Terdapat beberapa faktor yang menjadi isu tentang pengintegrasian ICT di dalam kurikulum Malaysia iaitu;
a) Budaya sekolah
b) Jurang ICT & Digital
c) Kekangan masa
d) Sikap pentadbir
e) Sistem penyelenggaraan
f) Kekurangan infrastruktur & bahan sokongan
g) Masalah perisian
h) Faktor guru
i) Susah dapat internet
Ikuti perbincangan dan maklumat lebih lanjut melalui blog ini - - - > http://isuict.blogspot.com/
Friday, 11 May 2012
Wednesday, 9 May 2012
Cultural Diversity in Mathematics Education: Current Tendencies.
Penulis:
Victor Brunaud - Vega
Sinopsis:
Tiga pendekatan pengajaran matematik di dalam kelas pelbagai budaya iaitu;
1) the situated perspective - pembelajaran menjadi satu proses penyertaan berubah dalam perubahan masyarakat amalan di mana pengetahuan seseorang individu yang terhasil menjadi fungsi persekitaran di mana dia beroperasi
2) the culturally relevant perspective - guru mengajar sepadan dengan gaya pengajaran mengikut latar belakang budaya dan rumah pelajar-pelajar mereka
3) critical pedagogies - kritikan terhadap sosiopolitik
Ulasan / Kritikan:
Guru perlu merancang pengajarannya mengikut latar belakang anak muridnya untuk memastikan P&P di dalam kelas berjalan dengan lancar kerana setiap individu mempunyai masalah dan pemikiran yang berbeza-beza.

Tuesday, 8 May 2012
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kewujudan Budaya Sekolah
Pautan: http://tuanmat.tripod.com/budayasek.html
Sinopsis:
Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Jikalau sistem pendidikan dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya lembab, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanya tinggal terukir di pejabat atau bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-mata.
Antara faktor-faktor yang mempengaruh kewujudan budaya sekolah ialah;
1) sekolah sebagai institusi formal
2) sekolah merupakan organisasi berdasarkan waktu
3) sekolah merupakan institusi yang digred mengikut umur pelajar
4) upacara dan keramaian yang dilaksanakan di sekolah
5) matlamat institusi berkenaan
Ulasan / Kritikan:
Secara simplistik, ciri-ciri yang tergolong di bawah budaya sekolah ialah budaya ilmu, budaya insan yang kamil seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, budaya kepimpinan, budaya kerja, budaya komunikasi dan seterusnya budaya bilik darjah. Budaya sekolah yang sihat itu ialah ciri-ciri budaya dan sub-budaya yang dapat menyumbangkan kepada perwujudan dan pertumbuhan sekolah sebagai institusi pendidikan dengan erti kata yang sebenarnya, yang mana dapat membantu merealisasikan segala yang tersurat dan yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Monday, 7 May 2012
Budaya Sekolah Rendah: Hubungannya dengan Kepimpinan, Komitmen Organisasi dan Pencapaian Akademik
Penulis: Yaakob bin Daud
Pautan: https://docs.google.com/a/siswa.upsi.edu.my/file/d/0B4krIkXLX9f3OFhySC1VbjNYb0E/edit
Sinopsis:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti budaya sekolah positif iaitu hubungan kemanusiaan, sistem terbuka, matlamat rasional, dan proses dalaman (Quinn, 1988) di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mengikut pencapaian akademik. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara budaya sekolah, pencapaian akademik, komitmen organisasi, dan kepemimpinan sekolah. Dua kaedah pengumpulan data digunakan dalam kajian ini, iaitu kaedah tinjauan dan kaedah kualitatif. Kaedah tinjauan melibatkan sampel seramai 141 orang Guru Besar dan 657 orang Guru Penolong di sekolah-sekolah rendah di negeri Kedah sementara kaedah kualitatif yang menggunakan teknik temu bual melibatkan empat orang Guru Besar dan 16 orang Guru Penolong. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.5 for Windows dan bagi menguji hipotesis kajian, ujian Analysis of Variance (ANOVA), Multivariate Analysis of Variance (MANOVA), Korelasi Spearman, dan Regresi Berganda digunakan. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam budaya sekolah positif antara sekolah yang berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah serta antara Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kajian ini juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara budaya sekolah positif dengan kepemimpinan guru besar, komitmen guru, dan pencapaian sekolah. Data kajian kualitatif didapati menyokong kuat data kuantitatif. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan budaya sekolah merupakan peramal terhadap pencapaian sekolah dan faktor yang mempengaruhi komitmen guru. Dapat dirumuskan bahawa budaya sekolah positif secara relatif lebih dipraktikkan di sekolah berpencapaian tinggi berbanding di sekolah berpencapaian rendah dan budaya sekolah positif mempunyai hubungan dengan komitmen guru, kepemimpinan sekolah, dan pencapaian sekolah. berdasarkan hasil kajian, implikasi dan cadangan kajian akan datang juga dikemukakan.
Ulasan / Kritikan:
Peranan sekolah sebagai agen
sosialisasi tidak pernah disanggah oleh ahli-ahli sosiologi mahu pun
pendidikan. Budaya sekolah positif dikenal pasti sebagai salah satu faktor
penting dalam menjayakan wawasan dan matlamat sekolah agar seiring dengan inspirasi
negara. Justeru, warga sekolah terutamanya para guru dan kepemimpinan sekolah
mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mencorak dan menyuburkan budaya
sekolah positif demi melahirkan modal insan yang diperlukan oleh negara pada masa
hadapan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti budaya sekolah
positif, komitmen organisasi, dan kepemimpinan sekolah yang menjurus kepada kejayaan
sesebuah sekolah.
Pautan: https://docs.google.com/a/siswa.upsi.edu.my/file/d/0B4krIkXLX9f3OFhySC1VbjNYb0E/edit
Sinopsis:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti budaya sekolah positif iaitu hubungan kemanusiaan, sistem terbuka, matlamat rasional, dan proses dalaman (Quinn, 1988) di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mengikut pencapaian akademik. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara budaya sekolah, pencapaian akademik, komitmen organisasi, dan kepemimpinan sekolah. Dua kaedah pengumpulan data digunakan dalam kajian ini, iaitu kaedah tinjauan dan kaedah kualitatif. Kaedah tinjauan melibatkan sampel seramai 141 orang Guru Besar dan 657 orang Guru Penolong di sekolah-sekolah rendah di negeri Kedah sementara kaedah kualitatif yang menggunakan teknik temu bual melibatkan empat orang Guru Besar dan 16 orang Guru Penolong. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.5 for Windows dan bagi menguji hipotesis kajian, ujian Analysis of Variance (ANOVA), Multivariate Analysis of Variance (MANOVA), Korelasi Spearman, dan Regresi Berganda digunakan. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam budaya sekolah positif antara sekolah yang berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah serta antara Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kajian ini juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara budaya sekolah positif dengan kepemimpinan guru besar, komitmen guru, dan pencapaian sekolah. Data kajian kualitatif didapati menyokong kuat data kuantitatif. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan budaya sekolah merupakan peramal terhadap pencapaian sekolah dan faktor yang mempengaruhi komitmen guru. Dapat dirumuskan bahawa budaya sekolah positif secara relatif lebih dipraktikkan di sekolah berpencapaian tinggi berbanding di sekolah berpencapaian rendah dan budaya sekolah positif mempunyai hubungan dengan komitmen guru, kepemimpinan sekolah, dan pencapaian sekolah. berdasarkan hasil kajian, implikasi dan cadangan kajian akan datang juga dikemukakan.
Ulasan / Kritikan:
Sunday, 6 May 2012
Budaya sekolah: Implikasi terhadap proses pembelajaran secara mengalami
Penulis: Ruhani Binti Mat Min
Pautan: https://docs.google.com/a/siswa.upsi.edu.my/file/d/0B4krIkXLX9f3NkV5bWk3Wnd2N1U/edit?pli=1

Pembelajaran secara mengalami di persekitaran sebenar adalah sebahagian
daripada kaedah pembelajaran yang dipraktiskan dalam sistem latihan kaunselor
di Malaysia. Salah satu daripada proses pembelajaran secara mengalami adalah
latihan praktikum kaunseling yang dikendalikan selama 12 minggu di sekolah
menengah di Malaysia. Pembelajaran secara mengalami menyediakan peluang kepada
kaunselor pelatih untuk belajar mengaplikasi perkara yang telah dipelajari di
universiti dan pada masa yang sama melibatkan diri dengan orang lain. Kedua-dua
perkara ini, iaitu belajar mengaplikasi perkara yang telah dipelajari dan
belajar melibatkan diri dengan orang lain adalah berlaku secara serentak. Pada masa
yang sama, kedua-dua proses pembelajaran ini berlaku di persekitaran sekolah,
dan setiap sekolah mempunyai budaya yang tersendiri.
Ulasan / Kritikan:
Proses pembelajaran yang dialami
oleh kaunselor pelatih semasa menjalani latihan praktikum kaunseling di sekolah
adalah berkaitan dengan budaya atau etos sesebuah sekolah. Setiap sekolah
mempunyai budaya yang tersendiri, antaranya menerima perkhidmatan kaunseling sebagai
salah satu aktiviti yang wujud dalam sistemnya, setengah sekolah tidak menerima
sepenuhnya perkhidmatan kaunseling, sikap tidak bersedia untuk menerima
kaunselor pelatih serta berkongsi tempat dengan kaunselor pelatih, kurang
menghormati kaunselor pelatih dan tidak bersedia untuk bekerjasama dengan
kaunselor pelatih. Walaupun begitu, budaya sekolah dapat dipecahkan kepada dua
yang utama, iaitu menerima perkhidmatan kaunseling sebagai salah satu aktiviti
sekolah. Kedua, tidak menerima sepenuhnya perkhidmatan kaunseling sebagai budaya
sekolah. Kedua budaya ini mempunyai kesan terhadap aktiviti-aktiviti lain di sesebuah
sekolah.
Saturday, 5 May 2012
Malaysia - Language, Culture, Customs and Etiquette
Penulis: Kwintessential
Pautan: http://www.kwintessential.co.uk/resources/global-etiquette/malaysia.html
Sinopsis:
Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik. Namun begitu, Bahasa Melayu merupakan bahasa utama di negara ini. Pemakaian dan etika di Malaysia di hormati oleh setiap lapisan masyarakat kerana setiap etnik mempunyai pakaian dan etika masing-masing.
Ulasan / Kritikan:
Artikel ini memberi gambaran mengenai Malaysia dan masyarakatnya. Ia membantu kita bagaimana untuk dikaitkan dalam isu budaya sekolah memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.

Friday, 4 May 2012
Perbentangan Kumpulan 11: BUDAYA SEKOLAH
Terdapat 4 faktor kenapa budaya sekolah menjadi isu hangat di sekolah masa kini...
1) pentadbir yang tidak profesional
2) guru yang mementingkan diri
3) suasana dan persekitaran sekolah
4) sikap murid
renung2kan dan selamat berfikir =)
Subscribe to:
Posts (Atom)