi pembelajaran pecahan dan kebimbangan matematik serta kebolehan dalam pecahan bagi murid tahun 4. Melalui kajian ini didapati murid tahun 4 mempunyai sikap positif terhadap matematik. Namun begitu, terdapat 4 responden daripada 40 yang terlibat yang mempunyai masalah terhadap matematik. Ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Anderson (2007) yang menyatakan murid tahun 4, 5 dan 6 mempunyai tahap kebimbangan matematik yang tinggi. Empat murid ini juga menunjukkan penurunan dalam kebimbangan matematik di akhir kajian selepas intervasi dilakukan dalam pengajaran pecahan.
Selain daripada itu, perbincangan yang boleh didapati daripada kajian adalah adakah kebimbangan matematik dikalangan murid berkaitan dengan sikap serta pengetahuan mereka terhadap matematik. Kajian menunjukkan penambahbaikan iaitu aktiviti hands-on serta kerja interaktif yang menyokong dan persiktaran yang selesa dapat membantu murid dalam meningkatkan pengetahuan mereka serta meningkatkan tahap keyakinan mereka dengan kebolehan yang dimiliki. Oleh yang demikian, di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, kaedah yang digunakan memainkan peranan dalam menarik minat murid.
Disamping itu, adalah amat penting bagi guru untuk sedar akan aspek kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, menurut kajian ini, kekurangan pengetahuan dalam topik pembelajaran akan menyebabkan murid kurang keyakinan dan ini akan menjurus kepada sikap negatif terhadap matematik. Guru juga perlu menunjukkan sokongan terhadap murid agar mereka dalam melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Diakhir kajian juga, didapati terdapat perkaitan diantara pengetahuan murid, sikap murid dengan kebimbangan matematik. Ini mengesahkan kajian yang dijalankan oleh Turner et al (2002) yang menyatakan penggunaan kaedah yang holistik akan dapat melibatkan murid dalam pengajaran matematik.
Kesimpulannya, adalah amat penting bagi guru dalam mengenalpasti tahap pengetahuan murid serta menggunakan kaedah yang menarik bagi melibatkan murid dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. ini kerana ianya dapat mengurangkan tahap kebimbangan matematik dikalangan murid terutama murid tahun 4, 5 dan 6.


Artikel 2


Mathematics Anxiety among 4TH And 5TH Grade Turkish Elementary
School Students (2008)
Oleh: Fulya Yüksel-Şahin

From:

Artikel ini membincangkan kebimbangan matematik dikalangan murid Turkish tahap 4 dan 5 sekolah rendah. Kajian ini telah dilaksanakan oleh Fulya Yuksel-Sahin pada tahun 2008. Di dalam kaijan ini, pengkaji menggunakan sampel murid tahun 4 dan 5. Seramai 249 murid telah melibatkan diri dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sama ada kebimbangan matematik dikalangan murid berbeza berdasarkan beberapa faktor. Pengkaji juga telah menggunakan . “The Mathematics Anxiety Scale for Elementary School Students” and “The Personal Information Form” untuk mengutip data bagi kajian ini.
Menurut kajian ini, telah dinyatakan kajian terhadap kebimbangan matematik telah dilaksanakan sejak dari tahun 1950 an lagi  , pengkaji telah menyatakan beberapa faktor yang menyebabkan kebimbangan matematik di kalangan murid sekolah rendah. Menurut Hadfield & Trujillo (1999); Ma (2003), kebimbangan matematik mempunyai kaintan dengan ketidakselesaan ketika menghadapi masalah matematik. Ini turut disokong oleh Perry di dalam Hasbee et al (2009) yang menyatakan murid akan melalui kegagalan dalam prestasi mereka kerana resah dan berasa tidak selamat terhadap matematik.
Di dalam kajian ini, pengkaji turut menyatakan kajian yang telah dilaksanakan sebelum ini menyatakan antara faktor yang menyumbang kepada kebimbangan matematik ini ialah faktor persekitaran yang melibatkan tekanan daripada ibu bapa yang mengharapkan pencapaian yang tinggi, faktor intelektual di mana kaedah pembelajaran atau faktor personaliti yang mana kebanyakkan murid mempunyai keyakinan diri yang rendah. Selain daripada itu, turut dinyatakan faktor pembelajaran yang didedahkan oleh ibu bapa dan guru semasa di awal persekolahan. Ibu bapa kerap menyatakan pencapaian matematik yang tinggi amat penting dalam menentukan pencapaian murid. Ini memberikan tanggapan negatif kepada murid dalam mempelajari matematik.
Turut dinyatakan pengalaman negatif murid di zaman perekolahan juga menyebabkan masalah ini berlaku. Kenyataan ini menunjukkan sikap guru yang mengugut dan menguasai kelas akan menyebabkan kebimbangan dikalangan murid sekolah. Ini menyebabkan murid takut untuk bertanya soalan dan menjawab soalan yang diberikan.
Dapatan daripada kajian menunjukkan beberapa keputusan daripada data yang diperolehi. Menurut kajian yang dijalankan didapati terdapat perkaitan di antara kebimbangan matematik terhadap faktor jantina memberi keputusan yang berbeza. Pelajar perempuan mempunyai tahap kebimbangan lebih tinggi daripada lelaki. Tetapi menurut kajian yang dijalankan oleh Newstead (1998), jantina tidak berkait dengan kebimbangan matematik. Ini turut disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Rexses (1995) dan Gierl and Bisanz (1995) yang menujukkan tiada perbezaan bagi skor kebimbangan matematik bagi murid lelaki dan murid perempuan. Secara ringkasnya, boleh dikatakan bahawa kajian kebimbangan matematik dan jantina tidak semestinya menunjukkan bahawa perempuan mendapat skor kebimbangan matematik lebih tinggi tetapi kebanyakkan menunjukkan keputusan bercampur.
Kajian juga menunjukkan, murid yang meminati guru matematik mereka menunjukkan tahap kebimbangan yang lebih rendah berbanding murid yang tidak menyukai guru matematik mereka. Ini kerana, di dalam kajian Nur A’ain et al (2009) menunjukkan guru merupakan faktor yang paling besar di dalam perkembangan kebimbangan matematik di kalangan murid. Murid turut menyatakan pengaruh dan kuasa adalah bergantung kepada guru mereka. Oleh itu, sebagai guru, terdapat bebarapa cara bagi mengatasai masalah ini. Antaranya ialah, kaedah yang digunakan oleh Woodard di dalam kajian yang sama iaitu menyediakan persekitaran yang tidak mengancam di mana ia akan dapat mengurangkan tahap kebimbangan matematik dikalangan murid.
Kesimpulannya, guru adalah contoh yang terbaik dalam menetapkan pandangan positif murid terhadap matematik di awal zaman persekolahan murid. Persekitaran yang selamat dan selesa akan dapat membantu murid dalam menangani masalah kebimbangan matematik ini. Oleh itu, besarlah peranan guru dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dalam mengurangkan kebimbangan matematik di sekolah rendah.

Tuesday, 13 March 2012

Artikel 1


Aspects of Children's Mathematics Anxiety
Oleh: Karen Newstead (1998)

From:

            Artikel ini membincangkan kajian yang dijalankan oleh Newstead pada tahun 2008. Kajian ini dijalankan ke atas kanak-kanak yang berumur di antara 9 hingga 11 tahun. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk melihat aspek-aspek yang menyumbang kebimbangan matematik dikalangan kanak-kanak dan membuat perbandingan kebimbangan kanak-kanak yang diajar menggunakan kaedah tradisional dan kanak-kanak yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah alernatif yang menekankan penyelesaian masalah serta perbicangan tentang strategi kanak-kanak tersebut secara tidak formal.
            Melalui kajian yang telah dijalankan, didapati kebimbangan matematik dikalangan pelajar bermula daripada peringkat awal zaman kanak-kanak. Ini turut disokong oleh Arnold et. Al di dalam Eugene (2010) yang menyatakan bagi kebanyakkan kanak-kanak, sikap negative terhadap matematik bermula pada peringkat awal dan kadang-kala sebelum mereka memasuki tadika. Ini membuktikan, adalah penting untuk mengatasi masalah kebimbangan matematik dikalangan murid sekolah rendah kerana ianya adalah peringkat awal bagi sikap negative itu.
            Kajian juga menunjukkan kebimbangan matematik juga bekait rapat dengan kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru. Dapatan kajian menunjukkan, guru yang menggunakan kaedah alternatif, yang mana di dalam kajian ini kaedah ‘CAN’ telah digunakan, dapat mengurangkan kebimbangan matematik di kalangan murid berbanding guru yang menggunakan kaedah tradisional iaitu ‘chalk and talk’. Ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Oxford and  Vordick di dalam Hasbee et al. (2009), yang mencadangkan bahawa terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kebimbangan matematik di kalangan murid sekolah rendah dan kelihatan penyebabnya ialah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Pengkaji menyatakan bahawa sikap guru yang menekankan kaedah mengingat formula, mempelajari matematik melalui kaedah latih tubi dan menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran menyumbang kepada permasalahan ini. Barners di dalam Hasbee et al. (2009) menyatakan di dalam kajiannya, murid telah menyenaraikan beberapa kaedah untuk mengurangkan kebimbangan matematik. Antaranya ialah guru perlu mengajar murid kaedah pembelajaran, tingkatkan keyakinan murid dalam kebolehan matematik dan berjalan disekeliling kelas bagi membantu murid dan menjawab soalan.
            Kesimpulannya, kebimbangan matematik dikalangan murid perlu dikurangkan sejak mereka di zaman kanak-kanak lagi kerana pada tahap itulah kebimbangan matematik meningkat. Sebagai guru, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan seperti kaedah alternatif bagi menggalakkan penglibatan murid.

Bahan bacaan: