Monday 2 April 2012

Artikel 5


IMPAK PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS KE ATAS PELAJAR SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA.
Oleh: Cheong Tuen Keong

RINGKASAN
Pada dasarnya, PPSMI (dwibahasa) yang diperkenalkan di SRJKC itu adalah atas pertimbangan politik dan hasil kompromi antara pemimpin UMNO dengan pemimpin parti politik kaum Cina dalam Barisan Nasional. MCA melihatnya sebagai satu pelaksanaan yang ‘win-win’ iaitu pelaksanaan yang akan membawa kebaikan kepada dua pihak: tidak sahaja mengekalkan penggunaan bahasa Cina dalam subjek Sains dan Matematik, tetapi juga membantu pelajar SRJKC menguasai istilah Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sekaligus membantu mereka mengikuti pelajaran PPSMI di peringkat sekolah menengah. Namun, kebanyakan pertubuhan kaum Cina, termasuk Dong Jiao Zong, tetap menentang pelaksanaan PPSMI. Mereka membantah penggunaan bahasa asing (Inggeris) untuk mengajar subjek Sains dan Matematik. Mereka berpandangan bahasa ibunda adalah bahasa pengantar yang paling berkesan untuk kedua-dua subjek itu. Dong Jiao Zong turut membantah pelaksanaan dasar dwibahasa itu kerana ia hanya adalah pelaksanaan sementara waktu. Pelaksanaannya bukan sahaja tidak memenuhi prinsip pendidikan, malahan melemahkan dan mengancam status quo bahasa Cina sebagai bahasa pengantar
di SRJKC (Dong Jiao Zong 2003: 2; 2007: 19). Selain itu, ibu bapa pelajar di SRJKC bimbang pelaksanaan dasar dwibahasa itu akan membawa impak negatif, khususnya daripada segi perkembangan intelek dan rohani anak mereka. Ini disebabkan pelaksanaannya dikatakan akan membebankan pelajar, menyebabkan mereka merasa bosan, jemu dan seterusnya menyebabkan mereka kehilangan minat dalam kedua-dua subjek itu. Selepas pelaksanaannya selama enam tahun, apakah impak yang telah dibawa PPSMI (dwibahasa) ke atas pelajar di SRJKC? Apakah langkah yang telah diambil pihak sekolah dan Pengurus Sekolah atau Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dalam mengatasi masalah yang timbul? Kesemua itu adalah persoalan yang ingin dicari jawapannya dalam makalah ini. Untuk mendapat jawapan kepada soalan itu, penulis telah merangka soalan kaji selidik untuk mendapat pandangan daripada guru Sains dan Matematik atas isu yang berkenaan.



Kritikan & komen
Artikel ini sangat sesuai dibaca untuk memberikan kesedaran bahawa terdapat banyak impak positif melalui pelaksanaan PPSMI. Kekuatan artikel ini ialah, penyelidik berusaha menjawab semua persoalan yang timbul dalam isu ini. Huraian yang diberikan sangat mendalam dan boleh difahami dengan baik. Kelemahannya pula, hasil ini hanya berdasarkan pada satu sekolah sahaja. Penulis faham adalah kurang menyeluruh dan tepat untuk membuat kesimpulan tentang impak perlaksanaan PPSMI ke atas pelajar di SRJKC jika hanya berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada sebuah sekolah. Namun, penulis harap hasil kajian ini sekurang-kurangnya dapat membayangkan situasi yang dihadapi pelajar dan guru di SRJKC dan seterusnya dapat membantu pihak yang berkenaan agar dapat meneliti masalah yang timbul lantaran pelaksanaan dasar PPSMI (dwibahasa) di SRJKC.
 
LINK TAMBAHAN YANG BERKAITAN
http://www.moe.gov.my/mbmmbi/moe_mbmmbi_02.htm

No comments:

Post a Comment