Saturday 19 May 2012

BLOG rakan-rakan sekelas

1) Mathematics Anxiety / Maths Phobia: http://sme6044anxiety.blogspot.com/
2) Disparities in Achievement: http://diskusimatematik.blogspot.com/
3) Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS): http://timss.k3.blogspot.com
4) Access and Equity: http://aksesdanekuiti.blogspot.com/
5) Language of Instruction: http://shimishaz.blogspot.com/
6) Teaching Approaches: http://isudalamgayapengajaran.blogspot.com/
7) Professional Teaching Standards: http://sppro.dinstudio.com/
8) Assessment: http://www.daripenacikguku.blogspot.com/ 9) Curriculum: http://azlikurt.blogspot.com/
10) Teacher Certification: http://contemporaryissues2012.blogspot.com/
11) School Culture: ???
12) Using Technology particularly ICT for Teaching and Learning: http://isuict.blogspot.com/
13 Ethno-mathematics: http://kamipendidik2012.blogspot.com/
 

Wednesday 16 May 2012

Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Pendekatan Peringkat Prasekolah bagi Tajuk Konsep Nombor

Penulis: Zaidatun Bt Tasir & Nurul Amirah Binti Mohd Razali
Pautan: http://eprints.utm.my/12010/

Sinopsis:
Penggunaan komputer sebagai alat rangsangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas adalah satu inovasi yang terkini dalam pendidikan awal kanak-kanak. Penggunaan komputer dalam proses P&P juga amat disarankan oleh kerajaan kerana sistem pendidikan kini memerlukan generasi celik komputer. Dalam kajian ini perisian multimedia berasaskan pendekatan permainan untuk kanak-kanak prasekolah bagi tajuk 123 Concept telah dibangunkan. Kandungan perisian ini disusun berdasarkan huraian sukatan pelajaran bagi pendidikan prasekolah mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Proses pembinaan perisian ini menggunakan model ADDIE yang mengandungi lima aliran kerja iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Pendekatan bermain sambil belajar diterapkan dalam perisian ini kerana ia merupakan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware yang merupakan perisian yang utama dan disokong dengan perisian Flash Professional 8, Adobe Photoshop CS2, Sound Forge 7.0 dan Crazy Talk 4.5. Gabungan perisian-perisian ini dapat menyepadukan pelbagai media seperti grafik, teks, animasi, audio dan interaktiviti untuk menghasilkan perisian multimedia yang menarik bagi mengekalkan tumpuan kanak-kanak. Kelebihan utama perisian berasaskan pendekatan permainan ialah ia mampu menarik minat dan perhatian kanak-kanak melalui aktiviti dan latihan yang berkonsep bermain sambil belajar. Diharapkan perisian ini dapat membantu kanak-kanak menguasai konsep dan kemahiran Matematik prasekolah.

Ulasan / Kritikan:

Proses penilaian formal tidak dijalankan diperingkat ini namun begitu, pembangun telah
menjalankan penilaian secara informal di Tadika Didik Al Insan, Pulai Perdana. Komen yang
memberangsang diterima dari pengusaha tadika tersebut iaitu Pn. Jamiah Bt. Abu. Pembangun
telah membuat sedikit penambahbaikan selepas penilaian informal ini. Pembangun juga meminta
pandangan rakan-rakan agar perisian ini menepati teori pembelajaran, pendekatan permainan dan
bersesuaian dengan pengguna perisian ini. Kesimpulannya, dalam menghasilkan perisian yang berkualiti dan menarik, perancangan dalam pembangunan perisian perlulah dilakukan dengan teliti agar perisian yang dihasilkan menepati kehendak pengguna.

Tuesday 15 May 2012

Pengintegrasian ICT Dalam P&P

Penulis: Mohd Mahizam B Mohd Toha    
Pautan: http://www.pkghl.net/hl-v1/index.php?option=com_content&view=article&id=468:pengintegrasian-ict-dalam-pap&catid=50:teknologi-maklumat&Itemid=97

Sinopsis:
Terdapat dua perspektif dalam pengintegrasian ICT dalam P&P. Pertama, pengaplikasian perkakasan dan perisian. Kedua potensi terhadapa multimedia yang dicipta. Walaubagaimanapun, berbalik kepada guru itu sendiri bagaimana untuk menggunakan perkakas atau perisian di dalam P&P supaya ia berkesan kepada murid. Oleh yang demikian, tiga kriteria perlu dititikberatkan iaitu;
1) mampu menjana idea
2) mampu mengukuhkan pemahaman
3) menggabungkan dengan kaedah dan teknik yang tertentu (aspek pedagogi)

Ulasan / Kritikan:
Artikel ini berguna untuk dijadikan panduan kepada guru-guru. Jika dilihat pada zaman sekarang guru hanya mengajar sekadar untuk peperiksaan dan sesetengahnya dikatakan "syok sendiri" atau dalam kata lain mengajar bagai nak rak tetapi murid tak faham langsung. Oleh yang demikian, P&P akan menjadi lebih berkesan sekiranya tiga kriteria yang dicadangkan oleh penulis diikuti dan dihayati oleh setiap guru di sekolah kerana secanggih mana perkakas dan perisian ICT itu tetapi teknik dan kaedah penggunaannya salah, maka tidak berguna juga akhirnya.

Monday 14 May 2012

Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan PembelajaranMatematik Di Kalangan Guru Matematik Di Daerah KotaTinggi

Penulis: Md. Nor Bakar & Rashita A. Hadi
Pautan: http://eprints.utm.my/13425/

Sinopsis:
Kajian ini telah dijalankan di sekolah-sekolah menengah sekitar daerah Kota Tinggi, Johor. Tujuan kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Aspek yang dikaji ialah tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru-guru, kesesuaian kursus dan latihan yang ditawarkan dan faktor-faktor penghalang dalam mengintegrasikan ICT. Didapati bahawa pengintegrasian ICT masih di tahap rendah di mana faktor luaran yang menjadi punca utama yang menghalang pengintegrasian ICT seperti kemudahan yang tidak sempurna dan kekurangan ICT. Hasil perbincangan mencadangkan beberapa pendekatan yang perlu dambil oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia (KPTM) dan guru-guru matematik itu sendiri untuk memantapkan lagi perlaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

Ulasan / Kritikan:
Di dalam artikel ini, perbincangan dan kajian telah dijalankan secara menyeluruh. Walaubagaimanapun, kajian ini dapat mensimpulkan dengan lebih baik sekiranya ia dijalankan di setiap kawasan yang berbeza-beza untuk mendapatkan pendedahan dan kesulitan yang di alami di kalangan guru baik dari kawasan bandar mahupun luar bandar. Dicadangkan supaya kajian ini diteruskan oleh pengkaji-pengkaji lain untuk meninjau atau mendapat maklum balas dari setiap tahap pendidikan di Malaysia iaitu prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan universiti.  

Sunday 13 May 2012

ICT in Primary Schools are Learning Tools, Not Tools to be Learned

Penulis: Tara Homeri melalui Women of Uganda Network.
Pautan: http://www.wougnet.org/cms/content/view/809/237/

Sinopsis:
Memang tidak dapat dinafikan bahawa menggabungkan ICT dalam pendidikan dapat memperbaiki serta meningkatkan kualiti pendidikan pelajar. Di dalam artikel ini, beliau hanya menyentuh aspek seorang guru sebagai penggerak untuk pengintegrasian ICT itu sendiri. Di dapati;
1) guru mempunyai sedikit pengetahuan tentang penggunaan ICT
2) guru tiada latihan yang secukupnya
Hal ini menjadi satu isu kepada guru di dalam pengintegrasian ICT dalam pendidikan matematik.

Ulasan / Kritikan:
Artikel ini membincangkan masalah guru dalam mengintegrasikan ICT tetapi tiada cadangan penambahbaikan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Walaubagaimanapun, artikel ini sangat baik untuk mengukuhkan lagi sokongan mengenai GURU sebagai salah satu faktor yang membantutkan pengintegrasian ICT. Diharap perbincangan dan cadangan untuk menyelesaikan masalah ini dapat diteruskan.

Saturday 12 May 2012

ICT as a Learning Tool to Assist Teaching ICT in Primary Schools

Penulis: Ruba Abu Hassana dari Coventry University, School of Art and Design, UK.
Pautan: newmedia.yeditepe.edu.tr/pdfs/isimd_06/10.pdf

Sinopsis:
Artikel ini membincangkan amalan semasa dan teknik pengajaran yang digunakan dalam pengajaran kurikulum ICT di sekolah rendah dan halangan utama dalam pengajaran. Simi-struktur temubual dengan guru-guru dan penyelaras ICT di samping pemerhatian di dalam bilik darjah
mendapati kaedah pengajaran menggunakan ICT di sepuluh buah sekolah rendah di Coventry semasa musim luruh tahun 2005 menunjukkan kesan positif. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa halangan utama yang membantutkan proses pengajaran menggunakan ICT di sana iaitu;

1) tiada sokongan dan pengajaran bertumpu kepada teknik tradisional
2) tiada prasarana interaktif multimedia
3) guru tidak yakin
4) had pengetahuan dan pengalaman guru dalam bidang ICT

Ulasan / Kritikan:
Artikel ini terlalu general. Perbincangan tidak dijalankan secara terpetrinci terhadap setiap aspek halangan dalam pengintegrasian ICT. Dicadagkan supaya kajian lanjutan dijalankan oleh pengkaji-pengkaji untuk meningkatkan mutu pengintegrasian ICT.

Friday 11 May 2012

Sapa punya duit???


Membicarakan pengintegrasian ICT dalam pendidikan, inilah masalah utama...duit banyak dilaburkan tetapi kesan dan penggunaannya tiada penghujungnya...Renung-renungkan dan selamat berubah =)

Perbentangan Kumpulan 12: PENGINTEGRASIAN ICT

Terdapat beberapa faktor yang menjadi isu tentang pengintegrasian ICT di dalam kurikulum Malaysia iaitu;
a) Budaya sekolah
b) Jurang ICT & Digital
c) Kekangan masa
d) Sikap pentadbir
e) Sistem penyelenggaraan
f) Kekurangan infrastruktur & bahan sokongan
g) Masalah perisian
h) Faktor guru
i) Susah dapat internet

Ikuti perbincangan dan maklumat lebih lanjut melalui blog ini - - - > http://isuict.blogspot.com/

Wednesday 9 May 2012

Cultural Diversity in Mathematics Education: Current Tendencies.

Penulis: Victor Brunaud - Vega

Sinopsis:
Tiga pendekatan pengajaran matematik di dalam kelas pelbagai budaya iaitu;
1) the situated perspective - pembelajaran menjadi satu proses penyertaan berubah dalam perubahan masyarakat amalan di mana pengetahuan seseorang individu yang terhasil menjadi fungsi persekitaran di mana dia beroperasi
2) the culturally relevant perspective - guru mengajar sepadan dengan gaya pengajaran mengikut latar belakang budaya dan rumah pelajar-pelajar mereka
3) critical pedagogies - kritikan terhadap sosiopolitik

Ulasan / Kritikan:
Guru perlu merancang pengajarannya mengikut latar belakang anak muridnya untuk memastikan P&P di dalam kelas berjalan dengan lancar kerana setiap individu mempunyai masalah dan pemikiran yang berbeza-beza.

Tuesday 8 May 2012

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kewujudan Budaya Sekolah

Pautan: http://tuanmat.tripod.com/budayasek.html

Sinopsis:
Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Jikalau sistem pendidikan dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya lembab, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanya tinggal terukir di pejabat atau bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-mata.
Antara faktor-faktor yang mempengaruh kewujudan budaya sekolah ialah;
1) sekolah sebagai institusi formal
2) sekolah merupakan organisasi berdasarkan waktu
3) sekolah merupakan institusi yang digred mengikut umur pelajar
4) upacara dan keramaian yang dilaksanakan di sekolah
5) matlamat institusi berkenaan

Ulasan / Kritikan:
Secara simplistik, ciri-ciri yang tergolong di bawah budaya sekolah ialah budaya ilmu, budaya insan yang kamil seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, budaya kepimpinan, budaya kerja, budaya komunikasi dan seterusnya budaya bilik darjah. Budaya sekolah yang sihat itu ialah ciri-ciri budaya dan sub-budaya yang dapat menyumbangkan kepada perwujudan dan pertumbuhan sekolah sebagai institusi pendidikan dengan erti kata yang sebenarnya, yang mana dapat membantu merealisasikan segala yang tersurat dan yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Monday 7 May 2012

Budaya Sekolah Rendah: Hubungannya dengan Kepimpinan, Komitmen Organisasi dan Pencapaian Akademik

Penulis: Yaakob bin Daud
Pautan: https://docs.google.com/a/siswa.upsi.edu.my/file/d/0B4krIkXLX9f3OFhySC1VbjNYb0E/edit

Sinopsis:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti budaya sekolah positif iaitu hubungan kemanusiaan, sistem terbuka, matlamat rasional, dan proses dalaman (Quinn, 1988) di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mengikut pencapaian akademik. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara budaya sekolah, pencapaian akademik, komitmen organisasi, dan kepemimpinan sekolah. Dua kaedah pengumpulan data digunakan dalam kajian ini, iaitu kaedah tinjauan dan kaedah kualitatif. Kaedah tinjauan melibatkan sampel seramai 141 orang Guru Besar dan 657 orang Guru Penolong di sekolah-sekolah rendah di negeri Kedah sementara kaedah kualitatif yang menggunakan teknik temu bual melibatkan empat orang Guru Besar dan 16 orang Guru Penolong. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.5 for Windows dan bagi menguji hipotesis kajian, ujian Analysis of Variance (ANOVA), Multivariate Analysis of Variance (MANOVA), Korelasi Spearman, dan Regresi Berganda digunakan. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam budaya sekolah positif antara sekolah yang berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah serta antara Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kajian ini juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara budaya sekolah positif dengan kepemimpinan guru besar, komitmen guru, dan pencapaian sekolah. Data kajian kualitatif didapati menyokong kuat data kuantitatif. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan budaya sekolah merupakan peramal terhadap pencapaian sekolah dan faktor yang mempengaruhi komitmen guru. Dapat dirumuskan bahawa budaya sekolah positif secara relatif lebih dipraktikkan di sekolah berpencapaian tinggi berbanding di sekolah berpencapaian rendah dan budaya sekolah positif mempunyai hubungan dengan komitmen guru, kepemimpinan sekolah, dan pencapaian sekolah. berdasarkan hasil kajian, implikasi dan cadangan kajian akan datang juga dikemukakan.

Ulasan / Kritikan:
Peranan sekolah sebagai agen sosialisasi tidak pernah disanggah oleh ahli-ahli sosiologi mahu pun pendidikan. Budaya sekolah positif dikenal pasti sebagai salah satu faktor penting dalam menjayakan wawasan dan matlamat sekolah agar seiring dengan inspirasi negara. Justeru, warga sekolah terutamanya para guru dan kepemimpinan sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mencorak dan menyuburkan budaya sekolah positif demi melahirkan modal insan yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti budaya sekolah positif, komitmen organisasi, dan kepemimpinan sekolah yang menjurus kepada kejayaan sesebuah sekolah.

 


Sunday 6 May 2012

Budaya sekolah: Implikasi terhadap proses pembelajaran secara mengalami

Penulis: Ruhani Binti Mat Min
Pautan: https://docs.google.com/a/siswa.upsi.edu.my/file/d/0B4krIkXLX9f3NkV5bWk3Wnd2N1U/edit?pli=1

Sinopsis:
Pembelajaran secara mengalami di persekitaran sebenar adalah sebahagian daripada kaedah pembelajaran yang dipraktiskan dalam sistem latihan kaunselor di Malaysia. Salah satu daripada proses pembelajaran secara mengalami adalah latihan praktikum kaunseling yang dikendalikan selama 12 minggu di sekolah menengah di Malaysia. Pembelajaran secara mengalami menyediakan peluang kepada kaunselor pelatih untuk belajar mengaplikasi perkara yang telah dipelajari di universiti dan pada masa yang sama melibatkan diri dengan orang lain. Kedua-dua perkara ini, iaitu belajar mengaplikasi perkara yang telah dipelajari dan belajar melibatkan diri dengan orang lain adalah berlaku secara serentak. Pada masa yang sama, kedua-dua proses pembelajaran ini berlaku di persekitaran sekolah, dan setiap sekolah mempunyai budaya yang tersendiri.

Ulasan / Kritikan:
Proses pembelajaran yang dialami oleh kaunselor pelatih semasa menjalani latihan praktikum kaunseling di sekolah adalah berkaitan dengan budaya atau etos sesebuah sekolah. Setiap sekolah mempunyai budaya yang tersendiri, antaranya menerima perkhidmatan kaunseling sebagai salah satu aktiviti yang wujud dalam sistemnya, setengah sekolah tidak menerima sepenuhnya perkhidmatan kaunseling, sikap tidak bersedia untuk menerima kaunselor pelatih serta berkongsi tempat dengan kaunselor pelatih, kurang menghormati kaunselor pelatih dan tidak bersedia untuk bekerjasama dengan kaunselor pelatih. Walaupun begitu, budaya sekolah dapat dipecahkan kepada dua yang utama, iaitu menerima perkhidmatan kaunseling sebagai salah satu aktiviti sekolah. Kedua, tidak menerima sepenuhnya perkhidmatan kaunseling sebagai budaya sekolah. Kedua budaya ini mempunyai kesan terhadap aktiviti-aktiviti lain di sesebuah sekolah.

Saturday 5 May 2012

Malaysia - Language, Culture, Customs and Etiquette

Penulis: Kwintessential
Pautan: http://www.kwintessential.co.uk/resources/global-etiquette/malaysia.html

Sinopsis:
Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik. Namun begitu, Bahasa Melayu merupakan bahasa utama di negara ini. Pemakaian dan etika di Malaysia di hormati oleh setiap lapisan masyarakat kerana setiap etnik mempunyai pakaian dan etika masing-masing.

Ulasan / Kritikan:
Artikel ini memberi gambaran mengenai Malaysia dan masyarakatnya. Ia membantu kita bagaimana untuk dikaitkan dalam isu budaya sekolah memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.

Friday 4 May 2012

Perbentangan Kumpulan 11: BUDAYA SEKOLAH

Terdapat 4 faktor kenapa budaya sekolah menjadi isu hangat di sekolah masa kini... 1) pentadbir yang tidak profesional 2) guru yang mementingkan diri 3) suasana dan persekitaran sekolah 4) sikap murid renung2kan dan selamat berfikir =)