Saturday, 19 May 2012

BLOG rakan-rakan sekelas

1) Mathematics Anxiety / Maths Phobia: http://sme6044anxiety.blogspot.com/
2) Disparities in Achievement: http://diskusimatematik.blogspot.com/
3) Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS): http://timss.k3.blogspot.com
4) Access and Equity: http://aksesdanekuiti.blogspot.com/
5) Language of Instruction: http://shimishaz.blogspot.com/
6) Teaching Approaches: http://isudalamgayapengajaran.blogspot.com/
7) Professional Teaching Standards: http://sppro.dinstudio.com/
8) Assessment: http://www.daripenacikguku.blogspot.com/ 9) Curriculum: http://azlikurt.blogspot.com/
10) Teacher Certification: http://contemporaryissues2012.blogspot.com/
11) School Culture: ???
12) Using Technology particularly ICT for Teaching and Learning: http://isuict.blogspot.com/
13 Ethno-mathematics: http://kamipendidik2012.blogspot.com/
 

Wednesday, 16 May 2012

Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Pendekatan Peringkat Prasekolah bagi Tajuk Konsep Nombor

Penulis: Zaidatun Bt Tasir & Nurul Amirah Binti Mohd Razali
Pautan: http://eprints.utm.my/12010/

Sinopsis:
Penggunaan komputer sebagai alat rangsangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas adalah satu inovasi yang terkini dalam pendidikan awal kanak-kanak. Penggunaan komputer dalam proses P&P juga amat disarankan oleh kerajaan kerana sistem pendidikan kini memerlukan generasi celik komputer. Dalam kajian ini perisian multimedia berasaskan pendekatan permainan untuk kanak-kanak prasekolah bagi tajuk 123 Concept telah dibangunkan. Kandungan perisian ini disusun berdasarkan huraian sukatan pelajaran bagi pendidikan prasekolah mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Proses pembinaan perisian ini menggunakan model ADDIE yang mengandungi lima aliran kerja iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Pendekatan bermain sambil belajar diterapkan dalam perisian ini kerana ia merupakan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware yang merupakan perisian yang utama dan disokong dengan perisian Flash Professional 8, Adobe Photoshop CS2, Sound Forge 7.0 dan Crazy Talk 4.5. Gabungan perisian-perisian ini dapat menyepadukan pelbagai media seperti grafik, teks, animasi, audio dan interaktiviti untuk menghasilkan perisian multimedia yang menarik bagi mengekalkan tumpuan kanak-kanak. Kelebihan utama perisian berasaskan pendekatan permainan ialah ia mampu menarik minat dan perhatian kanak-kanak melalui aktiviti dan latihan yang berkonsep bermain sambil belajar. Diharapkan perisian ini dapat membantu kanak-kanak menguasai konsep dan kemahiran Matematik prasekolah.

Ulasan / Kritikan:

Proses penilaian formal tidak dijalankan diperingkat ini namun begitu, pembangun telah
menjalankan penilaian secara informal di Tadika Didik Al Insan, Pulai Perdana. Komen yang
memberangsang diterima dari pengusaha tadika tersebut iaitu Pn. Jamiah Bt. Abu. Pembangun
telah membuat sedikit penambahbaikan selepas penilaian informal ini. Pembangun juga meminta
pandangan rakan-rakan agar perisian ini menepati teori pembelajaran, pendekatan permainan dan
bersesuaian dengan pengguna perisian ini. Kesimpulannya, dalam menghasilkan perisian yang berkualiti dan menarik, perancangan dalam pembangunan perisian perlulah dilakukan dengan teliti agar perisian yang dihasilkan menepati kehendak pengguna.

Tuesday, 15 May 2012

Pengintegrasian ICT Dalam P&P

Penulis: Mohd Mahizam B Mohd Toha    
Pautan: http://www.pkghl.net/hl-v1/index.php?option=com_content&view=article&id=468:pengintegrasian-ict-dalam-pap&catid=50:teknologi-maklumat&Itemid=97

Sinopsis:
Terdapat dua perspektif dalam pengintegrasian ICT dalam P&P. Pertama, pengaplikasian perkakasan dan perisian. Kedua potensi terhadapa multimedia yang dicipta. Walaubagaimanapun, berbalik kepada guru itu sendiri bagaimana untuk menggunakan perkakas atau perisian di dalam P&P supaya ia berkesan kepada murid. Oleh yang demikian, tiga kriteria perlu dititikberatkan iaitu;
1) mampu menjana idea
2) mampu mengukuhkan pemahaman
3) menggabungkan dengan kaedah dan teknik yang tertentu (aspek pedagogi)

Ulasan / Kritikan:
Artikel ini berguna untuk dijadikan panduan kepada guru-guru. Jika dilihat pada zaman sekarang guru hanya mengajar sekadar untuk peperiksaan dan sesetengahnya dikatakan "syok sendiri" atau dalam kata lain mengajar bagai nak rak tetapi murid tak faham langsung. Oleh yang demikian, P&P akan menjadi lebih berkesan sekiranya tiga kriteria yang dicadangkan oleh penulis diikuti dan dihayati oleh setiap guru di sekolah kerana secanggih mana perkakas dan perisian ICT itu tetapi teknik dan kaedah penggunaannya salah, maka tidak berguna juga akhirnya.

Monday, 14 May 2012

Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan PembelajaranMatematik Di Kalangan Guru Matematik Di Daerah KotaTinggi

Penulis: Md. Nor Bakar & Rashita A. Hadi
Pautan: http://eprints.utm.my/13425/

Sinopsis:
Kajian ini telah dijalankan di sekolah-sekolah menengah sekitar daerah Kota Tinggi, Johor. Tujuan kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Aspek yang dikaji ialah tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru-guru, kesesuaian kursus dan latihan yang ditawarkan dan faktor-faktor penghalang dalam mengintegrasikan ICT. Didapati bahawa pengintegrasian ICT masih di tahap rendah di mana faktor luaran yang menjadi punca utama yang menghalang pengintegrasian ICT seperti kemudahan yang tidak sempurna dan kekurangan ICT. Hasil perbincangan mencadangkan beberapa pendekatan yang perlu dambil oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia (KPTM) dan guru-guru matematik itu sendiri untuk memantapkan lagi perlaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

Ulasan / Kritikan:
Di dalam artikel ini, perbincangan dan kajian telah dijalankan secara menyeluruh. Walaubagaimanapun, kajian ini dapat mensimpulkan dengan lebih baik sekiranya ia dijalankan di setiap kawasan yang berbeza-beza untuk mendapatkan pendedahan dan kesulitan yang di alami di kalangan guru baik dari kawasan bandar mahupun luar bandar. Dicadangkan supaya kajian ini diteruskan oleh pengkaji-pengkaji lain untuk meninjau atau mendapat maklum balas dari setiap tahap pendidikan di Malaysia iaitu prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan universiti.  

Sunday, 13 May 2012

ICT in Primary Schools are Learning Tools, Not Tools to be Learned

Penulis: Tara Homeri melalui Women of Uganda Network.
Pautan: http://www.wougnet.org/cms/content/view/809/237/

Sinopsis:
Memang tidak dapat dinafikan bahawa menggabungkan ICT dalam pendidikan dapat memperbaiki serta meningkatkan kualiti pendidikan pelajar. Di dalam artikel ini, beliau hanya menyentuh aspek seorang guru sebagai penggerak untuk pengintegrasian ICT itu sendiri. Di dapati;
1) guru mempunyai sedikit pengetahuan tentang penggunaan ICT
2) guru tiada latihan yang secukupnya
Hal ini menjadi satu isu kepada guru di dalam pengintegrasian ICT dalam pendidikan matematik.

Ulasan / Kritikan:
Artikel ini membincangkan masalah guru dalam mengintegrasikan ICT tetapi tiada cadangan penambahbaikan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Walaubagaimanapun, artikel ini sangat baik untuk mengukuhkan lagi sokongan mengenai GURU sebagai salah satu faktor yang membantutkan pengintegrasian ICT. Diharap perbincangan dan cadangan untuk menyelesaikan masalah ini dapat diteruskan.

Saturday, 12 May 2012

ICT as a Learning Tool to Assist Teaching ICT in Primary Schools

Penulis: Ruba Abu Hassana dari Coventry University, School of Art and Design, UK.
Pautan: newmedia.yeditepe.edu.tr/pdfs/isimd_06/10.pdf

Sinopsis:
Artikel ini membincangkan amalan semasa dan teknik pengajaran yang digunakan dalam pengajaran kurikulum ICT di sekolah rendah dan halangan utama dalam pengajaran. Simi-struktur temubual dengan guru-guru dan penyelaras ICT di samping pemerhatian di dalam bilik darjah
mendapati kaedah pengajaran menggunakan ICT di sepuluh buah sekolah rendah di Coventry semasa musim luruh tahun 2005 menunjukkan kesan positif. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa halangan utama yang membantutkan proses pengajaran menggunakan ICT di sana iaitu;

1) tiada sokongan dan pengajaran bertumpu kepada teknik tradisional
2) tiada prasarana interaktif multimedia
3) guru tidak yakin
4) had pengetahuan dan pengalaman guru dalam bidang ICT

Ulasan / Kritikan:
Artikel ini terlalu general. Perbincangan tidak dijalankan secara terpetrinci terhadap setiap aspek halangan dalam pengintegrasian ICT. Dicadagkan supaya kajian lanjutan dijalankan oleh pengkaji-pengkaji untuk meningkatkan mutu pengintegrasian ICT.

Friday, 11 May 2012

Sapa punya duit???


Membicarakan pengintegrasian ICT dalam pendidikan, inilah masalah utama...duit banyak dilaburkan tetapi kesan dan penggunaannya tiada penghujungnya...Renung-renungkan dan selamat berubah =)

Perbentangan Kumpulan 12: PENGINTEGRASIAN ICT

Terdapat beberapa faktor yang menjadi isu tentang pengintegrasian ICT di dalam kurikulum Malaysia iaitu;
a) Budaya sekolah
b) Jurang ICT & Digital
c) Kekangan masa
d) Sikap pentadbir
e) Sistem penyelenggaraan
f) Kekurangan infrastruktur & bahan sokongan
g) Masalah perisian
h) Faktor guru
i) Susah dapat internet

Ikuti perbincangan dan maklumat lebih lanjut melalui blog ini - - - > http://isuict.blogspot.com/

Wednesday, 9 May 2012

Cultural Diversity in Mathematics Education: Current Tendencies.

Penulis: Victor Brunaud - Vega

Sinopsis:
Tiga pendekatan pengajaran matematik di dalam kelas pelbagai budaya iaitu;
1) the situated perspective - pembelajaran menjadi satu proses penyertaan berubah dalam perubahan masyarakat amalan di mana pengetahuan seseorang individu yang terhasil menjadi fungsi persekitaran di mana dia beroperasi
2) the culturally relevant perspective - guru mengajar sepadan dengan gaya pengajaran mengikut latar belakang budaya dan rumah pelajar-pelajar mereka
3) critical pedagogies - kritikan terhadap sosiopolitik

Ulasan / Kritikan:
Guru perlu merancang pengajarannya mengikut latar belakang anak muridnya untuk memastikan P&P di dalam kelas berjalan dengan lancar kerana setiap individu mempunyai masalah dan pemikiran yang berbeza-beza.

Tuesday, 8 May 2012

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kewujudan Budaya Sekolah

Pautan: http://tuanmat.tripod.com/budayasek.html

Sinopsis:
Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Jikalau sistem pendidikan dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya lembab, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanya tinggal terukir di pejabat atau bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-mata.
Antara faktor-faktor yang mempengaruh kewujudan budaya sekolah ialah;
1) sekolah sebagai institusi formal
2) sekolah merupakan organisasi berdasarkan waktu
3) sekolah merupakan institusi yang digred mengikut umur pelajar
4) upacara dan keramaian yang dilaksanakan di sekolah
5) matlamat institusi berkenaan

Ulasan / Kritikan:
Secara simplistik, ciri-ciri yang tergolong di bawah budaya sekolah ialah budaya ilmu, budaya insan yang kamil seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, budaya kepimpinan, budaya kerja, budaya komunikasi dan seterusnya budaya bilik darjah. Budaya sekolah yang sihat itu ialah ciri-ciri budaya dan sub-budaya yang dapat menyumbangkan kepada perwujudan dan pertumbuhan sekolah sebagai institusi pendidikan dengan erti kata yang sebenarnya, yang mana dapat membantu merealisasikan segala yang tersurat dan yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Monday, 7 May 2012

Budaya Sekolah Rendah: Hubungannya dengan Kepimpinan, Komitmen Organisasi dan Pencapaian Akademik

Penulis: Yaakob bin Daud
Pautan: https://docs.google.com/a/siswa.upsi.edu.my/file/d/0B4krIkXLX9f3OFhySC1VbjNYb0E/edit

Sinopsis:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti budaya sekolah positif iaitu hubungan kemanusiaan, sistem terbuka, matlamat rasional, dan proses dalaman (Quinn, 1988) di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mengikut pencapaian akademik. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara budaya sekolah, pencapaian akademik, komitmen organisasi, dan kepemimpinan sekolah. Dua kaedah pengumpulan data digunakan dalam kajian ini, iaitu kaedah tinjauan dan kaedah kualitatif. Kaedah tinjauan melibatkan sampel seramai 141 orang Guru Besar dan 657 orang Guru Penolong di sekolah-sekolah rendah di negeri Kedah sementara kaedah kualitatif yang menggunakan teknik temu bual melibatkan empat orang Guru Besar dan 16 orang Guru Penolong. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.5 for Windows dan bagi menguji hipotesis kajian, ujian Analysis of Variance (ANOVA), Multivariate Analysis of Variance (MANOVA), Korelasi Spearman, dan Regresi Berganda digunakan. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam budaya sekolah positif antara sekolah yang berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah serta antara Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kajian ini juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara budaya sekolah positif dengan kepemimpinan guru besar, komitmen guru, dan pencapaian sekolah. Data kajian kualitatif didapati menyokong kuat data kuantitatif. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan budaya sekolah merupakan peramal terhadap pencapaian sekolah dan faktor yang mempengaruhi komitmen guru. Dapat dirumuskan bahawa budaya sekolah positif secara relatif lebih dipraktikkan di sekolah berpencapaian tinggi berbanding di sekolah berpencapaian rendah dan budaya sekolah positif mempunyai hubungan dengan komitmen guru, kepemimpinan sekolah, dan pencapaian sekolah. berdasarkan hasil kajian, implikasi dan cadangan kajian akan datang juga dikemukakan.

Ulasan / Kritikan:
Peranan sekolah sebagai agen sosialisasi tidak pernah disanggah oleh ahli-ahli sosiologi mahu pun pendidikan. Budaya sekolah positif dikenal pasti sebagai salah satu faktor penting dalam menjayakan wawasan dan matlamat sekolah agar seiring dengan inspirasi negara. Justeru, warga sekolah terutamanya para guru dan kepemimpinan sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mencorak dan menyuburkan budaya sekolah positif demi melahirkan modal insan yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti budaya sekolah positif, komitmen organisasi, dan kepemimpinan sekolah yang menjurus kepada kejayaan sesebuah sekolah.

 


Sunday, 6 May 2012

Budaya sekolah: Implikasi terhadap proses pembelajaran secara mengalami

Penulis: Ruhani Binti Mat Min
Pautan: https://docs.google.com/a/siswa.upsi.edu.my/file/d/0B4krIkXLX9f3NkV5bWk3Wnd2N1U/edit?pli=1

Sinopsis:
Pembelajaran secara mengalami di persekitaran sebenar adalah sebahagian daripada kaedah pembelajaran yang dipraktiskan dalam sistem latihan kaunselor di Malaysia. Salah satu daripada proses pembelajaran secara mengalami adalah latihan praktikum kaunseling yang dikendalikan selama 12 minggu di sekolah menengah di Malaysia. Pembelajaran secara mengalami menyediakan peluang kepada kaunselor pelatih untuk belajar mengaplikasi perkara yang telah dipelajari di universiti dan pada masa yang sama melibatkan diri dengan orang lain. Kedua-dua perkara ini, iaitu belajar mengaplikasi perkara yang telah dipelajari dan belajar melibatkan diri dengan orang lain adalah berlaku secara serentak. Pada masa yang sama, kedua-dua proses pembelajaran ini berlaku di persekitaran sekolah, dan setiap sekolah mempunyai budaya yang tersendiri.

Ulasan / Kritikan:
Proses pembelajaran yang dialami oleh kaunselor pelatih semasa menjalani latihan praktikum kaunseling di sekolah adalah berkaitan dengan budaya atau etos sesebuah sekolah. Setiap sekolah mempunyai budaya yang tersendiri, antaranya menerima perkhidmatan kaunseling sebagai salah satu aktiviti yang wujud dalam sistemnya, setengah sekolah tidak menerima sepenuhnya perkhidmatan kaunseling, sikap tidak bersedia untuk menerima kaunselor pelatih serta berkongsi tempat dengan kaunselor pelatih, kurang menghormati kaunselor pelatih dan tidak bersedia untuk bekerjasama dengan kaunselor pelatih. Walaupun begitu, budaya sekolah dapat dipecahkan kepada dua yang utama, iaitu menerima perkhidmatan kaunseling sebagai salah satu aktiviti sekolah. Kedua, tidak menerima sepenuhnya perkhidmatan kaunseling sebagai budaya sekolah. Kedua budaya ini mempunyai kesan terhadap aktiviti-aktiviti lain di sesebuah sekolah.

Saturday, 5 May 2012

Malaysia - Language, Culture, Customs and Etiquette

Penulis: Kwintessential
Pautan: http://www.kwintessential.co.uk/resources/global-etiquette/malaysia.html

Sinopsis:
Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik. Namun begitu, Bahasa Melayu merupakan bahasa utama di negara ini. Pemakaian dan etika di Malaysia di hormati oleh setiap lapisan masyarakat kerana setiap etnik mempunyai pakaian dan etika masing-masing.

Ulasan / Kritikan:
Artikel ini memberi gambaran mengenai Malaysia dan masyarakatnya. Ia membantu kita bagaimana untuk dikaitkan dalam isu budaya sekolah memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.

Friday, 4 May 2012

Perbentangan Kumpulan 11: BUDAYA SEKOLAH

Terdapat 4 faktor kenapa budaya sekolah menjadi isu hangat di sekolah masa kini... 1) pentadbir yang tidak profesional 2) guru yang mementingkan diri 3) suasana dan persekitaran sekolah 4) sikap murid renung2kan dan selamat berfikir =)

Monday, 30 April 2012

Isu Garduan Pendidikan Menganggur

Penulis: YB Dato' Shahrir Abdul Samad
Pautan: http://www.shahrir-umno.com/main.php?i=berita&berita=497

Ulasan / Kritikan:
Soal latihan semula seperti arahan Dato Hishamudin amat bernas dan guru mesti sanggup jika mereka serius mahu jadi seorang pendidik. Ini berikutan ramai guru yang sedang dan akan mengajar subjek dalam bahasa inggeris ini sendiri terlalu lemah dalam bahasa ini sendiri. Di samping itu, perkemaskan pendidkan khas untuk mereka yang betul-betul mempunyai minat dan latihan secukupnya. Ini bagi mengelak dari timbul kelak isu guru yang terpaksa mengajar. Sebab itu sebenarnya perlu mengkaji semula konsep pensijilan guru. Mungkin kita juga perlu menggunakan sistem Amerika Syarikat yang mewajibkan guru masuk semula ke universiti untuk menambah ilmu dan berdaya saing dengan semua profesion di luar dan tidak terbatas kepada hanya kepada kaedah mengajar semata-mata. Semoga dengan ini, kita dapat menilai kembali apa itu pendidikan universiti dan latihan perguruan sebenar yang diperlukan oleh negara dan bukan satu agenda beberapa pemimpin politik untuk mencipta nama.

Sunday, 29 April 2012

Audit Pensijilan Semula SIRIM-IPGK

Pautan: https://docs.google.com/a/siswa.upsi.edu.my/file/d/0B4krIkXLX9f3em1Db0swSUdwaTg/edit

Ulasan / Kritikan:
Kematangan sistem dan keberkesanan sistem dalam mencapai objektif yang ditetapkan termasuk
Keperluan atau kehendak yang dipersetujui dan lain-lain pemerhatian positif serta kelemahan.
Jawatankuasa baru yang mengambil alih tugasan pelaksanaan dan pemantauan SPK telah menjalankan tugasan dengan baik, namun dari segi pemahaman mengenai keperluan manual, prosedur-prosedur dan garis-garis panduan perlu dipertingkatkan di antara IPGM dan IPGK.

Saturday, 28 April 2012

FOKUS: Angkara Kerja Luar

Penulis: Rosniza Mohd Taha
Pautan: http://pkg-petaling.net/v1/2010/01/fokus-angkara-kerja-luar/

Sinopsis:
Artikel ini ditulis berdasarkan cadangan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang berhasrat untuk melaksanakan semula sijil layak mengajar supaya guru utamakan P&P. Ini bertujuan mengelak guru dari menumpukan kerjaya luar atau sampingan berbanding kerjaya utama mereka sebagai seorang pendidik. Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, " Menerusi pensijilan itu, keupayaan guru dinilai dalam empat aspek, iaitu P&P, pengurusan kelas, hubungan dengan masyarakat dan profesionalisme"

Ulasan / Kritikan:
Cadangan yang diutarakan memang berwajaran namun, usaha tersebut akan memakan masa yang lama memandangkan guru-guru yang sudah mengajar bukannya seorang. Apa yang perlu dilakukan sebenarnya, bermula dari akar umbi lagi di mana semasa pemilihan calon-calon yang akan dimasukkan ke dalam pendidikan perlu di tapis sebaik-baiknya. Jika dari awal lagi pemilihan dibuat dengan baik, pensijilan kepada guru tidak akan menjadi isu utama.

Thursday, 19 April 2012

Ethnomathematics Shows Students Their Connections to Math

Penulis: Cheryl Ernst
Pautan: http://www.maa.org/pubs/FOCUSApr-May11_Ethnomathematics.html

Sinopsis:
Penulis menjalankan kajian ke atas seorang pelajar perempuan yang tidak berminat dengan kelas matematik. Pelajar ini benar-benar berjuang dengan matematik. Walau bagaimanapun, melalui kajian ini bidang berasaskan ethnomathematics, beliau mendapati keinginan untuk belajar yang berkembang dalam dirinya. Malah apabila keperluan itu telah dipenuhi, beliau mengikuti kursus precalculus dua semester akan datang dan mengambil bahagian dalam Projek Kurikulum Ethnomathematics Furuto semasa musim panas.

Ulasan / Kritikan:
Artikel ini menunjukkan kesan positif ke atas pangajaran etnomatematik. Namun begitu, pendedahan mengenai teknik pengajaran itu sendiri tidak dihurai dengan terperinci supaya dapat diikuti atau menjadi contoh kepada pembaca-pembaca yang lain. Walaubagaimanapun, pendedahan tentang hubungan antara pemuliharaan, biologi marin, dan matematik menjadi ketara apabila pelajar melihat fungsi linear di tempat kerja sebagai penyedut terkuat membersihkan spesies invasif alga mati terumbu di Kāne'ohe Bay. Selain itu, matriks yang dianjurkan oleh sampah dikumpulkan dan lokasi geografi, dan persamaan kuadratik dalam mengekalkan sumber berharga pulau.

Wednesday, 18 April 2012

Teknologi Di dalam Bilik Darjah

Web : http://dspace.fsktm.um.edu.my/bitstream/1812/419/2/bab%201-3.pdf


Reka bentuk kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia pada masa kini perlu kepada perubahan dengan menampilkan isi kandungan dan kaedah pengajaran yang lebih terkini dan sesuai dengan teknologi semasa. Kaedah pengajaran yang dilaksanakan pada masa kini masih bersifat tradisional. Kurikulum yang dibentuk tidak sepenuhnya mengambil kira perubahan dalam teknologi semasa. Lagipun pada masa kini banyak sekolah di Malaysia mempunyai pelbagai program ICT. Antara program ICT sedia ada seperti Sekolah Bestari, School-net, computing tablet, Partners in learning, Primary English Literature dan komputer pra-sekolah. Dengan segala kemudahan insfrastruktur yang tersedia adalah tidak mustahil untuk melaksanakan kurikulum M-Pembelajaran di sekolah-sekolah dalam masa yang terdekat ini. M-Pembelajaran telah dikenal pasti sebagai pembelajaran masa depan atau sebagai salah satu bahagian yang penting dalam proses pendidikan pada masa depan. Oleh kerana M-Pembelajaran merupakan bidang yang baru banyak penyelidikan dan pembangunan perlu dilaksanakan. Para penyelidik cuba untuk memahami bagaimana peralatan mudah alih boleh membantu untuk mencapai sistem pendidikan yang lebih baik. Perkembangan dalam teknologi mudah alih masa kini turut mengubah corak pembelajaran (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004). Pembelajaran tidak tertumpu di bilik darjah tetapi boleh berlaku di mana dan pada bila-bila masa dengan menggunakan peralatan mudah alih dan disokong dengan teknologi mudah alih. Hasil kajian mendapati pelaksanaan program M-Pembelajaran telah mencapai hasarat yang ditetapkan ke atasnya. Kajian juga mendapati program M-Pembelajaran mempunyai banyak kekuatan disamping terdapat beberapa kelemahan.

Tuesday, 17 April 2012

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kurikulum? Bincangkan Pendapat Dan Pandangan Tentang Kurikulum


Daripada: Ahmad Fauzi bin Sihabuddin, Ummukulsum Binti Shapie, Nurul Farhana Binti Sapa’e, Nurul Ikhsan Binti Soif, Noraliza Binti Jamri
Web : http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20kurikulum%20malaysia&source=web&cd=18&ved=0CGQQFjAHOAo&url=http%3A%2F%2Fimages.shv4193.multiply.multiplycontent.com%2Fattachment%2F0%2FTJmCXQooCyUAAAd0YCs1%2FDEFINISI%2C%2520PENDAPAT%2520KURIKULUM.doc%3Fkey%3Dshv4193%3Ajournal%3A21%26nmid%3D368114370&ei=2cTFT76IGc2mrAezhsHDBQ&usg=AFQjCNENjb5mlajbiqUhnz_-pdSyxyVN-Q


Artikel ini membincangkan tentang bagaimana kurikulum mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan kana-kanak pada peringkat awal. Kurikulum merupakan satu perkataan yang tidak asing lagi terutamanya dalam dunia pendidikan.Kurikulum dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk kurikulum iaitu reka bentuk kurikulum yang berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. Kurikulum yang berbentuk standard adalah berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Manakala kurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang telah diorganisasi dan  disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit dan bahagian unit inilah yang dinamakan modul. (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Terdapat berbagai-bagai faktor yang membawa kepada perubahan sesuatu kurikulum. Kadang-kadang faktor-faktor itu bergerak sendirian dan kadang-kadang bergabung. Antara faktor-faktor itu ialah kewujudan atau perkembangan ilmu-ilmu yang baru. Kurikulum yang telah dibentuk perlulah sentiasa dikemaskini supaya dengan demikian pelajar-pelajar atau penerima kurikulum itu akan mempelajari ilmu-ilmu yang mutakhir dan tidak mempelajari ilmu yang sudah ketinggalan zaman atau lapuk yang tidak boleh digunakan lagi. Seterusnya ialah kehendak masyarakat yang berubah. Kehendak masyarakat bukan sahaja bermacam ragam tetapi sentiasa berubah. Itulah sebabnya kehendak yang timbul pada suatu zaman itu berbeza dengan zaman yang sebelumnya atau yang akan datang. Banyak perkara yang boleh mempengaruhi perubahan dalam kehendak masyarakat. Misalnya elemen pendewasaan ahli-ahli masyarakat itu sendiri. Kehendak pelajar remaja adalah berbeza dengan kehendak pelajar di peringkat kanak-kanak. Dengan itu kurikulum yang dibentuk untuk kanak-kanak perlulah diperbaiki sekiranya kurikulum tersebut ingin pula diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah dewasa.

Monday, 16 April 2012

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


Daripada: Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Pembangunan)
Web : http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20kurikulum%20malaysia%20-%20elemen%20tmk%20&source=web&cd=1&ved=0CE8QFjAA&url=http%3A%2F%2Fppdsegamat.edu.my%2F2010%2Findex.php%3Foption%3Dcom_phocadownload%26view%3Dcategory%26id%3D73%3Aelemen-merentas-kurikulum%26download%3D208%3Akonsep-elemen-merentas-kurikulum%26Itemid%3D428&ei=3MbFT6yWBNGGrAeS_Z3XBQ&usg=AFQjCNHmNe0-thfiOHxAfhC6HOSmuyTlJA


Artikel ini membincangkan tentang EMK dalam kurikulum Negara kita. Terdapat 3 elemen di dalam EMK iaitu Elemen Kreativiti dan Inovatif, Elemen Keusahawanan dan Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Maksud Elemen Kreativiti dan Inovatif ialah kebolehan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif. Ia juga merujuk kepada kebolehan individu menggunakan daya imaginasi, idea dan pemikiran kreatif. Elemen Keusahawanan pula ialah satu proses dalam membentuk cirri-ciri, sikap, kaedah berfikir dan nilai kea rah menjadi seorang usahawan. Terdapat 5 fokus elemen keusahawanan iaitu sikap keusahawanan, nilai moral dan etika keusahawanan, formulasi pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional, pengetahuan dan kemahiran keusahawanan, dan pemikiran keusahawanan. Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi pula ialah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan computer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana dan bila masa sahaja. Terdapat beberapa pendekatan dalam membudayakan TMK di dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu pengetahuan dan kemahiran TMK, pencapaian maklumat, ilmu pengetahuan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang dicapai atau diakses melalui media TMK.

Sunday, 15 April 2012

Artikel 5


Cabaran Guru Sandaran Terlatih Di Sekolah
Oleh: Siti Zohara Binti Yassin


            Artikel ini membincangkan tentang cabaran yang dihadapi oleh Guru Sandaran Terlatih apabila ditempatkan di sekolah. Antara cabaran yang dihadapi oleh GST ialah perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan penerimaan komuniti sekolah. Dapatan kajian ini mendapati GST tidak bersedia apabila ditugaskan mengajar matapelajaran bukan opsyen dan, mengajar kelas peperiksaan. Semua GST didapati tidak mempunyai pengetahuan dan tidak berminat apabila ditugaskan mengajar mata pelajaran bukan opsyen. Tetapi dalam menguruskan aktiviti sekolah, didapati GST mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dan menunjukkan pretasi yang membanggakan. Sebaik sahaja tamat mengikuti latihan di institut perguruan, GST akan ditempatkan di sekolah. Penempatan GST adalah berdasarkan kepada keperluan guru di sekolah tersebut. Ini bermakna GST perlu mampu memenuhi keperluan di sekolah. Apabila situasi ini berlaku sudah tentu GST akan menerima pelbagai tanggungjawab yang tidak dijangkakan. Cabaran ini sebenarnya menguji ketahanan GST. Cabaran ini ialah sejauh mana GST mampu bertahan apabila ditugaskan mengajar mata pelajaran bukan opsyen dan kelas peperiksaan dan sejauh mana GST mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Tindakan yang diambil oleh GST adalah strategi dalam menangani cabaran di sekolah. Tindakan yang diambil oleh GST juga mengambarkan sokongan pihak sekolah. yang terdiri daripada rakan sejawat, panatia/ketua jabatan, pengetua dan staf sokongan. Sokongan memberi rasa selamat dan keyakinan kepada GST dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Sebenarnya kemampuan GST untuk menghadapi cabaran ini bergantung kepada kesediaan dan semangat GST. Semangat GST mestilah kental dan GST juga perlu bersedia untuk belajar, berkorban dan bersedia untuk membuat perubahan. Jika GST tidak mempunyai semangat ini, kegagalan menangani masalah yang dihadapi di peringkat awal akan melemahkan semangat mereka untuk menghadapi cabaran seterusnya. Ini adalah kerana kegagalan boleh mempengaruhi kepuasan kerja dan ketahanan GST. Bolehlah disimpulkan ketahanan GST mengharungi cabaran di sekolah bergantung kepada semangat yang mengambarkan nilai dan sikap positif dalam menghadapi cabaran.

Kajian Kerelevenan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Kurikulum


Daripada: Alias Mat Saad, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff, Ruhizan Mohammad Yassin
Web : http://journalarticle.ukm.my/2315/1/6_alias_artikel.pdf


Kurikulum pendidikan yang dibangunkan perlulah selaras dengan aspirasi wawasan Negara, supaya generasi yang dididik dapat memenuhi tuntutan negara pada masa depan. Kegagalan kurikulum pendidikan untuk menselarikan objektifnya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menyebabkan generasi yang dididik memberi masalah kepada negara. ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara " (Falsafah Pendidikan Kebangsaan). Matlamat pendidikan Negara bolehlah dinyatakan secara ringkas sebagai usaha untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan yang percaya dan patuh kepada Tuhan,berilmu pengetahuan, berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak mulia, berketrampilan, berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran masyarakat dan negara,setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan mesra di antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia. Menurut Power (1982) kerelevenan ilmu itu ialah ilmu pengetahuan yang bermakna yang boleh diamalkan dan boleh memberi signifikannya kepada kehidupan. Oleh itu, kepada mereka yang terlibat dalam membangunkan sesuatu kurikulum ataupun modul untuk pelajar, kewajaran melihat kerelevenan ilmu itu perlu dibuat supaya hasil daripada kurikulum ataupun modul itu mampu untuk membolehkan seseorang pelajar itu menghadapi cabaran sebenar dalam masyarakatnya. Selain itu juga, kerelevenan sesuatu objektif pendidikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperlukan kerana ia berguna dalam menentukan perancangan dan perkembangan pendidikan. Menurut Ishak (2005) berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita boleh mencadangkan matlamat pendidikan, merancang objektif dan aktiviti sesebuah institusi pendidikan, mencadangkan teori-teori pembelajaran yang akan digunakan serta membuat strategi bagi proses menggubal sesebuah kurikulum agar releven dengan kehendak semasa.

Saturday, 14 April 2012

Pengurusan Kurikulum Sekolah Menengah Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik


Daripada: Rosnah Selamat
Web : http://etd.uum.edu.my/754/1/ROSNAH_SELAMAT.pdf


Artikel ini membincangkan tentang  sejauh manakah budaya pengurusan kurikulum yang sistematik, berkesan dan cemerlang telah diamalkan di sekolah-sekolah menengah pada hari ini, untuk mengetahui adakah sistem pengurusan kurikulum di sekolah pencapaian cemerlang berbeza dengan sekolah pencapaian sederhana dan untuk mengetahui adakah sistem pengurusan kurikulum sesebuah sekolah mempengaruhi pencapaian sekolah tersebut dalam Peperiksaan Awam. Sistem pengurusan kurikulum yang meliputi sistem pengurusan panitia di kebanyakan sekolah menengah pada hari ini hanya pada tahap yang memuaskan sahaja. Hanya sebahagian kecil sahaja sekolah yang telah mengamalkan budaya pengurusan kurikulum yang boleh dianggap sistematik, berkesan dan cemerlang. Didapati sistem pengurusan kurikulum di sekolah pencapaian cemerlang lebih baik daripada sekolah pencapaian sederhana dan keberkesanan sistem pengurusan kurikulum sesebuah sekolah merupakan antara faktor yang mempengaruhi pencapaian sekolah tersebut dalam Peperiksaan Awam. Faktor utama kejayaan sesuatu reformasi kurikulum tidak semata-mata terletak pada perancangan yang mantap dan berterusan di peringkat atas, malah yang lebih penting ialah keberkesanan pelaksanaan reformasi tersebut di peringkat pelaksanaan yang paling bawah. Oleh yang demikian, pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah, khususnya di dalam bilik darjah, merupakan faktor penentu kejayaan reformasi tersebut. Betapa pun rapinya perancangan sesuatu reformasi di peringkat atasan, tetapi jika pelaksanaannya di peringkat sekolah tidak sistematik, tidak terancang dan pihak pengurusan sekolah tidak peka terhadap nilai dan aspirasi yang hendak dicapai, maka perubahan yang diharapkan tidak Alan berlaku ( Anas Ahmad, 1988). Kurikulum bolehlah dianggap sebagai nadi kepada sesebuah sekolah. Dalam pengertian yang luas kurikulum adalah segala-galanya bagi sesebuah sekolah. Oleh yang demikian, pengurusan kurikulum adalah satu bidang yang amat penting. Ia sama penting dengan proses pengajaranpembelajaran. Justeru itu, kedua-dua aspek pengajaran dan pembelajaran dan pengurusannya perlu diberi perhatian yang sama. Penyeliaan pengurusan kurikulum sekolah dan panitia-panitia mata pelajaran hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa oleh pihak pengurusan sekolah supaya semua program kurikulum sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Friday, 13 April 2012

Artikel 4


Profession Keguruan Pilihan Terakhir? Suatu Tinjauan
Oleh: Ibrahim bin Ahmad


            Artikel ini membincangkan tentang cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam era digital serta persoalan yang timbul iaitu adakah profession ini merupakan pilihan terakhir. Dunia pendidikan sering menjadi isu penting tidak kira dari segi pendidiknya, kaedah yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkatserta isu-isu semasa yang tidak pernah sunyi dari membabitkan diri pendidik tersebut. Bidang perguruan sering dianggap sebagai profession kelas pertengahan jauh ditinggalkan oleh bidang-bidang professional yang lain seperti kedoktoran, kejuruteraan mahupun bidang perakaunan. Masyarakat menganggap bidang ini adalah pilihan terakhir sekiranya tiada kerjaya professional lain yang sesuai atau tidak mendapat kerja. Masyarakat menganggap untuk menjadi seorang guru bukanlah satu tugas yang sukar. Bidang keguruan sering dianggap sebagai satu kerjaya pilihan terakhir bagi sesetengah orang. Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana jatuh bangun anak bangsa terletak di atas bahu kita. Cabaran dalam Wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh para pendidik untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Pada asanya profession keguruan sejak dari dulu lagi adalah sama, iaitu mengajar, mendidik dan mengubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira, dan tidak boleh membaca kepada seorang yang celik huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya (Shuib & Johari, 2001)


Perbentangan Kumpulan 9: KURIKULUM

klik di sini - - - >
http://www.slideshare.net/MohdNorrazliMdRasdi/kurikulum-12577038 (pembentang ke-1)
http://www.slideshare.net/MohdNorrazliMdRasdi/sme-6044-isuisu-kurikulum-12602690 (pembentang ke-2)
http://www.slideshare.net/MohdNorrazliMdRasdi/asri-marzitaputih (pembentang ke-3)
http://www.slideshare.net/MohdNorrazliMdRasdi/nkra-pendidikan-12508684 (pembentang ke-4)

Thursday, 12 April 2012

Tessellation Combinations

Penulis: Mary Lou Nevin
Pautan: http://charedox.blogspot.com/2010/05/kajian-pembelajaran-tesselasi.html#!/2010/05/kajian-pembelajaran-tesselasi.html

Sinopsis:
Fokus artikel ini ialah corak dan pola membuat menggunakan angka geometri. Termasuk adalah aktiviti yang berurutan dirancang untuk K-8 pelajar yang membantu mereka yang pertama untuk mengetahui sifat-sifat angka pelbagai dan kemudiannya bagaimana untuk menggabungkan angka-angka ini ke dalam corak. Akhirnya, maklumat ini digunakan untuk aktiviti dunia sebenar seperti quilting dan corak jubin lantai.

Ulasan / Kritikan:
Artikel ini membincangkan bagaimana pembelajaran “tessellation” dan kombinasi-kombinasinya diberikan bentuknya serta saat pertemuannya dengan siswa. Selain itu, penulis turut merungkai bagaimana teselasi dibelajarkan. Kajian juga membahas proses pembelajaran matematika yang diselenggarakan. Selanjutnya akan mengkaji content matematika dari pembelajaran. Kajian ini diharapkan mampu memberikan contoh bagaimana suatu topik dalam matematika dibelajarkan. Contoh kajian ini diharapkan akan meninggalkan kebiasaan lama mengajar matematika hanya merupakan tranfer ilmu dan keterampilan matematika semata.

Artikel 3


Sistem Pendidikan Yang Berkualiti : Bagaimana Ia Diukur Dan Dicapai

Oleh: Mohd Salleh Lebar


            Artikel ini membincangkan tentang sistem pendidikan yang berkualiti melalui ukuran dan pencapaian. Pendidikan merupakan agenda yang amat penting bagi sesebuah Negara. Selepas Negara kita mencapai kemerdekaan, system pendidikan dilaksanakan secara berpusat. Kawalan ini meliputi dari peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat pendidikan tinggi bagi memastikan ia berjalan dengan baik dan mempunyai kualiti yang diharapkan. Bagi memastikan sistem pendidikan itu berkualiti bukannya sesuatu yang mudah kerana ia merangkumi pelbagai aspek seperti pendidikan guru, kelengkapan sekolah, keperluan alat bantu mengajar, kualiti kurikulum dan sebagainya. Di sini kita mencari satu pengukuran yang boleh diterima bagi memastikan sesuatu sistem pendidikan itu berkualiti dan sentiasa mengikuti arus perubahan global. Justeru itu, ia merupakan konsep utama dalam perkara yang berkaitan dengan kualiti seperti kecemerlangan dalam sesuatu hasil dan memenuhi keperluan pengguna. Hasil yang boleh kita dapati ialah kejayaan murid, guru dan kejayaan memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Ini menunjukkan kualiti dan juga standard memainkan peranan yang penting dalam kemajuan dan proses pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, kebanyakan pelajar dan masyarakat yang berpendidikan menghendaki pendidikan yang berkualiti. Mereka tidak mahu melihat pendidikan yang ketinggalan di belakang dan tidak dapat bersaing dengan arus globalisasi. Kesesuaian ini berkaitan dengan guru yang berkualiti, pencapaian sekolah yang baik di dalam peperiksaan, dan mempunyai kawalan disiplin yang baik. Guru yang berkualiti ialah guru yang rajin dan berusaha memperbaharui kaedah pengajarannya sering berfikir mengenai kejayaan pelajar.

Wednesday, 11 April 2012

Artikel 2


Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar Terhadap Efikasi Guru Sekolah Menengah

Oleh: Khalid Johari, Zurida Ismail, Shuki Osman, Ahmad Tajuddin Othman


Artikel ini membincangkan tentang pengaruh yang disumbangkan oleh faktor-faktor kelayakan guru, iaitu jenis latihan guru dan pengalaman mengajar terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah. Kajian menunjukkan guru-guru keluaran program Diploma Pendidikan Malaysia berada pada aras tertinggi dalam efikasi berbanding guru-guru keluaran program lain. Guru-guru yangberpengalaman mengajar melebihi tujuh tahun berbeza secara statistik dalam aspek efikasi berbanding guru-guru dengan pengalaman mengajar kurang daripada tujuh tahun. Kajian ini mencadangkan guru-guru siswazah terlatih perlu diberi peluang mengajar dalam persekitaran yang positif bagi membolehkan mereka membina efikasi guru yang positif. Kajian-kajian lepas mendapati guru-guru yang merasa kurang bersedia berdepan dengan masalah dalam pengajaran kerap menganggap diri mereka tidak berpengalaman dan tidak mendapat latihan yang mencukupi (Buell et al. 1999; Cains & Brown 1996; Martin et al. 1999). Dalam konteks profesion guru, pengalaman dan latihan guru merupakan dua isu yang saling berbeza. Pengalaman merupakan pengetahuan empirikal sementara latihan guru lebih bersifat teoritikal. Kedua-duanya saling memerlukan untuk menjadikan seseorang guru mencapai tahap kecekapan yang dituntut. Sehubungan itu, Goodwin (1999) mentakrifkan latihan guru dan pengalaman mengajar sebagai antara kelayakan asas yang utama dalam pengajaran berkesan. Pendidikan dan latihan iktisas guru merupakan faktor yang paling utama dalam menentukan kualiti guru dan kualiti pengajaran. Kalangan pakar telah sepakat bahawa penguasaan pengetahuan dalam bidang pengajaran menjadi ciri yang paling penting dalam pengajaran guru. Selain itu, faktor pengalaman mengajar merupakan pengetahuan yang dibentuk oleh interaksi antara faktor-faktor persekitaran kerja. Tempoh dan kekerapan melalui tugas pengajaran sama ada berjaya atau sebaliknya, sedikit demi sedikit membina pengetahuan dan kemahiran profesion yang diperlukan. Guru-guru berpengalaman banyak bergantung kepada ingatan dan tafsiran terhadap pengalaman pengajaran terdahulu yang berkaitan (Gist & Mitchell 1992). Selain faktor kelayakan guru dalam mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru, terdapat juga faktor-faktor lain yang berpotensi mencorakkan pencapaian murid, antaranya ialah kepercayaan efikasi guru. Bandura (1997) mendefinisikan efikasi guru sebagai kepercayaan guru terhadap keupayaan diri untuk mengendalikan pengajaran secara berkesan ke arah mempengaruhi pencapaian murid.

Tuesday, 10 April 2012

Artikel 1


Masalah Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran Mata Pelajaran KBSM
Oleh: Zuber bin Hj. Hassan

           
Kajian ini bertujuan mendedahkan masalah guru dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM. Aspek kajian termasuklah memahami huraian sukatan pelajaran, memilih isi kandungan, kaedah pengajaran, menentukan aktiviti pembelajaran, penyediaan bahan bantu mengajar, penggunaan buku teks, merancang rancangan pelajaran, penilaian dan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Kajian menunjukkan ramai guru menghadapi masalah dalam pelaksanaan pengajaran mata pelajaran KBSM dari aspek penyediaan bahan bantu mengajar dan soalan peperiksaan, perancangan aktiviti termasuk rancangan pelajaran, penerapan nilai murni, penggunaan buku teks dan penguasaan sukatan pelajaran. Masalah penyediaan bahan bantu mengajar yang dihadapi mungkin member impak negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran . Guru seharusnya menggunakan bahan bantu mengajar kerana ia melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia juga menjimatkan masa, tenaga dan kewangan serta menghiburkan pelajar semasa belajar. Tambahan pula, ia membantu pelajar menerima kesan pembelajaran yang maksimum melalui proses pengajaran yang berlainan. Penggunaan bahan bantu mengajar boleh menberi banyak faedah dan tidak seharusnya menjadi masalah utama dan tidak harus dipandang ringan. Pengajaran merupakan  aspek yang penting di dalam pendidikan. Menurut Smith (1960) dan cornell (1991), pengajaran adalah satu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar. Battle dan Shannon (1978) pula berpendapat, pengajaran merupakan proses penyampaian idea yang membantu pelajar mengubah tingkah laku dengan cara sedar ke arah tujuan dan matlamat pendidikan. Dalam konteks ini, jelas bahawa pengajaran seharusnya mempunyai aktiviti yang dilakukan oleh guru dan ia mempunyai kaitan dengan tujuan, matlamat, isi kandungan, indoktrinasi dan kaedah pengajaran.

Monday, 9 April 2012

Artikel 5


PENDEKATAN PENGAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (2011)
Oleh: Abdul Razak Idris & Nor Asmah Salleh


RINGKASAN
 Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru di sekolah menengah di daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Hasil dapatan menunjukkan guru-guru matematik di sekolah menengah lebih menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Walaubagaimanapun, masih terdapat juga guru-guru yang menggunakan pendekatan berpusatkan guru. Di samping itu, guru-guru juga berhadapan dengan beberapa masalah apabila menggunakan pendekatan-pendekatan tersebut.

Kritikan dan komen
Artikel ini banyak berfokuskan pada cara pendekatan pengajaran guru. Kebanyakan guru menyedari bahawa sangat penting untuk melibatkan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Atas kesedaran inilah, ramai guru yang menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dan juga pengajaran  berpusatkan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Penyelidik mendapati guru-guru kebanyakannya memilih pendekatan-pendekatan ini kerana pendekatan sebegini mampu meningkatkan tahap kefahaman pelajar berbanding kaedah pengajaran berpusatkan guru.
Pada pendapat saya, artikel ini ada kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Kekuatan artikel ini ialah penulis menggunakan penyusunan ayat yang jelas dan mudah difahami. Kekuatan isi kandungan pula, penyelidik sentiasa menekankan hasil kajian bahawa pengajaran berpusatkan pelajar adalah yang terbaik diamalkan. Penyelidik turut memberikan cadangan kaedah pengajaran berpusatkan murid yang relevan dipraktikkan oleg guru-guru. Oleh itu, saya bersetuju jika strategi yang telah dikemukan oleh penulis dicuba dan dijalankan penyelidikan untuk melihat keberkesanannya.
Kelemahan artikel ini pula ialah penulis tidak meletakkan maklumat kajian yang dirujuk, nama pengkaji serta data-data empirikal untuk menyokong kenyataan penulis dalam artikel ini. Secara keseluruhan, artikel ini sesuai dibaca oleh warga pendidik supaya sama-sama mendapat informasi dan idea bagi melaksanakan pendekatan berasaskan pelajar.

Assessment Without Anxiety


Daripada: Alvin White
Web : http://www.maa.org/saum/maanotes49/129.html


A journal is a personal record of occurrences, experiences and reflections kept on a regular basis. Students keep a journal of their mathematical experiences inside and outside of class. The purpose of journals is not to assign a grade for each entry but to help students find their own voices and to be reflective about the subject. Allowing more informal tentative writing into the classroom encourages students to think for themselves as opposed to only knowing second hand what others have thought before them. Mathematics is sometimes perceived as stark and unbending. This may be caused by presentations which are strictly definition-theorem-proof, or lack a sense of historical evolution and excitement. Some professors insist that all answers to homework and exam problems be in full sentences, with severe penalties for violations. The students are given a sheet with instructions and illustrative examples and are left to sink or swim. There is little effort to convince students of the merits and advantages of this demand. The perception is that the professor is not "student friendly." If the object is to help students learn to express themselves in writing, journals offer a more natural approach, and the perceived relationship with the professor is not so confrontational. When the task is to "solve a problem," students who are already writing in their journals may approach the solution in a more expansive and discursive fashion. Mathematics may thus be elevated above memorization of facts and formulas. Journals are a form of self-assessment, an opportunity for students to think about their knowledge of the subject and to strengthen their confidence. The journals are not graded; they afford an opportunity for dialogue between each student and the teacher. Grades are based on homework, class participation, quizzes and exams. The journal dialogues allow the students and the teacher to know each other beyond the anonymity of the classroom activities.

Sunday, 8 April 2012

Artikel 4


Kepentingan Kefahaman Konsep Dalam Matematik
Oleh: Azizi Hj Yahaya & Elanggovan A/L M. Savarumuthu

RINGKASAN
Kertas kerja ini meninjau beberapa aspek daripada pendapat ahli-ahli penyelidik dan psikologi mengenai kepentingan kefahaman konsep dalam pembelajaran matematik. Ia juga memberi gambaran berhubung pembentukan konsep yang betul. Di samping itu, penekanan diberikan juga kepada kepentingan pengkaedahan pembelajaran dan bagaimana ianya dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu konsep dengan jelas agar ianya dapat diaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Melalui kertas kerja ini, golongan pendidik dapat mengenal pasti antara punca-punca masalah kefahaman konsep dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan agar objektif pengajaran dapat dicapai dengan baiknya.
Tidak dapat dinafikan bahwa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran matematik pada masa kini telah memberi keutamaan kepada pembentukan konsep matematik yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar di dalam bilik darjah maupun di luar bilik darjah. Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan pengalaman harian. Ia juga dapat memberi pengertian baru kepada konsep pembelajaran.

Kritikan dan komen
Artikel ini kurang menarik ekoran penulis hanya menghuraikan isi dari bacaan kajian-kajian lepas. Penulisan ini agak membosankan untuk diteliti. Walaubagamanapun, ia tetap boleh dijadikan sumber rujukan bagi guru-guru untuk memberikan kesedaran betapa pentingnya untuk pelajar menguasai sesuatu konsep. Ketidak fahaman konsep akan menyebabkan pelajar akan keciciran. Maka, penting bagi guru untuk mengesan dan mengetahui tahap kefahaman murid bagi setiap tajuk.
Bahasa yang digunakan dalam artikel ini ringkas dan padat. Ia banyak kepada fakta berbanding huraian. Fakta yang dikemukakan sesuai dengan isi yang ingin disampaikan. Tetapi fakta kajian-kajian lepas dari segi data nombor tidak dinyatakan. Penulis hanya mengambil ‘quotation’ semata-mata. Pada pendapat saya, penulis perlu memasukkan sedikit data-data hasil kajian lepas sebagai sokongan kepada fakta yang dikemukakan.

Keberkesanan Kaedah Penilaian Melaui Internet


Daripada: Azmi Bin Hj. Awang
Web : http://ipgmkdri.edu.my/ibrahim/azmi.pdf


Dalam era dunia yang bergerak pantas dan semakin global, pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan menjadi semakin relevan dan menjadi keutamaan. Internet merupakan salah satu daripada teknologi ICT yang paling pesat berkembang dan menjadi begitu dominan dalam konteks kehidupan masa kini. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang besar kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan. Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan masa kini. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam P&P adalah perlu. Teknologi makluma dan komunikasi telah mengubah cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang besar kepada P&P dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan murid untuk meneroka dan mencari bahan untuk P&P. Melalui portalportal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkannya sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran. Sebagai contoh dalam proses penilaian di mana sesuatu penilaian itu hanya dijalankan sekali sahaja dalam satu-satu masa serta memerlukan guru untuk menyemak dan menerangkan sesuatu persoalan yang terdapat dalam penilaian itu. Keadaan ini berbeza dengan penilaian yang dijalankan dalam sesuatu portal di mana ianya boleh berbentuk interaktif yang membenarkan murid belajar secara kendiri dan boleh diulang-ulang bagi mendapatkan kefahaman. Melalui internet juga membolehkan program latihan atau penilaian secara interaktif dapat disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh. Pembelajaran dalam talian atau e-pembelajaran ini merupakan satu kaedah yang menyenang dan menyeronokkan. Pembelajaran ini membolehkan pelajar, belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya ini juga membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web.