Thursday 5 April 2012

Manual Perlaksanaan Aktiviti Berunsurkan Etnomatematik

Penulis: Rodzi Binti Amin
Pautan: http://www.pelajaransekolah.com/MANUAL-PERLAKSANAAN-AKTIVITI-BERUNSURKAN-ETNOMATEMATIK.html

Sinopsis:

Pendekatan pengajaran guru matematik pada hari ini lebih menjurus kepada peperiksaan semata-mata. Terdapat sebahagian guru lebih cenderung menghabiskan sukatan pelajaran dengan berpandukan kepada buku teks sahaja. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik juga lebih kepada berpusatkan guru yang mana guru selalunya mengemukakan fakta matematik. Sepatutnya guru memainkan peranan sebagai pencetus idea dan memberi peluang kepada meneroka konsep matematik. Satu cara yang sesuai ialah mendekatkan mereka dengan kegiatan matematik yang berlaku di dalam dunia persekitarannya. Kegiatan masyarakat seperti dalam bidang ekonomi, senibina, seni dan kraftangan sebenarnya banyak menggunakan matematik di dalamnya. Jadi, Panduan Perlaksanaan Aktiviti Berunsurkan Etnomatematik direkabentuk supaya dapat diadaptasikan dalam proses pembelajaran matematik seterusnya pelajar dapat menghayati keindahan matematik dalam aktiviti sehariannya. Panduan ini juga dapat dijadikan sebagai sumber rujukan kepada guru dalam usaha untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka. Aktiviti berunsurkan etnomatematik disediakan untuk pembelajaran yang umum tetapi dilengkapi dengan penerangan idea dan sedikit penjelasan konsep matematik yang akan digunakan. Panduan ini telah diberikan kepada beberapa orang bakal guru sekolah menengah untuk mendapatkan komen dan pendapat mereka terhadap manual ini dengan menggunakan borang soal selidik ringkas.

Ulasan / Kritikan:
Projek ini menghasilkan panduan berguna untuk guru berkaitan penerapan unsur etnomatematik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang;
i. kesenian Islam
ii. penghasilan produk kraftangan tempatan
iii.penggunaan peta dan model
iv. senibina




No comments:

Post a Comment