Monday, 2 April 2012

Artikel 4


SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA: DASAR, CABARAN, DAN PELAKSANAAN KE ARAH PERPADUAN NASIONAL.
Oleh: Mior Khairul Azrin b Mior Jamaluddin


RINGKASAN
Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit. Bagaimanapun, setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni; atau malah menemui kegagalan sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus.
Sistem persekolahan yang terbaik adalah sistem pesekolahan yang meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat Malaysia, di mana ia tidak hanya terhenti apabila seseorang individu tamat persekolahan atau tamat pengajian di institusiinstitusi pengajian tinggi, tetapi ia menjadi kesinambungan dalam kehidupan hingga ke hari tua dengan memberi sumbangan bagi memartabatkan bangsa dan negara.
Bahasa merupakan elemen utama bagi merealisasikan wadah perpaduan kaum. Bahasa dalam pendidikan menjadi pemacu kepada perpaduan. Bahasa bukan sahaja menjadi medium penyampai ilmu malahan ia menjadi medium penyatuan kaum di Malaysia.

Kritikan & komen
Dalam artikel ini, penulis banyak menekankan bahawa penggunaan bahasa Malaysia bukan sahaja membantu pelajar faham kandungan mata pelajaran, tetapi ia juga menjadi ejen penyatuan kaum yang pelbagai di Malaysia. Saya menyokong pendapat penulis dalam artikelnya yang menyatakan walaupun sudah separuh abad Malaysia merdeka, namun masih terdapat jurang dari segi bahasa dalam pendidikan. Orang cina d SJK (C) menggunakan bahasa cina dan begitu juga fenomena yang berlaku disekolah tamil.  Apabila PPSMI diwujudkan, ramai pihak terutama dari kaum cina menentang pelaksanaannya. Kenyataan ini dibuktikan dengan kenyataan dari (Dong Jiao Zong 2003: 2; 2007: 19) bahawa pelaksanaannya bukan sahaja tidak memenuhi prinsip pendidikan, malahan melemahkan dan mengancam status quo bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di SRJKC Mereka risau akan luput penggunaan bahasa mereka. Sedangkan banyak kesan positif yang boleh didapati hasil pelaksanaan PPSMI.
            Pada keseluruhannya, artikel ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat dari semua kaum bagi memberi kesedaran bahawa penggunaan bahasa boleh menyatukan semua kaum dan memberikan pemahaman isi kandungan pelajaran dan bukannya bermaksud mahu melupuskan penggunaan bahasa sesuatu kaum semata-mata. Artikel ini kurang memuaskan kerana kurangnya penyataan-penyataan sokongan bagi mengukuhkan setiap kenyataan yang dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment