Saturday 7 April 2012

Penggunaan Penilaian Fomatif Sebagai Proses Melengkapkan Gelung: Satu Usaha Penambahbaikan


Daripada: Hamimi fadziati A. Wahab, Mohd Taufiq Mohd yusof, Hafizah Husain, Mohd Hairi Mohd
Zaman dan Aini Hussain
Pautan: http://www.ukm.my/p3k/images/sppb08/c/3.pdf

Artikel ini membincangkan tentang penggunaan penilaian formatif dalam usaha penambahbaikan. Penilaian boleh didefinasikan sebagai satu kaedah untuk mengumpul, merekod, menganalisa serta menggunakannya untuk membantu proses pembelajaran (Harlen et al. 1992). Antara implikasi penilaian kepada pelajar adalah dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang tahap pencapaian mereka dalam sesuatu kursus dan dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu kaedah untuk mengesan pencapaian objektif pembelajaran. Secara umumnya, terdapat dua jenis penilaian berasaskan masa dan tujuan pelaksanaannya iaitu penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif ditakrifkan sebagai penilaian secara berterusan dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung untuk menilai keberkesanan proses P&P. Manakala penilaian sumatif adalah penilaian di akhir sesuatu tempoh proses P&P untuk menilai pencapaian pelajar. Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan secara berterusan melalui penilaian formatif. Ianya adalah satu kaedah sokongan dan langkah intervensi kepada pensyarah dan pelajar untuk mengatasi kelemahan yang ada. Kaedah ini memberi peluang interaksi antara pensyarah dengan pelajar dan seterusnya dapat memberikan motivasi kecemerlangan. Maklum balas yang diterima merupakan komponen penting yang dapat digunakan ke arah usaha penambahbaikan kepada proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan mutu penyampaian pensyarah dan pemahaman pelajar. Walaubagaimanapun, ia perlulah dibuat dengan komitmen daripada kedua-dua pihak agar proses melengkapkan gelung dapat dilakukan. Kesimpulannya, penggunaan penilaian formatif ini dilihat sebagai salah satu usaha ke arah penambahbaikan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment