INVESTIGATORY APPROACHES IN MATHEMATICS TEACHING: IMPLICATIONS FOR
TEACHER TRAINING IN INDIA
By: Dr. Viiayalakshmi Chilakamarri.
RINGKASAN
Dalam dunia sains teknologi kini,
adalah sangat perlu untuk membentuk dan membangunkan kemahiran berfikir,
kemahiran eksplorasi dan kemahiran eksperimentasi dikalangan pelajar sekolah.
Matematik merupakan subjek yang sangat sesuai dijadikan lapangan untuk
menggarap dan menggilap kemahiran-kemahiran ini dikalangan pelajar melalui
pendekatan penyiasatan. Dalam ‘the
Initial Teacher Training Institutes and its impact on teaching mathematics in the
Secondary Schools’. Satu percubaan dibuat untuk meneliti dengan lebih dekat
bagaimana pendekatan penyiasatan digunakan dalam the Initial Teacher
Training Institutions pada peringkat university dan bagaimana pula kesannya
dalam meningkatkan kualiti pencapaian matematik diperingkat sekolah menengah.
Hasil
penyelidikan terbaru dari negara-negara lain menekankan kegunaan kaedah
pengajaran yang memberi peluang pelajar berfikir tentang strategi penyelesaian
dan bukan hanya membaca, menghafal dan mendengar teori matematik sahaja. Di
India, terdapat ramai guru yang tidak berpuas hati dengan cara pengajaran
matematik terutamanya di sekolah rendah dan menengah. Mereka merasakan mereka
tidak memberikan peluang dan persekitaran yang mengarah kepada pemikiran secara
matematik yang secukupnya kepada pelajar. Hasil kesedaran ini, guru-guru
berusaha untuk membaiki cara pendekatan mereka. Pelbagai kaedah pendekatan
digunakan demi meningkat tahap kefahaman pelajar terutama kaedah pendekatan
penyiasatan.
Didapati
penggunaan pendekatan penyiasatan ini memberikan kesan positif kepada pelajar.
Pelajar dilihat bersemangat melakukan eksplorasi. Mereka aktif meneroka dan
berhubung antara kumpulan semasa aktiviti matematik dijalankan.
Kritikan dan komen
Artikel ini menggambarkan keadaan
sebenar cara pendekatan yang digunapakai di India. Dan didapati wujudnya
kesedaran dikalangan guru-guru untuk menggunakan pendekatan yang lebih baik
bagi memastikan pelajar faham konsep matematik iaitu pendekatan penyiasatan.
Saya bersetuju dengan pendapat penyelidik bahawa pendekatan penyasatan mampu
menyuntik kemahiran berfikir dan kemahiran eksplorasi pelajar. Pembelajaran
aktif akan memberikan impak yang positif terhadap diri pelajar itu sendiri.
Secara
keseluruhannya, artikel ini sesuai menjadi bahan bacaan para guru yang mahu
melakukan perubahan pendekatan tetapi masih tercari-cari pendekatan yang ingin
dicuba. Namun, ada sedikit kelemahan aritikel ini di mana ia tiada rujukan
ilmiah yang menyokong pandangan yang dibicarakan.
No comments:
Post a Comment