Cabaran Guru Sandaran
Terlatih Di Sekolah
Oleh: Siti Zohara Binti Yassin
Artikel
ini membincangkan tentang cabaran yang dihadapi oleh Guru Sandaran Terlatih apabila ditempatkan di sekolah. Antara cabaran yang dihadapi oleh GST
ialah perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
dan penerimaan komuniti sekolah. Dapatan kajian ini mendapati GST tidak
bersedia apabila ditugaskan mengajar matapelajaran bukan opsyen dan, mengajar
kelas peperiksaan. Semua GST didapati tidak mempunyai pengetahuan dan tidak
berminat apabila ditugaskan mengajar mata pelajaran bukan opsyen. Tetapi dalam
menguruskan aktiviti sekolah, didapati GST mampu menjalankan tanggungjawab
dengan baik dan menunjukkan pretasi yang membanggakan. Sebaik sahaja tamat mengikuti latihan di institut perguruan, GST akan
ditempatkan di sekolah.
Penempatan GST adalah berdasarkan kepada keperluan guru di sekolah tersebut. Ini bermakna GST perlu
mampu memenuhi keperluan di sekolah. Apabila situasi ini berlaku sudah tentu
GST akan menerima pelbagai tanggungjawab yang tidak dijangkakan. Cabaran ini sebenarnya menguji ketahanan
GST. Cabaran ini ialah sejauh mana GST mampu bertahan apabila ditugaskan
mengajar mata pelajaran bukan opsyen dan
kelas peperiksaan dan sejauh mana GST mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah.
Tindakan yang diambil oleh GST adalah strategi dalam menangani cabaran di sekolah. Tindakan yang diambil oleh
GST juga mengambarkan sokongan pihak sekolah. yang terdiri daripada rakan sejawat, panatia/ketua jabatan, pengetua dan
staf sokongan. Sokongan memberi rasa selamat dan keyakinan kepada GST dalam menjalankan tugas yang telah
diamanahkan. Sebenarnya
kemampuan GST untuk menghadapi cabaran ini bergantung kepada kesediaan dan semangat GST. Semangat
GST mestilah kental dan GST juga perlu bersedia untuk belajar, berkorban dan
bersedia untuk membuat perubahan. Jika GST tidak mempunyai semangat ini, kegagalan menangani masalah yang
dihadapi di peringkat awal akan
melemahkan semangat mereka untuk menghadapi cabaran seterusnya. Ini adalah kerana kegagalan boleh mempengaruhi
kepuasan kerja dan ketahanan
GST. Bolehlah disimpulkan ketahanan GST mengharungi cabaran di sekolah bergantung kepada semangat
yang mengambarkan nilai dan sikap positif
dalam menghadapi cabaran.
No comments:
Post a Comment