Tuesday 8 May 2012

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kewujudan Budaya Sekolah

Pautan: http://tuanmat.tripod.com/budayasek.html

Sinopsis:
Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Jikalau sistem pendidikan dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya lembab, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanya tinggal terukir di pejabat atau bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-mata.
Antara faktor-faktor yang mempengaruh kewujudan budaya sekolah ialah;
1) sekolah sebagai institusi formal
2) sekolah merupakan organisasi berdasarkan waktu
3) sekolah merupakan institusi yang digred mengikut umur pelajar
4) upacara dan keramaian yang dilaksanakan di sekolah
5) matlamat institusi berkenaan

Ulasan / Kritikan:
Secara simplistik, ciri-ciri yang tergolong di bawah budaya sekolah ialah budaya ilmu, budaya insan yang kamil seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, budaya kepimpinan, budaya kerja, budaya komunikasi dan seterusnya budaya bilik darjah. Budaya sekolah yang sihat itu ialah ciri-ciri budaya dan sub-budaya yang dapat menyumbangkan kepada perwujudan dan pertumbuhan sekolah sebagai institusi pendidikan dengan erti kata yang sebenarnya, yang mana dapat membantu merealisasikan segala yang tersurat dan yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

No comments:

Post a Comment