Tuesday 17 April 2012

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kurikulum? Bincangkan Pendapat Dan Pandangan Tentang Kurikulum


Daripada: Ahmad Fauzi bin Sihabuddin, Ummukulsum Binti Shapie, Nurul Farhana Binti Sapa’e, Nurul Ikhsan Binti Soif, Noraliza Binti Jamri
Web : http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=jurnal%20kurikulum%20malaysia&source=web&cd=18&ved=0CGQQFjAHOAo&url=http%3A%2F%2Fimages.shv4193.multiply.multiplycontent.com%2Fattachment%2F0%2FTJmCXQooCyUAAAd0YCs1%2FDEFINISI%2C%2520PENDAPAT%2520KURIKULUM.doc%3Fkey%3Dshv4193%3Ajournal%3A21%26nmid%3D368114370&ei=2cTFT76IGc2mrAezhsHDBQ&usg=AFQjCNENjb5mlajbiqUhnz_-pdSyxyVN-Q


Artikel ini membincangkan tentang bagaimana kurikulum mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan kana-kanak pada peringkat awal. Kurikulum merupakan satu perkataan yang tidak asing lagi terutamanya dalam dunia pendidikan.Kurikulum dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk kurikulum iaitu reka bentuk kurikulum yang berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. Kurikulum yang berbentuk standard adalah berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Manakala kurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang telah diorganisasi dan  disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit dan bahagian unit inilah yang dinamakan modul. (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Terdapat berbagai-bagai faktor yang membawa kepada perubahan sesuatu kurikulum. Kadang-kadang faktor-faktor itu bergerak sendirian dan kadang-kadang bergabung. Antara faktor-faktor itu ialah kewujudan atau perkembangan ilmu-ilmu yang baru. Kurikulum yang telah dibentuk perlulah sentiasa dikemaskini supaya dengan demikian pelajar-pelajar atau penerima kurikulum itu akan mempelajari ilmu-ilmu yang mutakhir dan tidak mempelajari ilmu yang sudah ketinggalan zaman atau lapuk yang tidak boleh digunakan lagi. Seterusnya ialah kehendak masyarakat yang berubah. Kehendak masyarakat bukan sahaja bermacam ragam tetapi sentiasa berubah. Itulah sebabnya kehendak yang timbul pada suatu zaman itu berbeza dengan zaman yang sebelumnya atau yang akan datang. Banyak perkara yang boleh mempengaruhi perubahan dalam kehendak masyarakat. Misalnya elemen pendewasaan ahli-ahli masyarakat itu sendiri. Kehendak pelajar remaja adalah berbeza dengan kehendak pelajar di peringkat kanak-kanak. Dengan itu kurikulum yang dibentuk untuk kanak-kanak perlulah diperbaiki sekiranya kurikulum tersebut ingin pula diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah dewasa.

No comments:

Post a Comment