Wednesday 18 April 2012

Teknologi Di dalam Bilik Darjah

Web : http://dspace.fsktm.um.edu.my/bitstream/1812/419/2/bab%201-3.pdf


Reka bentuk kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia pada masa kini perlu kepada perubahan dengan menampilkan isi kandungan dan kaedah pengajaran yang lebih terkini dan sesuai dengan teknologi semasa. Kaedah pengajaran yang dilaksanakan pada masa kini masih bersifat tradisional. Kurikulum yang dibentuk tidak sepenuhnya mengambil kira perubahan dalam teknologi semasa. Lagipun pada masa kini banyak sekolah di Malaysia mempunyai pelbagai program ICT. Antara program ICT sedia ada seperti Sekolah Bestari, School-net, computing tablet, Partners in learning, Primary English Literature dan komputer pra-sekolah. Dengan segala kemudahan insfrastruktur yang tersedia adalah tidak mustahil untuk melaksanakan kurikulum M-Pembelajaran di sekolah-sekolah dalam masa yang terdekat ini. M-Pembelajaran telah dikenal pasti sebagai pembelajaran masa depan atau sebagai salah satu bahagian yang penting dalam proses pendidikan pada masa depan. Oleh kerana M-Pembelajaran merupakan bidang yang baru banyak penyelidikan dan pembangunan perlu dilaksanakan. Para penyelidik cuba untuk memahami bagaimana peralatan mudah alih boleh membantu untuk mencapai sistem pendidikan yang lebih baik. Perkembangan dalam teknologi mudah alih masa kini turut mengubah corak pembelajaran (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004). Pembelajaran tidak tertumpu di bilik darjah tetapi boleh berlaku di mana dan pada bila-bila masa dengan menggunakan peralatan mudah alih dan disokong dengan teknologi mudah alih. Hasil kajian mendapati pelaksanaan program M-Pembelajaran telah mencapai hasarat yang ditetapkan ke atasnya. Kajian juga mendapati program M-Pembelajaran mempunyai banyak kekuatan disamping terdapat beberapa kelemahan.

No comments:

Post a Comment