Sunday 6 May 2012

Budaya sekolah: Implikasi terhadap proses pembelajaran secara mengalami

Penulis: Ruhani Binti Mat Min
Pautan: https://docs.google.com/a/siswa.upsi.edu.my/file/d/0B4krIkXLX9f3NkV5bWk3Wnd2N1U/edit?pli=1

Sinopsis:
Pembelajaran secara mengalami di persekitaran sebenar adalah sebahagian daripada kaedah pembelajaran yang dipraktiskan dalam sistem latihan kaunselor di Malaysia. Salah satu daripada proses pembelajaran secara mengalami adalah latihan praktikum kaunseling yang dikendalikan selama 12 minggu di sekolah menengah di Malaysia. Pembelajaran secara mengalami menyediakan peluang kepada kaunselor pelatih untuk belajar mengaplikasi perkara yang telah dipelajari di universiti dan pada masa yang sama melibatkan diri dengan orang lain. Kedua-dua perkara ini, iaitu belajar mengaplikasi perkara yang telah dipelajari dan belajar melibatkan diri dengan orang lain adalah berlaku secara serentak. Pada masa yang sama, kedua-dua proses pembelajaran ini berlaku di persekitaran sekolah, dan setiap sekolah mempunyai budaya yang tersendiri.

Ulasan / Kritikan:
Proses pembelajaran yang dialami oleh kaunselor pelatih semasa menjalani latihan praktikum kaunseling di sekolah adalah berkaitan dengan budaya atau etos sesebuah sekolah. Setiap sekolah mempunyai budaya yang tersendiri, antaranya menerima perkhidmatan kaunseling sebagai salah satu aktiviti yang wujud dalam sistemnya, setengah sekolah tidak menerima sepenuhnya perkhidmatan kaunseling, sikap tidak bersedia untuk menerima kaunselor pelatih serta berkongsi tempat dengan kaunselor pelatih, kurang menghormati kaunselor pelatih dan tidak bersedia untuk bekerjasama dengan kaunselor pelatih. Walaupun begitu, budaya sekolah dapat dipecahkan kepada dua yang utama, iaitu menerima perkhidmatan kaunseling sebagai salah satu aktiviti sekolah. Kedua, tidak menerima sepenuhnya perkhidmatan kaunseling sebagai budaya sekolah. Kedua budaya ini mempunyai kesan terhadap aktiviti-aktiviti lain di sesebuah sekolah.

No comments:

Post a Comment